Saya perempuan, belum berpunya.
Tapi bila saya tengok kes-kes kat socmed dengan media tentang lelaki curang, lelaki bunuh bini, lelaki buat konten pedo; saya rasa macam tak berbaloi untuk cari pasangan dan berkahwin sebab lelaki banyak yang bermasalah.
Walaupun orang kata kahwin tu sunnah, meramaikan anak tu sunnah; tapi saya rasa sangat tak yakin dengan golongan lelaki zaman sekarang.
Kat tempat kerja, pantang nampak perempuan mula la merenyam. Kalau terberi peluang bercakap, mesti nak cakap topik berkaitan seks atau poligami- walhal dah berkahwin dan berpunya.
Saya rasa macam jijik dengan lelaki zaman sekarang. Nak beri amanah pun macam sangat tak yakin sebab muka polos acah beragama pun boleh jadi kaki tengok porn- paling teruk pakai gelaran PU tapi rogol anak orang.
Bila tegur jangan buat benda tak senonoh, geng-geng sampah ni defensif. Kutuk kita ni terlebih alim la, keras sangat la. Tapi dah sah dia buat benda salah, kena pulak kita kena diam dan biarkan perangai tak senonoh dia?
Entah la. Pendapat saya rasa macam sangat-sangat tak berbaloi nak kahwin.
Memang la kena berdoa dan mengharapkan Tuhan beri kita perkara baik, tapi rasa down gila bila kita tengok masyarakat kita sendiri ada yang enable golongan lelaki perosak masyarakat.
Orang kata dugaan akhir zaman. Tapi sampai bila kita nak guna ayat yang sama sambil biarkan benda jahat berlaku berterusan?
Payah la hidup dalam zaman ramai orang tak amanah.
– Nina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya bkn lah nk sokong 100%, tp mmg ada benarnya.. zaman skrg mmg bnyak ‘tipudaya’, yg blajar skolah agama pon ramai yg ‘kantoi’, apatah lgi yg mmg asalnya nakal, berkawan dgn irg2 yg nskal, serta membuat aktiviti yg ‘nakal’ juga.. tidak dinafikan, media sosial hari ini juga memainkan peranan penting dlm kehidupan, tp lbh bnyak disalahgunakn oleh pihak2 yg x bertanggungjwb.. so bila sama2 berkawan dlm hobi atau ‘fahaman’ yg sama, berkawen plak sesama depa, maka dpt la ank2 yg lbh krg or lg teruk dr depa, kalw xde kesedaran utk mendidik dgn baik.. hasilnya, lihatlah masyarakat d sekeliling kita pd hari ini : kegiatan sosial yg terlalu bebas, hiburan d merata2, di rumah, d dlm kreta, di luar apatah lg, sampai kdg2 tidur pon, mesti dengar lgu, klaw x, x bole lena, sampai mcm tu skali.. bila kita beri pandangan, mesti ramai yg kta, biasala la tu, takkn mcm tu pon x bole.., pegang2 tgn sbelom kawen tu biasa, ‘ringan2’ dgn pasangan sbelom kawen or tunangan tu biasa, membonceng motor atau kluar ‘dating’ sampai larut mlm, itu biasa, tengok wayang berdua2an, tu lg ‘biasa’.. sampaikn bermalam d hotel arau di mana2, itu pon skrg d anggap ‘biasa’.. minta maaf ye, tp klaw bab solat, itu mngkin jatuh no.19 dlm aktiviti mrk.. tu psal ada seorang ustaz kta, bila dibuat ‘survey’, lbh dari 60% responden dari klangan remaja yg mngaku x solat, atau x penuh solat dlm sehari.. so, mcmna la org nk calon yg betul2 ‘layak’ dari segi kriteria utk dijadikn suami, atau pon isteri.. ini baru tahun 2024, bayangkn apa akn jadi dlm 10 atau pon 20 thn akn dtg, mse tu ank2 kecil yg skrg pula dah jd dewasa, dan begitu lah seterusnya.. klaw msalah ni x dibendung dan diatasi dgn betul, habis rosak generasi akn dtg.. wallahu a’lam bissawab..
xmau kawin itu hal awak tp nnti dah kertu, mohon daftar siap2 kat rumah org2 tua. ada jugak org nk tgk2 awak daripada mati membusuk sorng diri dlm umah! sedeh!
Banyak je lelaki baik, cuma mereka bukan di media sosial. Lelaki baik tengah sibuk bina kerjaya masing-masing, jadi awak kena pandai identify kat mana lelaki baik selalu ada (contoh gym, top company, kelab sukan etc)
Tak semestinya awak, ada jugak lelaki macam confessor ni cakap di merata tempat, mana2 pun ada, tapi tak dinafikan ada lelaki yang baik cumanya, perempuan ni bagitahu ibarat memilih sepuluh cawan yang berisi air kosong, satu daripadanya ada racun. Kita takkan tahu orang tu/cawan yang mana beracun selagi kita tak cuba. So takkan sepuluh cawan2 tu kita nak cuba kan. Sama jugak macam lelaki, takkan sepuluh2 lelaki kita nak kenal untuk tahu mana yang baik. Entahlah do jelah untuk dipertemukan lelaki yang baik dan kena jugak pandai jaga diri, sense kena tinggi untuk tahu samada lelaki tu hanya nak ambil kesempatan atau betul serious dengan kita.
Tak semestinya awak, ada jugak lelaki macam confessor ni cakap di merata tempat, mana2 pun ada, tapi tak dinafikan ada lelaki yang baik cumanya, perempuan ni bagitahu ibarat memilih sepuluh cawan yang berisi air kosong, satu daripadanya ada racun. Kita takkan tahu orang tu/cawan yang mana beracun selagi kita tak cuba. So takkan sepuluh cawan2 tu kita nak cuba kan. Sama jugak macam lelaki, takkan sepuluh2 lelaki kita nak kenal untuk tahu mana yang baik. Entahlah do jelah untuk dipertemukan lelaki yang baik dan kena jugak pandai jaga diri, sense kena tinggi untuk tahu samada lelaki tu hanya nak ambil kesempatan atau betul serious dengan kita.
I feel you sis 🥺 sy rasa org laki yg baik pun mgkin rasa mcm tu jgk, sbb we know among us women pun ada yg perangai hare jgk 😅 I think better kita fokus improve diri n ajak sisters do better, rather than worrying about men, sisters jaga sisters 💪🏻 jodoh tu biarlah dia dtg sendiri haha kalau ada adalah, kalau xde pun takpe, Allah simpan kt syurga, never settled for less sbb better stay single drpd kahwin ngan org salah 🥲
Tak Boleh La Nak Pukul Rata Camtu. Cycle Awak Tu Kecik. Kalau Awak Jumpa Lelaki Yang Tak Baik, Tak Bermakna Kat Lua Sana Takde Lelaki Yang Baik. Sy Percaya Nisbah Lelaki Yang Baik Lebih Banyak Dari Lelaki Yang Tak Baik. Tapi Mana – Mana Manusia Pun Pasti Ada Sisi Tak Baik Dia. Kes – Kes Negatif Memangla Akan Lebih Dilaporkan Kat Socmed, Kes – Mes Positif Kat Luar Sana Banyak Je, Tapi Jarang La Orang Nak Share Bende Baik, Bende Buruk Je Baru Pakat – Pakat Nak Share