Aku Isteri Yang Lemah

Saya tidak tahu dimana harus saya mulakan.

Saya seorang wanita berumur 41 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Masih bergelar isteri dan bekerja sendiri.

Saya sudah berkahwin selama 17 tahun tetapi saya langsung tidak merasa bahagia.

Adakah normal untuk pasangan berkahwin setiap dua hari akan bergaduh dan setiap pergaduhan akan berakhir dengan tangisan dan jeritan.

Suami tidak memukul tapi ayat dari mulutnya sangat menyakitkan.

Dia panas baran. Kasar, pentingkan diri. Dia juga pernah terjebak dengan dadah dan judi online.

Saya rasa saya seorang wanita yang terlalu lemah tidak berdaya untuk ke mahkamah untuk meminta cerai.

Saya akui setiap kali saya bergaduh saya juga akan keluarkan kata2 kesat kerana saya tidak mampu bertahan dengan ayatnya.

Saya juga akan memukul diri saya kerana tidak tahan dengan kata2nya. Saya akan membaling barang dan mengamuk setiap kali berakhir pergaduhan.

Dan akhir dari pergaduhan saya yang akan meminta maaf dan merasakan semua nya salah saya.

Suami tidak bekerja dan selalu meminta duit dan suka memgungkit jika saya tidak bagi.

Saya tidak tahu adakah ini ujian hidup kerana saya dan suami bukan hamba Allah yang baik.

Kami selalu gagal untuk tunaikan solat lima waktu… Yang paling saya sedih anak2 makin membesar dan melihat saya dan suami saban hari bertengkar.

Saya bencikan diri saya dan bencikan suami saya. Saya benci diri saya kerana saya tak mampu untuk keluar dari perkahwinan toksik ini.

Saya benci diri saya kerana saya gagal menjadi ibu yang baik.

Saya tidak tahu sampai bila saya harus berada dalam perkahwinan toksik ini.

Saya juga bencikan diri saya yang lemah yang sentiasa menangis yang sentiasa takut untuk membuat keputusan.

Saya buntu dan kusut. Orang lain tengok saya sentiasa ketawa dan csria tapi dalaman saya sudah lama hancur.

Maafkan ibu anak2 ibu terlalu lemah dan tidak berdaya…..

– Ibu anak tiga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam kak.

    Start ubah diti dgn betulkan satuuu je dulu, solat di awal waktu. Lepas solat, doa banyak2 dan luahkan perasaan dekat Allah.

    In shaa Allah baik2 je semua.

  2. Solat lah sis…jagalah solat tu

    Saya pernah dgr ustaz kata, ada dua golongan yg akan dibebankan oleh Allah dengan bala dan masalah dunia hingga melebihi kemampuan dia: (1) orang yg mengamalkan syirik (2) orang yg mengabaikan solat 5 waktu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *