Suami Kaki Lempang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-kaki-lempang/).

Maaf ya, saya sambung sikit sebab ada orang komen nak tahu apa jadi lepas tu.. 

Malam tu lepas masak maggi (mee sedap) aku sambung buat kerja. Memang tak pandang dia, tak cakap apa sangat. Letak maggi atas meja terus hadap laptop. 

Takut nanti aku cakap apa2 jadi gaduh pulak. Lagipun tak nak dia fikir aku tak sayang dia bila aku layan dia kasar.. Sebab aku kenal suami aku macam mana. 

Aku dekat ruang tamu, dia kat dapur tapi boleh ja nampak aku. Aku perasaan dia asyik pandang aku, tapi aku tak tanya apa. Aku focus kerja. 

Suami aku dari dulu memang pingan dia makan,dia akan basuh sendiri. Kat mana2 pun la. Walaupun pergi rumah orang. 

So lepas habis makan, aku dengar dia basuh pinggan. Sebelum ni memang aku basuh. Sebab dia akan tingal macam tu ja lepas accident tu. Ye la lepas accident kan dia banyak berubah. 

So aku tak tanya dia apa2. Tak cakap pun letak ja pingan tu nanti saya basuh.. Aku tak akan cakap dah. 

Macam kata akak yang komen tu, biarkan dia buat sendiri kerja2 rumah. Apa yang dia nak buat la. 

So aku biar supaya dia tak perlu rasa aku ni kesian kat dia. Supaya dia lupa kekurangan dia. 

Lepas tu dia datang duduk depan aku.. Pun aku buat bodoh ja. Dia tanya banyak kerja ke. Aku jawab sebagaimana nada dia. 

Means, dia tanya lembut, aku jawab lembut. 

Aku ada kata ada la sikit2. Lepas tu dia pun diam tengok hp. 

Aku tahu dia nak bercakap, tapi kekok.. Aku memang tunggu dia mintak maaf dengan aku.. Bukan sehari dua dia lempang aku. 

Aku punya konsep, kalau buat salah mintak maaf. Itu jugak yang aku cakap masa awal2 bercinta. 

Dan aku rasa dia tak lupa. Dia tahu aku jugak keras dan ada ego aku jugak. 

Tapi tak sangka pulak dia tanya macam ni.. 

Dah lama ke tahu berlawan. Aku kata baru ja belajar dari u tube since awak dah pandai lempang saya. 

Saja nak bagi dia rasa pedas.. Padahal aku memang dah lama tahu taekwondo, cuma dia ja tak pernah tahu. 

Aku tanya kenapa, kalau saya tak tahu fight, mesti sampai saya mati awak akan pukul saya kan. Mula2 lempang, pastu tumbuk, pastu bunuh terus kan.. Macam tu ke.. 

Dia diam dan tunduk kepala. Muka macam nak menangis.. Akhirnya keluar jugak perkataan mintak maaf dia tu. 

Tapi sebelum tu dia kata macam ni. Biasa la nak play victim kan. Dia kata mesti sayang dah benci abg. Tak sayang abg kan.. Sebab tu layan abg macam ni. 

Aku tanya layan macam mana. Dia kata ye la, tergamak nak belasah orang oku.. Aku kata oku pukul orang pun boleh masuk jail jugak tau kalau saya report. Ingat oku tu lesen untuk buat apa saja ke. 

Means awak tu yang dah tak sayang saya aku kata.. Tergamak nak kasari aku. Berkali2 pulak tu.. Lepas tu depan anak..

Macam ni gaya orang nak protect kita? Awak sedar tak kesan yang awak bagi pada anak.. Macam ni ke nak corak anak?

Aku bagi dia kaw2. Padahal dia tu yang plan macam2 nak didik anak. Tapi sekarang dia sendiri tak sedar semua tu. 

Dia kata dia pun tak tahu kenapa. Dia rasa lost. Dia kata dia rasa bersalah sebab rasa susahkan aku.. 

Sedangkan dia janji nak jaga aku, sekarang aku pulak kena jaga dia. Dia kata dia marah pada diri sendiri sebenarnya. 

Dia tahu apa dia buat tu salah.. Tapi dia kata dia nak aku benci dia. Hari tu dia open segala2nya dalam hati dia. Dah lama sangat2 kami tak bersembang selama itu. Almost 3 pagi. 

Aku pun open banyak benda dengan dia. Aku mintak maaf banyak perkara dengan dia. Dia pun sama. 

Banyak la aku pujuk dia.. Aku ungkit macam mana kami boleh kahwin dulu. How strong he is masa zaman tu walaupun banyk gila dugaan dia. 

Masa bercinta dulu, aku banyak jugak serabut. Tapi dia yang bantu aku untuk melihat masalah tu ringan ja. Dia sentiasa ada dengan aku. 

Aku faham ketiadaan anggota badan is not easy. Tapi kenapa nak pandang aku macam musuh sedangkan kita dah janji lepas kahwin pun kita akan maintain macam best friend. Susah senang kita pikul sama2. 

Apa dah jadi dengan S.O.P relationship yang kita build sama2 sebelum ni. Adakah dah tak terpakai bila pasangan ada masalah. Sedangkan sop tu kita buat bila ada masalah. 

8 tahun kita lalui macam2 ujian sama2. Dulu masa awal2 kahwin, anak first aku meningal dalam perut. Aku delivery baby yang tak bernyawa. 

Boleh bayangkan tak tahap nak mental aku macam mana.. Hampir2 aku meroyan. 9 bulan baby tu bergerak dalam perut, respon dengan apa pun kami cakap.. 

Punya excited nak tengok dia.. Barang2 dia semua dah beli. Last2 Allah ambik dia macam tu ja. Dia lahir tak bernyawa.. 

Aku kena pantang macam orang ada baby. Tapi tak de baby.. Dengan bengkak susunya.. Ya Allah. 

Time tu memang suami la supportive gila2. Bantu aku terima ujian tu. Sampai aku takut nak mengandung lagi. Trauma… 

Tapi dia bantu aku sangat2 banyak. Pulihkan emosi aku tekanan aku kesakitan aku. 

Aku tak akan lupa budi dan kebaikan dia. Aku tahu tak akan ada laki macam dia. 

Tapi kenapa bila dia diuji, dia tak nak aku bantu dia.. Means dia ada ego dia kan. Aku terus terang semua dengan dia. 

Means dia anggap aku apa? Malu makan duit isteri. What is this? Sejak bila dia mula pandang aku asing2.. 

Dia rasa aku musuh dia ke hanya kerana dia hilang kaki. Dia hilang kaki ja bukan hilang cinta aku. 

Kalau aku anggap macam tu dulu, dia boleh terima ke. Atau dia nak aku tingalkan dia.. 

Memang itu yang dia cakap sebenarnya. Nak aku cari orang lain. Aku cakap tolong la. Tak de apa yang berubah pun pada hati aku. Dia tetap dia. Jangan nak create benda bukan2. 

Aku tak mampu dan tak akan mampu nak sayang orang lain macam mana aku sayang dia. Cukup la kalau dia mampu faham tu. Aku tak rasa susah pun dengan dia.. 

Aku tanya awak dah tak sayang keluarga ni ke.. Anak2 pun dah tak sayang ke. Dah cukup kuat ke nak hidup tanpa kami?

Dia menangis depan aku.. Aku pun menangis jugak.. Dia tanya apa dia nak buat sekarang.. 

Aku kata start terapi.. Ikut nasihat doktor. Pergi kaunseling. Aku kata betulkan dulu minda dan fikirkan awak. Dia setuju. 

Lepas tu aku bagi dia tasbih. Suruh dia zikir. Iktifar. Aku selalu follow ustazah ah tu. Semua nasihat dan petua dia aku share kat suami. 

Aku cakap lupakan apa yang Allah dah tarik, tapi bersyukur la apa yang Allah masih bagi pinjam. 

Sikit ja Allah tarik nikmat, kita dah nak mengeluh. Sedangkan banyak lagi anggota lain yang berfungsi. Tapi kita lupa nak pandang semua tu. 

Dia hanya angguk ja sambil pegang tangan aku letak kat muka dia. Dia masih menangis. Aku biar ja dia menangis. Bagi dia lepas semua. 

Selalunya anak2 aku hantar rumah mak.. Tapi malam tu dia cakap esok tak payah hantar anak. Dia nak jaga. 

Aku tanya betul ni. Dia cakap betul.. Aku risau jugak. Takut anak masih takut dengan dia. Tapi aku yakin dia dah ada semangat baru. Aku bagi kepercayaan pada dia. 

Malam tu dia peluk aku masa tidur.. Dah lama sangat2 aku tak rasa semua tu. Dalam diam aku menitis air mata. Sebab finally dah rasa dia mula hargai aku. 

Lama2 dia makin ok. Dia tak skip kaunseling, terapi. Semua dia ikut dengan baik. Malam2 dia pergi surau. Dengar ceramah.. 

Tiba2 dia dapat ramai pulak kawan.. Hidup kat taman ni faham2 la.. Orang kurang bergaul melainkan jiran satu lorong ja. Tapi lepas tu dia ada kawan2. 

Orang rajin datang menyembang dengan dia. Sebab petang2 dia bawak anak ke taman. Kadang2 orang datang rumah. Ada la bagi bantuan apa semua. 

Dia tak suka nak terima, tapi aku kata tak baik tolak.. Nanti orang terasa hati.. Ambik ja la anggap rezeki. So dia ambik la. Kadang dia sedekah kat orang lain. 

Dia kata tak nak kaki palsu.. Dia nak biasa hidup macam ni. Dah selesa hidup macam ni dia kata.. Aku hormat apa pun keputusan dia. 

Cuma dia masih belum kerja. Dia ada cari kerja tapi tak dapat. Aku tak pernah komen apa pasal kerja. Aku biarkan dia buat apa dia nak. 

As long dia layan kami baik. Tu dah cukup untuk aku. Aku pun tak pernah tanya dia nak duit ke, bagi duit ke. Memang tak. Dan dia pun tak pernah mintak. 

Sementara waktu dia jaga rumah jaga anak. Dia beli motor oku dari duit claim dia. Dia kan dapat duit socso jugak. 

Hantar anak ke taska. Ambil anak. Hal anak dia dah mula urus sepenuhnya.. Anak dah rapat balik dengan dia. 

Dia dah macam surirumah la. Aku yang pergi kerja. Tapi dia tak susahkan aku apa2. Semua dia buat sendiri. 

Satu hari dia tanya aku, boleh tak nak mintak aku buat loan 80k.. Aku tanya kenapa. 

– Zus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Ya Allah…menitis pulak airmata saya baca.. Alhamdulillah…moga sentiasa kuat and sokong antara satu sama lain…suami isteri… :)

  2. Allahu kak.. Sambung kak, sambung! Banyak moral value yang saya dapat dari cerita akak.

  3. Sedih baca post yang ni,
    Tapi dari cite puan, memang sungguhlah,
    Allah takkan uji luar dari kemampuan.
    Puan dan suami memang individu yang sangat kuat dan tabah.Moga anak2 puan juga mewarisi kekuatan jiwa ni spt puan dan suami.

  4. Ayat last tu sengaja dibiar tergantung ye? hihi.. wat saspens je kannnnn. Anyway, tahniah sis sebab dah berusaha buat yg terbaik dlm rumahtangga. Alhamdulillah saya yakin gabungan konsep 3in1 tu benar-benar jadi penawar hati. Masalah besar pun mampu ditanggung bila ada SYUKUR, SABAR & REDHA. Semoga lulus ujian hingga ke titik akhir. Kita tak tahu setinggi mana Allah nak angkat darjat seseorang insan yg berbaik sangka dgnNYA. Next, part 3 please…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *