Salam semua. First sekali maaf kalau penulisan aku ni akan sentuh beberapa bab yang aku rase sensitif.
Aku perempuan. Tahun ni genap 30 tahun. Sepanjang hidup ni. Tahun lepas adalah first time aku terlibat dengan percintaan.
Percintaan yang betul2 serius. Dan kite orang dah setuju untuk kahwin. Kenapa cepat sangat setuju sebab in fact kami jiran n memang dah kenal hati budi dari kecik lagi. Dah besar ni tibe2 boleh bercinta pulak.
Tengah tunggu same2 usaha untuk kumpul duit sikit. Belajar ape2 yang patut. In sya Allah ade jodoh memang kahwin. Family pon memang dah saling kenal. Tahu. Setuju dan seronok bile tahu pasal kite orang.
Aku memang sumpah betul2 nak kahwin ngan die. Tapiiiiiii. Masalahnye ade pada diri aku sendiri. Secara spesifiknye pada badan aku.
Aku memang dari kecik ade masalah kulit sikit. Kulit aku satu badan sangat kering. Dan sensitif. Kadang tak tau kena ape. Aku takde rase sakit ape. Tibe2 perasan ade luka. Yang paling tak boleh brain tibe2 perasan ade parut je terus.
Kaki aku dari kecik memang banyak parut. Tapi by time parut tu banyak dah hilang. Aku fully concern dan sedar pasal benda ni. Tapi sekarang rase insecure sebab nak kahwin. Tolong suggestkan produk atau petua yang berkesan nak hilangkan parut ni boleh.
Pastu lagi satu benda yang betul2 buat aku insecure adalah. Aku sumpah baru perasan yang bahagian dalam peha aku. Celah2 peha and my private parts hitam. Straight hitam terus la. Malas nak lapik2.
Aku ni kategori kulit putih tau. Tak la melepak tapi putih la. Dan part2 yang aku sebut tadi memang aku boleh kate hitam. Bukannya coklat atau beza gelap sikit dari tone kulit aku.
Selain part2 tu. Aku pon baru perasan yang lutut and siku aku pon agak hitam. Aku ni nak kate jenis tak jage kebersihan. Aku pernah dan masih lagi ade masalah ocd since aku form 5. Since form 5 sampai sekarang. Aku mandi memang 5 kali sehari.
Aku pon tak pasti kenapa sebelum2 ade plan nak kahwin ni aku tak pernah perasan pasal part2 hitam tu. Aku pon baru tahu yang benda ni ade kaitan nga hormon. Tapi aku rase keadaan private area aku ni macam kritikal. Jadi benda ni sekarang memang satu insecurity yang besar bagi aku.
Sampai aku rase kenapa la aku tak sedar yang diri aku ni buruk sebelum aku bercinta. Kalau aku sedar aku takkan terlibat dengan cinta2 ni.
Aku rase kesian dekat die kalau dapat aku. Aku rase aku tak layak untuk kahwin pon sebab nanti kesian dekat lelaki yang dapat orang buruk macam aku ni.
Aku pernah dengan ikhlas doa biar perasaan dia pade aku hilang. Doa die dapat orang yang cantik. Yang layak untuk die. Dan pernah banyak kali aku dengan putus.
Aku terus terang kate aku nak putus sebab diri aku. Badan aku banyak kurang. Tapi takde la aku cerita secara detail. Tu je ayat yang aku cakap kat die. Banyak kali aku kadang2 nangis cakap macam tu kat die. Cakap die deserve orang lain yang lagi cantik.
Dan setiap kali tu jugak die akan bagi jawapan same. Dengan elok. Die pujuk aku. Die tak kisah pon semua benda tu. Die ikhlas sayang aku. Diri die pon banyak kurang die kate.
Dan die selalu ingatkan aku. Memang kalau diberi pilihan. Die sama ade akan kahwin dgn aku atau tak kahwin dengan sape2.
Aku pon selalu tanye die. Memang die takkan lepaskan aku ke. Jawapan die tak walau ape pon jadi. Kecuali bende tu ketentuan Allah.
Aku bukan tak percaya die. Aku tau die betul2 sayang dan ikhlas ngan aku. Family die pon same. Tapi betul ke lelaki tak kisah pasal benda ni. Die boleh cakap macam tu sebab die tak tau in detail ape kurangnye aku. Kalau die tau macam mana. Masih sama ke jawapan die.
Tapi takkan la aku nak terus terang in detail. Malu la aku. Kire dah melibatkan aurat dan maruah aku. Memang taklah aku nak cerita in detail kan.
Maaf kalau terlalu terus terang. Tapi lagi satu masalah yang aku rase besar sangat yang halang aku untuk kahwin sebab takut tak boleh bahagiakan die adalah breast aku.
Aku ni jenis yang tido malam atau kalau duduk rumah jarang pakai bra. Jadi aku perasan yang breast aku is a bit saggy dan lembik. Kalau baring braless tu memang nampak sikit je breast. Almost flat.
Dulu aku tak kisah sebab aku rase badan aku untuk aku. Aku memang niat tak nak kahwin atas beberapa sebab. Tapi bile kenal die. Aku pon tak tau macam mana boleh bercinta. Sampai nak kawin.
Sekarang aku betul2 tak tau nak buat ape. Aku stress. Aku yang dah memang sedia depress ni bertambah depress. Kadang rase macam memang bukan takdir aku untuk kahwin kat dunia ni. Sebab aku buruk. Tak layak untuk sape2.
Tapi kadang time aku semangat. Aku yakinkan diri aku yang benda ni semua boleh ubah. Aku boleh usaha. And in fact aku dah usaha untuk cerahkan balik part2 hitam tu gune macam2 petua. Breast pon same. Aku ade beli product yang katanya boleh tegangkan balik. But still the same.
Jadi aku mohon pendapat orang2 yang lagi berpengalaman. Bende ni semua penting ke untuk sebuah perkahwinan. Aku tau penting tapi aku tak tau sejauh mane kepentingan tu. Dan aku tau bukan benda ni je yang penting untuk satu perkahwinan tu success. Banyak lagi benda penting.
Aku pernah terbaca kisah suami yang dah tak nak sentuh isteri sebab badan isteri berubah lepas bersalin dan beberapa lagi kisah yang lebih kurang sama. Suami dah taknak sentuh sebab badan isteri ada kekurangan.
Dan cerita2 macam ni sumpah buat aku kadang2 nekad tak nak kahwin sebab takut jadi macam tu.
Tolong bagitau. Share ngan aku sejauh mana benda ni penting dalam perkahwinan. Dan sejauh mana seorang lelaki kisah pasal benda ni. Kalau ade suggestion any product yang betul2 berkesan untuk masalah parts hitam and parut ni pon tolong bagitau tau.
Pastu kalau boleh aku nak tau produk yang dijamin halal sebab aku ni ade masalah was2. Kalau aku tengok produk tu berkesan sekalipun tapi ingredients die macam mencurigakan aku takkan guna. Aku betul2 tak tau.
Thank u so much pada yang bace n bagi pendapat yang baik2. Kalau boleh taknak komen yang negatif tau. Aku tak nak penulisan aku sebabkan orang lain berkata benda yang tak elok. Aku cume mohon pendapat je. Thank u again.
Maafkan kekurangan penulisan aku. Mohon doakan yang terbaik untuk aku tau. Kahwin ke tak yang paling penting doakan aku kuat dan mati dalam keadaan baik. Thank u semua. Moga yang baik2 juga untuk kalian.
P/s – Haritu aku bace confession terima kasih perempuan baik, (https://iiumc.com/terima-kasih-perempuan-baik-ii/).
Tengah baca sumpah sedih sebab aku memang niat bila dah kahwin nak jadi macam isteri baru confessor tu. Nak pakai seksi2 untuk suami.
Aku nak berpakaian macam orang barat di rumah. Orang arab di luar. Tapi tulah. Badan aku buruk. Rase tak mampu nak seksi2 untuk suami. Sedihh dohh. Ape2 pon doakan aku kuat tau.
Andai kahwin. Doakan aku jadi isteri yang mampu menyenangkan hati dan mata suami aku dunia akhirat. Kalau tak kahwin. Doakan aku jadi anak yang menyenangkan hati dan mata parents aku dunia akhirat.
Doakan yang baik2 dunia akhirat untuk aku tau. Siapa tau mungkin ada antara kalian yang makbul doanya. Thank u all. May Allah bless us all.
– Brokoli (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saudari Brokoli, kita ni bukanlah seperti orang bukan Islam yang melakukan hubungan badan di dengan keadaan bilik yang terang benderang, terbuka atau tanpa sehelai kain pun yang menutupi badan – pupuklah rasa malu. Ciptalah suasana yang romantis dengan cahaya lampu yang samar2, bau2an dari perfume badan dan diffuser, pakaian tidur yang selesa tapi masih memikat, berkongsi selimut, sediakan alunan muzik, minuman dan snek yang bersesuaian dsb. Lelaki pun ada rasa kekurangan mereka (insecurities) esp kalau sama2 bujang dan dara. Yakinlah segala niat dan perbuatan yang baik-baik dalam perkahwinan kerana-Nya…semoga dipermudahkan!
P/s: Boleh google & lakukan senaman khas untuk breasts
awak ni overthinking, klu bakal suami awak dah ok bila awak bagi hint walaupun tk secara detail, teruskan jer la, jgn fikir yng bukan2 atau yng negatif, selalu bersangka baik dan yakin dgn diri sendiri, takde manusia yg sempurna, semua ada kekurangan, makin berusia, badan manusia makin jatuh, awak jgn takut sgt
Cik Brokoli tengok apa sampai rasa insecure ni?
btw, ingat semua org mulus je ke bahagian yang gelap gelap. that’s kind of normal for us, sebab geseran pun boleh jadi, kita kan pakai panty. matsaleh tu diorg pakai satu tali la takapakai panty la mmg la takde geseran, tak gelap. tapi kalau hitam tu anyone ada tips kot boleh kurangkan gelap sikit? hehe
as for breast, try pakai bra yang sesuai, yang ada push up, size betul. buat exercise untuk lift juga. banyak je workout untuk lifting breast, butt semua bagi body cantik sikit.
apa apa pun, asalkan sihat dan bersih sudahla, yang penting sejuk dimata dan hati suami, pandai layan..
Sis, kalau sis nak tahu kita yang asian ni mostly memang kulit macam tu. Cuma kita tak selalu nampak sebab circle kita semua berpakaian sopan. Jangan compare dengan mat salleh mat salleh kat luar sana. laki perempuan sama je, masing2 ada insecurities tersendiri. Pasal part2 gelap kat badan tu memang hormon. pakai apa pun tak jalan. Kalau laki tu compare kulit sis dengan orang lain, sis suruh dia tundukkan pandangan
ala sis brokoli ni skrg byk la produk2 nak cantik kan diri.. ke awk xrajin nak mencari ni asik dok layan je perasaan down tu.. just sharing je nyer.. bole tgk product dari ig makaji HQ by cikepal06, jamu mutyarabeauty.. pilih la product yg sesuai utk masalah yg dihadapi tu.. scar tu kat tiktok mcm2 product ada bacalah skali ingredient dia kalau risau pape.. ade jenis cream n sabun..
last but not least, seperti komen2 di atas, sesungguhnya tiada manusia yg sempurna.. tu bakal husb pon bole terima awk seadanya.. syeton ni xsuka tgk anak adam kawin, lgi2 dlm fasa2 nak berumahtangga ni mmg dtgla segala perasaan dia kacau minda kite..
Eh awak kita sama, saya pun rasa insecure sebab skrg trend ‘oyster pink’ tu. Baca komen semua takut ye. Macam lelaki nak yang putih mulus,body perfect,takdak cacat cela ja..Kejamnya
saya pun berada di situasi yg sama dengan brokoli sebelum kahwin tempoh hari. masalah parut. memang saya jadi overthinking, sampai fikir nak cancel je semua. mcm-mcm produk saya pakai sebagai effort last minute saya hahahah. mcm brokoli, saya juga ada bgtahu pasangan masalah sy (tapi tidak secara details), saya bagitahu yg dia boleh dapat yg lebih baik. tapi Alhamdulillah pasangan saya okay ja, lps kahwin pun okay ja semua tu. tak menjadi isu kalau pasangan tu mmg betul-betul sayang. inshaAllah. tahun ni saya dah masuk tahun kedua perkahwinan. Alhamdulillah. semoga brokoli dan pasangan selamat berkahwin dan berbahagia bersama-sama selamanya inshaAllah.
yang penting jaga kebersihan diri ja. wangi-wangi selalu.
Bersyukur lah, ada lelaki yg benar2 sukakan awak dan mahu kawen dgn awk seikhlasnya.. tak semua lelaki yg hanya menyukai wanita hanya kerana ‘fizikal’nya.. apa yg lebih penting ialah sifat peribadi dan hati awk yg baik, yang membuatkannya ‘berkenan’ kpd awk.. sekarang ni pon, bnyak produk2 di pasaran yg boleh bantu awk utk pulihkan keadaan.. atau pon awak bole jumpa dgn pakar kulit atau “dermatologist” utk dptksn nasihat dan rawatan yg sewajarnya.. klaw rse x mampu, krn mngkin ia melibatkan kos, cuba lah berbincang dgn ibu bapa awak, mesti mrk pon fhm dgn perasaan dan situasi awk yg nk berkawen, dan mngkin boleh berkongsi kos dsb.. yg terakhir, mohon lah agar awk dan pasangan awk nt akn beroleh persefahaman dan kasih sayang bkn berdasarkan fizikal, tetapi yg lbh utama dalaman dari diri masing2.. semoga bertemu solusi dan kebahagiaan yg berpanjangan hingga ke Syurga nt.. wallahu a’lam.
so awak rasa celah peha bakal suami awak tu putih berseri2 ke..
babe , utk cerahkan u beli PWL LOTION…try dulu , kalau menjadi alhamdulillah.
takpe cuba usaha dulu , tp jgn stress..lelaki pun ade je tak sempurna hehe
Niatlah berumah tanga kerana Allah.hidup dpt keberkatan.InsyaAllah.
Kulit kering ni mmg cepat gatal
Dah gatal tergaru2
Lps tu luka
Tinggal parut
Cuba buat ni
1. Minum mineral water spritzer yg 1.25 ml setiap hari
2. Cuba doktor pakar kulit. Nanti dia bagi ubat sapu n ubat mkn
3. Cuba mandi air sejuk. Jgn mandi air panas. Nanti kulit lagi kering.
Kalau kaki memang ada kesan parat tu, mungkin sebenarnya awak ni ada eczema.
Alahan yang menyebabkan kulit jadi kering, merah2 dan paling teruk luka teruk.
Mungkin awak dah biasa sampai tak sedar yang sebenarnya kulit kering & luka.
Eczema ni ada banyak punca alahan, wajib untuk tahu apa punca yang menyebabkan badan awak react jadi kering. Macam anak saya, kami buat ujian darah untuk tahu allergies dia, dia tak boleh makan cheese, susu lembu,telur, dan beberapa makanan lain lagi. Bukan tak boleh ambil langsung tapi kita amek dalam kadar yg paling sedikit (supaya kita perkenalkan makanan tu sikit2 pada body kita). Contoh macam telur, kita makan product macam cake yg guna telur, kalau lepas makan tu ok, boleh teruskan sikit2 tapi if terus then jangan makan dulu sampai badan okay.
Boleh jadi bukan punca dr makanan, tapi dari persekitatan. Cuma cari punca awak ya
sis.. klw peha tu kering.. ade mcm peta tu… try guna sabun susu kambing.. yg murah kat shopee tupun ok.. saya dulu perlbgai scrub guna xhilang . last2 guna sabun susu kambing terus kulit jadi mulus.. boleh pakai mini dress dekat rumah..
sis klw risau pasal lelaki komen bau ikan masin tu.. sis kne jaga kebersihat tut.. klw ade keputihan hijau tu kne jumpa doktor bkn cuci guna ferminin wash.. ferminin wash buat bacteria baik mati.. klw nk cuci juga cuci guna air sireh..
klw ketiak hitam gosok je hari2 guna sabun susu kambing.. klw siku hitam kdg2 sbb kurang vitamin c..
laki nie 1 je.. sis kne wangi.. bersih.. pandai goda husband.. berhias kat rumah ala artis kpop yg seksi2 tu ..
perempuan nie lepas kawen selekeh kdg2 sbb dieorg xsempat nk berhias.. sbb xde support dari suami.. klw ade support dari suami.. perempuan tu makin cantik bila lepas kawen.. and ade juga perempuan bila dah kawen jd malas hias.. tu no komen la.. salah sendiri…
tapikan sis beria cantikkan untuk your husband.. kut2 husband sis pun kang2 hitam . tiak hitam..
nk kawen nie kne terima kekurangan pasangan . and cuba baiki diri dua2 pihak..
Jgn mandi terlalu kerap. Kulit akan jadi kering sangat. Dan ya, geseran pun boleh buatkan celahan jadi gelap. Mungkin boleh pakai pakaian dalam yang kurang geseran, made of silk or satin. Guna sabun untuk baby maybe ok juga kalau kulit sensitif.
Assallamualaikum dik,
Buat semua Adik2 yg belum nikah memanglah normal jika badan belum fully develop,kdg ada yg kerempeng je sebelum menjadi isteri tetapi lepas disentuh suami baru bloom cantik ‘ badannya..
Utk badan anak dara try petua bonda sayyidah Aisyah R.a buat salad timun dgn kurma.nanti cari kisah dan fadhilatnya ya.again nnt selepas bernikah dua2 kena sama rajin dgn aktivitinya maka mmg cantiklah body isteri tapi Nak breast terus indah cantik,pastikan beri anak2 nnt minum susu badan sendiri ( bukan dlm botol okes) sampai umur 2 tahun,In shaa Allah..( Amalkan makan jamu atau bahan herba ye tuan puan utk kesegaran badan yg berpanjangan )
Utk kulit gelap,adik rajinkan guna scrub dan lotion ye.kulit gelap tu bahagian kulit mati.kdg kita mandi byk kali tetapi mandinya ringkas2.ambil sedikit masa menyental buang kulit mati dan sapukan lotion brightening dan whitening.kena rajin atleast 3 bulan awal ni minum susu kambing,makanlah mengikut sunnah,minum jus buah buahan segar dan rajin2 detox and cleanse in dan out.
Hentikan makanan2 seafood,berminyak atau apa saja yg menyebabkan keradangan kulit.Mungkin sudah masa utk detox badan,bykkan dan lazimkan amalan zikir dan sholawat serta istigfar dari skrg juga,terkadang ini gangguan biasa bila nak menbina rumahtangga.sedar situasi ni,In shaa Allah mudah nak tenangkan diri.
Fokus utk Nikmati sisa masa anak dara ini utk bersama famili tersayang,belajar menperbaiki solat dan diri,pelihara hubungan keluarga,kenali aib diri dan baiki dengan menyedari kamu bakal hidup dgn org asing yg perlu kamu kenali akan setiap peribadinya.
ketahuilah,Perkahwinan ini adalah melebihi dari sekadar tubuh badan kamu sahaja,belajar dari sekarang mengenali siapa yg bakal kamu hidup bersama selepas ini.kenali pola berfikir dan cara dia menbesar agar kamu mudah utk beradaptasi dengannya.
diakhirnya,perkahwinan ini adalah ttg kamu berdua ,ya..bukan berkisar ttg diri kamu dan badan kamu sahaja.sekalipun dia ok,tetaplah memelihara tubuh badanmu kerana ianya adalah diri kamu.bukan kerana kamu akan bersuami tetapi kerana tubuh kita adalah anugerah Tuhan yang wajib kita semua pelihara dengan baik keadaannya.Lakukan kerana sememangnya diri kamu berhak dihargai.
stress menuju perkahwinan adalah biasa,mulalah sama2 Fokuslah utk saling menbaiki diri,si lelaki paksakan dia ke masjid dan majlis ilmu,kamu pula apakata mula Belajar ttg menu kesukaannya,menangi perutnya,bina startegi utk memikat dirinya sebagai isteri,kekasih malah juga teman baiknya.
ketahuilah,Kalian punya byk jalan utk memenangi hati pasangan masing2,yang pasti tetaplah berpegang dengan tali Allah Taala..ianya memerlukan usaha bersama dan kerajinan serta komitmen berterusan terus kekal bahagia bersama..In shaa Allah..
semoga bermanfaat buat kita semua,wallahu’alam bishowab.
Aduh dik overthinking sgt kamu nih… Kulit awk tu kering cuba pakai lotion… Akak dulu pakai nivea kaler biru utk kulit kering dengan yg kaler putih pink tu, yg tu utk putihkan kulit… Lepas tu ambk vit C..
Hal tetek jgn risau dek once dah kawen maka membesarlah ia dgn jayanya… Akak dulu pom nasi lemak bajet jugak tp lepas kawen akak xlarat nak beli bra baru dah…
Lg satu klu nak mandi 5 kali sehari jgm setiap kali mandi kami pakai sabun dik mmg kering la kulit kamu, just enough 2 kali ko pakai sabun…
Dan yg plg penting jgn kamu tya pasangan kamu mcm tu sbb lelaki ni pemikiran dia lain xmcm kita… Nanti dia salah faham benda lain plak…
Conclusion nya kamu xyah overthinking dik, doa je mintak Allah permudahkan dan dekatkan kamu dgn dia klu dia btl2 jodoh kamu dan mintak dijauhkan klu dia bkn jodoh kamu…
Tip utk kulit kering
1. Tukar shower badan pergi shower yg xda SLS, Paraben, Ammonia bagai tu, Boleh cuba jugak pakai shower gel daun bidara. Sesuai untuk kulit kering. Syampoo pun boleh tukar pergi coconut atau daun bidara jugak.
2. Pencuci muka, product muka mcm makeup, mositurizer (saya pakai alia pink utk malam, utk pagi sunscreen Cosrx Aloe) cari yg xda alcohol, SLS, paraben dan etc
3. Untuk sendi2 yg kering, boleh letak lotion vaseline kaler hijau aloe vera setiap kali selepas kena air.
4. Kurangkan minum coffee, kalo selalu minum coffee, reduce 1x perday. Kena minum banyak air yg, x kisah bawak lah kesana kemari botol air. Kita as perempuan ni terkenal dgn malas nak minum air ahahah.
5. Kurangkan makan kicap, utk elak parut2 jadi hitam.
6. Time mandi boleh sental kulit pakai wash cloth (wash cloth mesti ganti dgn yg baru setiap hari, utk elak bakteria)
7. Tutup aurat – contoh lengan – pakai handsock, kaki – pakai stokin bila kita nak keluar ke mana2.
8. Utk private part tu diaorang dh bagi tips2 dah boleh cuba. hehe.
Sekian.