Joyah Is Back

Adakah yang masih ingat Joyah, atau nama pendek aku, Joy.

https://iiumc.com/apa-yang-aku-kejar-dalam-hidup-ini/

https://iiumc.com/joyah-jumpa-hantu/

https://iiumc.com/joyah-pun-pernah-sepi/

Aku rasa setahun ke dua tahun jugak la aku tak menaip sebarang cerita. Life has been tough on me lately, sedihnya. Huhu. Kini aku kembali ingin bercerita pada strangers.

Aku faham sekarang macam-macam cerita dan issues ada kat negara kita kan? Sedih… berat… Kadang jiwa netizen aku rasa penat dan tak terdaya nak cover semua beban cerita retis ni tapi sibuk jugak nak get involved.

This time citer Joyah takde kaitan dengan dorang, hanya tentang Joyah dan dunia Joyah sahaja.

Bila aku baca balik confessions aku sebelum ni, tak kurang akan ada jugak aku selit sedikit pasal jodoh. Cerita aku kali ni ada kesinambungan dari doa-doa aku sebelum ni.

Maka marilah duduk dan dengar Joyah bercerita. Please, bear with me. Kalau nak kecam, kecamlah daku dengan penuh keimanan. Like I said, life hasn’t been kind to me recently. Huhuhu.

Ada watak baru muncul dalam hidup aku sebenarnya. Tak tahu kelakar ke tak, tapi hidup aku dalam setahun dua ni bagi pengajaran kat aku supaya jangan terlalu membenci. Takut nanti akan… hahaha geli laaa tapi gitulah, akan jadi terlalu sayang.

Kalau dulu aku ada pernah ada drama dengan Jungkook BTS (if korang ingat). Sekarang ada watak baru, aku namakan dia Kim Shin (nama hero dalam cerita Goblin hahah nama tak nak kalah kau), atau kalau nak imagine watak, nama betul dia Gong Yoo.

Kim Shin, atau nama pendeknya Shin, salah seorang boss kecik dalam company aku.

Sebelum ni aku tak ambil port sangat kewujudan Shin ni sebab aku ingat dia ni typical married man. Aku assumed dia dah kahwin dan ada keluarga, plus dia macam sejenis singa garangnya so watak dia tak berapa nak penting dalam hidup aku sebelum ni.

Hinggalah suatu petang, aku dan JiHyo sedang mengopi kat café. Sekali ternampak Shin masuk café tu dan berjalan ke kaunter untuk order. Aku dan Ji Hyo sama-sama diam jer tapi mata kitaorang berduet mengekor langkah Shin dari pintu masuk ke kaunter.

Shin ni seorang lelaki yang tua beberapa tahun dari aku dan JiHyo. Dia agak tinggi, berkulit cerah, wajah dia so-so je dari pandangan aku, dan mata bulat macam mata Jungkook BTS yang real tu. Kepala dia takde tanda-tanda botak lagi haha!

Pakaian dia selalu kemas, dan dia ada trademark pakai perfume semerbak sampai aku rasa dia ni berendam dalam kolam perfume sebelum datang kerja.

Character dia? Ini yang buat jiwa netizen aku terbakar.

Suara dia sangat kuat. Tiap kali meeting memang bergegar nak runtuh office bila dia bersuara. Dia bercakap memang tak pandang kiri kanan der. Gema suara dia tak payah pakai microphone.

Dia juga suka condemn orang kalau orang tu buat kerja tak kena dengan apa yang dia nak. Dengan suara gempa dia tu. Dan aku la orangnya tu, sebab aku dikira ‘orang baru’ dalam team dia lepas kena kick dari team Jungkook BTS dulu.

Bila dia condemn, ayat dia pedas dan dia buat aku rasa macam aku ni bodoh sangat. Lagi sakit hati kalau time tu ada Jessy senyum sinis bila aku kena kecam.

Walaupun aku dah senior kat company tu, still Shin ni lebih senior dan dalam team kami, pangkat dia lagi tinggi dari aku, lebih kurang sama level Jungkook BTS.

Dan lagi satu perangai dia, dia takkan jaga hati kau langsung bila melibatkan hal kerja. Sikit pun dia tak fikir anxiety kau ke, depression kau ke. Dia sembur je. Kalau sehari tak berkecil hati dengan dia, aku akan rasa aneh hidup aku ni.

Disebabkan itu, aku selalu sumpah seranah dia tapi dalam hati je huhu. Kalau depan-depan, aku banyak senyap dan menjawab bila aku rasa perlu. Kalau menjawab lebih-lebih, Shintanirojim ni pasti akan buat hidup aku sengsara.

Aku pernah bercita-cita nak santau jer Shin ni, tapi benda-benda haram memang mudah dan menyeronokkan. Nasib baik iman masih di dada eceh.

Berbalik pada situasi di mana aku dan JiHyo sedang mengopi lalu Shin berjalan masuk dalam café tadi tu, aku pandang Ji Hyo sambil buat muka menyampah.

Terdetik dalam hati aku masa tu, nak tahu siapa perempuan yang jadi bini dia. Macamana agaknya character dia dengan family dia.

“Abang kau tu, tak nak tegur ke?” Usik JiHyo lahanat ni.

“Macam takde manusia lain kat Malaysia ni agaknya. Kat office muka dia, sini pun muka dia.” Aku mengomel sambil minum iced latte yang tetibe aku rasa pahit nak mati.

JiHyo sambung bantai gelakkan aku. Bahagia betul dia tiap kali aku bercerita tentang persengketaan aku dan Shin. Bagi JiHyo, aku terlalu responsive pada perangai Shin yang perfectionist dan menyakitkan hati tu. Aku terlalu ambil hati dan take it personally.

Dan dia kata aku yang dia kenal bukanlah manusia yang terlalu ambil port benda-benda macam ni.

Dia cakap senang la. Yang kena hadap malaun ni tiap-tiap hari aku jugak. Kadang bila Shin tak masuk office for whatever reason, aku rasa aku lah manusia paling bahagia hari tu. Rasa tenang nak kerja macam tengah holiday kat Maldives.

JiHyo pandang aku dan kata, “Jangan benci sangat Joy, aku takut nanti kau tersayang dia pulak. Hahahah!”

5th February 2023. Sampai sekarang aku masih ingat tarikh si mangkuk hayun JiHyo sebut ayat ni. Sebab lepas habis je ayat dia, tengkuk aku jadi meremang macam nampak hantu kat hotel tempoh hari.

Dan pada hari tu lah aku dapat tahu bahawa Shin ni sebenarnya masih single. Masa tu mulut aku boleh tahan puaka jugak. Aku cakap no wonder makhluk macam ni single, saper je perempuan boleh hadap perangai buruk dia tu.

Beberapa detik berlalu, dalam aku sedang mengumpat dengan Jihyo tu, mata aku bertembung dengan mata Shin.

Tinggal suasana tak hujan, aku tak pakai hoodie and earphone, dan dia tak berjalan sambil bawak payung hitam je. Kalau tak dah boleh add on OST drama Goblin dah time tu sambil jalan acah-acah slow motion.

Dalam hati aku dah sumpah seranah bila Shin datang dan buat muka tak malu join table aku dan JiHyo. JiHyo acah-acah mesra dan baru berkenalan dengan Shin, padahal semua pasal Shin dia dah tahu melalui aku dan ‘team gossip company’.

Macam-macam dorang berdua borakkan. Terus aku jadi pendiam dan hanya bercakap bila perlu. To be honest, masa tu aku rasa betul-betul menyampah dengan kehadiran Shin.

JiHyo ni pulak memang terkenal dengan ‘muka awam’. Gelaran ni aku berikan pada dia sebab dia sejenis manusia yang aku rasa kenal semua orang kat company tu, even bukan team yang sama. Dan orang lain pun kenal dia.

Kalau pergi mana-mana, mesti dia tiba-tiba upgrade jadi YB, ada je orang yang dia kenal untuk bertegur sapa. Terbalik dengan aku yang agak conservative dan terpaling introvert ni.

Start dari hari Shin joined aku dan JiHyo mengopi, macam-macam incident berlaku kat office yang membawa pada… aku dan Shin jadi rapat. Hahaha maafkan Joy wahai pembaca semua. Cerita kali ni sebenarnya agak cringe hahaha.

Cerita 1: February 2023

Seminggu lepas kejadian café haritu, aku dan Shin kembali bertemu dalam meeting. Kali ni aku kena hentam lagi (as expected), tapi dia toned down sebab JaeSuk Nim (boss besaq company) ada. Hahaha! Boss besaq ni walaupun dia bakal mentua tak jadi aku, dia sayang aku tau.

Habis meeting, aku kemas barang atas meja dan cepat-cepat nak blah dari situ. Tapi Shin datang dan cakap nak discuss a few things personally. Hari itu resdung aku mengganas, sebab aku dan Shin hampir menempel berdua dalam meeting room dengan perfume dia yang semerbak tu.

Awal tahun, memang company agak busy dengan banyak program dan projek. Aku dan Shin selaku ‘orang kuat’ team kami, by default memang banyak benda kena handle.

So Shin ambil kesempatan untuk ajak aku discuss terus sebab dia kata dia busy, tak macam aku yang banyak masa bla bla bla. Duh! Kau sorang jer la terpaling sibuk.

Aku termissed lunch time aku haritu sebab dia. But somehow, he’s been nice sebab orderkan aku makanan grab guna duit dia. First time aku macam rasa, oh dia masih ada naluri dan hati nurani seorang manusia haha.

Cerita 2: March 2023

Surat arahan atas meja aku perhati lama. Nama aku dan Shin wakil untuk team kitaorang, bersama beberapa orang dari team lain termasuk team Jungkook BTS

Korang kena ingat, hati aku masih dengan Jungkook BTS waktu tu.

Aku gembira sebab this time program dekat area pantai, dan mata aku akan tenang dengan adanya JungKook BTS. Tapi aku juga tahu aku akan banyak berkepit dengan Shin si pencetus resdung as a team. Bukan sekejap tau, five freaking days!

Tapi dari situ, aku baru kenal Shin lebih dekat. Shin as I know, pendesak orangnya. Aku masih ingat setiap hari dia memaksa aku untuk turun breakfast kat hotel, sedangkan aku sangat menghargai tidur pagi aku walaupun sekadar another 15 minutes.

Dan yang bod*hnya, aku ikut jer walaupun muka aku tunjuk aku protes.

Lama kelamaan, baru aku faham, dia sebenarnya taknak makan sorang-sorang. Tu lah berlagak lagi dengan staff, mula lah kesepian bila kena makan sorang-sorang.

Dah aku jer yang ada untuk dia desak itu ini, maka aku hadap je la. Cukup jadual makan aku 3 kali sehari selama lima hari tu sebab Shin.

Dinner time akan jadi waktu untuk aku dan Shin berperang benda simple – Topic nak makan kat mana malam ni. Kadang habis masa dalam kereta lama jugak decide persetujuan dan cari tempat makan best. Dalam tak sedar kami jadi rapat.

Hari ke lima ‘honeymoon’ kitaorang, aku dah kenal Shin sedikit sebanyak.

Pendiam tapi kalau dia bersuara, mulut berbisa urgh! Namun sebenarnya aku dan dia boleh jer berbicara benda-benda lain dengan tenang tanpa bercakaran. Selalunya time kitaorang tengah makan la. Elok jer sembang macam member-member.

Dia seorang coffee addicted. Macam tak dapat drugs kalau tak minum coffee. Dengan aku sekali terikut jadual coffee dia selama lima hari tu. Sakit kepala aku terlebih caffein.

Dia sangat confident, dah memang macam tu pun aku kenal dia. Tapi rupanya dalam confident dia, aku tahu dia sama macam kitaorang yang lainnya. Ada sisi lain dia yang tak berapa nak confident yang dia ter-open dengan aku this time.

Paling best, dia juga seorang lelaki ‘act of service.’ Dulu dia dah macam tu sebenarnya, cuma aku ignore sebab aku menyampah dengan dia.

Dia ni sanggup tolong ambilkan makanan bawak ke meja time breakfast kat hotel untuk aku – dah aku moody kena paksa turun breakfast. Dia juga selalu bukakan pintu kereta just sebab aku pegang sebijik file dan coffee kat tangan.

Tak perlu aku minta tolong, nampak jer terus dia bukakan botol air untuk aku. Nak masuk dewan program, memang dia yang acah gentleman bukakan pintu untuk aku.

Kadang aku rasa kat rumah dia ni mesti dia sejenis hamba abdi untuk adik beradik dia sebab aku perasan dia jenis rajin. Maybe adik beradik dia sejenis Kwang Soo abang aku tu, dasar pemalas. Hahaha.

Dia pun sama macam kita, kuat gossip cuma kat office dia tak ada kawan – semua sebab character dia tu. Macam-macam gossip aku dengar dari dia kali ni. Entah betul entah tidak.

Semuanya start bila kitorang macam awkward time makan berdua. Maka aku rasa gossip menyatukan kami hahah!

By the time kami habis program, aku dan Shin betul-betul dah jadi kawan baik bila dia start jadi geng ghibah aku, hanya guna pandangan mata je masing-masing dah faham ghibah pasal apa. Astaghfirullah.

Cerita 3: Dari hari itu dan kemudiannya…

Aku dan Shin sudah mesra bila kat office.

Jessy yang dulunya bahagia bila aku teruk kena hentam dengan Shin, sekarang kembali terbeliak mata dia duk menjeling aku dan Shin yang sedang berborak sambil bergurau senda.

Mind you guys, Shin masih berperangai singa kat office, cuma sifat dia pada aku jer dah berubah. Aku jadi orang paling rapat dengan dia kat office. Dengan staff lain dia masih seekor Shintonirojim.

Sekarang kalau dia nak hentam aku, dia tone down dan boleh gelak-gelak. Dan aku pula jadi lebih berani dan laju je menjawab dengan dia.

Memandangkan masing-masing single dan tak ada commitment, secara automatic aku dan Shin terhabiskan masa bersama outside office hour. Dari dinner, melangkau kepada bowling session, wayang session, lepak café sambil kekonon buat kerja dan lepak mamak.

Semua ni terjadi dalam masa lebih kurang 5 bulan jer.

Ya kawan-kawan, sebagai seorang perempuan normal, sedikit sebanyak hati Joy dah tersuka pada Kim Shin walaupun Joy menidakkan sekerasnya masa JiHyo persoalkan situasi terbaru Joy.

Tapi, langit tidak selalu cerah untuk Joy. Sebagaimana Joy kena tinggalkan Jungkook BTS suatu ketika dahulu, kali ini Joy terpaksa berpisah dengan Kim Shin kerana…

Kim Shin kena post ke Sarawak.

Hati aku masa tu macam… sedih, sayu ntah apa-apa. Padahal Shin tak pernah sekali pun cakap dia suka aku ke apa. Aku pun tak tahu aku suka dia ke tak.

JaeSuk Nim inform Shin dihantar untuk setengah tahun sahaja, maka tiada pengganti Shin untuk team kami. Sementara tu aku lah yang kena ambil alih untuk jadi team leader berdasarkan pangkat dan kelayakan aku.

Masa tu aku buat drama dalam hati sorang-sorang. What would I do without you Shin? How do I live without you Shin? Will I be forgotten?

Bila Shin balik sini semula, masihkan kita akan seperti sekarang atau kembali awkward dan bermusuhan macam awal-awal dulu? ***korang boleh insert mana-mana OST drama korea yang korang nak***

Hari terakhir Shin, team kami buat makan-makan potluck kat pantry office je. Aku sembang dengan dia macam biasa, tapi hati aku hujan lebat time tu, sikit lagi air sungai nak melimpah banjir besar. Haih.

Last time sebelum kami balik, dia say bye-bye kat semua orang, dan dia datang kat aku last.

Masa tu macam kelakar. Dia tengok aku, aku tengok dia. Jeda tu agak lama, like aku dan dia bertentangan mata agak lama tapi this time, aku tak faham kami sedang ghibah someone ke atau apa.

Aku tak tahu nak cakap apa sebab dia bukan pergi bukan untuk mati. Bagi aku, nanti jumpa je lagi, cuma mungkin bukan dalam masa terdekat.

“Hantar I kat airport tak?”
Soalan tu yang dia tanya kat aku. Kenapalah dia tak tanya nak ikut tinggal dengan dia kat Sarawak ke tak.

Aku cakap tak kot, aku bagi alasan nak kena jumpa parents la apa la. Padahal aku tahu aku akan drama lebih nanti.

Dia angguk jer, muka macam kecewa sikit tapi maybe time tu aku jer yang perasan.

“Bye Joy. See you when I see you.”
Then that’s it.

Tetiber jadi macam scene drama korea. Entah la kenapa aku sayu hati. Aku tahu aku takkan chat dia randomly lagi lepas ni. Aku pun tak pandai nak stalk page dia walaupun aku rasa dia bukan sejenis up status ke apa.

Ni yang aku malas dengan hati perempuan ni, macam ni lah. Entah bila aku lupakan Jungkook BTS pun aku tak tahu. Tiba-tiba Kim Shin naik nombor satu dalam hati aku. Pastu mula lah sedih la, sengsara la. Nak cakap kat dia aku malu. Lagi haru kalau dia dah ada girlfriend.

Sedar tak sedar, masa berlalu dan aku dah syok acah-acah jadi team leader yang permanent. Best jugak sebenarnya walaupun gaji masih sama.

Dan Kim Shin, diam seribu Bahasa di Sarawak sana. Tak tahu balik semenanjung ke tak. Macam terus tinggalkan aku, for good!

7 bulan berlalu sekelip mata. Selama 7 bulan Shin tak ada, selalu jer JiHyo sebut-sebut nama dia depan aku. Saja nak usik aku.

Selalu jugak aku kena bahan sebab dulu terlalu benci sampai maki-maki bila sebut nama Shin, sekarang boleh pulak aku teringat kat Shin dan selalu sebut nama dia depan JiHyo.

Bulan January yang lepas, kekasih hati yang dulu hilang kini kembali pulang.

Aku excited gila bila dapat tahu tarikh yang confirm dia masuk office. Hati berbunga-bunga. Walaupun aku tak terlalu berharap nak jadi kekasih dia ke apa, tapi perempuan, macam tu lah.

Hari first dia masuk kerja, aku ambil cuti. Hahaha! Aku rasa tak ready nak hadap dia.

But the next day…

Dia tetap kelihatan sama macam dulu. Bau perfume dia semerbak sikit lagi resdung aku nak datang menyerang. Wajah dia masih menyenangkan, tapi this time buat hati aku rasa nak pecah, tak tahu sebab terlalu rindu dia atau sebenarnya takut harapan aku hancur.

Aku senyum tengok dia, dan dia pun senyum pandang aku. Kali ni aku confirm kitaorang tak ghibah kan sesaper guna pandangan mata. I was just happy he’s back. Aku control tak tunjuk terkinjal-kinjal happy dia dah balik.

Hari tu aku serahkan kembali tugas dia yang aku pegang. Masa aku briefing kat dia all pending works yang dia kena settlekan, aku fill in jugak otak dia all current gossip going on kat company. Kitaorang sembang-sembang macam dulu.

Cuma kalau sebelum ni suara dia kan kuat, bergegar bangunan tiap kali dia bercakap. Tapi this time, dia cakap lembut gila dengan aku. Lembut yang buat aku rasa aneh. Dan aku jadi geli pulak tetiba.

“How are you Joy?”
Lepas habis ghibah, dia tanya soalah macam ni. Like really tanya pasal aku. Suara lembut pulak tu, macam seekor T-rex bercakap lembut dengan kau, agak-agak nak respond macam mana?

As simple as that, hati aku rasa macam… entah lah. Aku happy, tapi hati acah-acah tak nak berharap.

Aku cuba jawab macam biasa. Seperti sebelum-sebelum ni. Entah kenapa bila dah timbul perasaan suka ni, aku yang lebih-lebih awkward. Padahal before this elok jer kitaorang berkawan.

“I’m good. Cuma bila you takde, kerja I jadi banyak. Tak sempat nak rileks.”
Cubaan bergurau dari seorang Joy. Tapi aku sendiri yang rasa hambar.

Dia senyum sambil tundukkan wajah dia sikit. Weyh sejak bila dia jadi kacak pada pandangan mata seorang Joy ni???

“I miss you, Joy.”
Cara dia cakap, cara dia pandang aku time tu…

Okay that’s it guys! Dah tepi Joy nak lipat bumi ni. Eh jom lah ikut Joy pergi Marikh semua orang, Joy tak tahu nak letak mana muka, merah macam kena panggang. Eh tapi Joy tiba-tiba rasa macam perlu di-CPR kan, stat!

Apa ke benak T-Rex ni nak rindu aku lepas 7 bulan buat bodoh jer diam kat Sarawak sana, atau otak aku sendiri yang reka scene ni, atau memang dia suka aku? Ke dia rindu semata-mata sebab aku jer boleh jadi kawan baik dia?

Serius time tu aku macam errrr what is happening? Haaa gitu. Sama macam time JungKook BTS confess dulu hahaha. But this time its different, sebab kali ni Joy memang boleh reciprocate feeling Shin.

Apa aku buat time tu, aku gelak-gelak jer walaupun aku gelabah teruk.

“Like seriously… hahaha.”
Haa lebih kurang gitu la respond aku. Aku pun tak tahu apa aku buat dan cakap time tu. Yang aku confirm ingat aku nak lipat jer bumi ni sebab awkward nak mammm.

Dia pandang aku lama, dah jadi sesi lawan mata jap dengan dia. Lepas tu dia pun gelak jugak join aku, kedengaran sama-sama awkward kami berdua gelak time tu.

Sejak tu, kami kembali macam dulu. Berkawan dan keluar bersama-sama. Dan…

Tak lama lepas tu, seperti yang aku dah jangka, Shin betul-betul confess. Aku palau dia lama jugak la, dalam sebulan lebih macam tu baru aku macam accept dia. Acah jual mahal gais.

Jadi begitulah teman-teman. Tak lama lagi Joy akan jadi tunangan dan bini orang yang Joy hampir nak santau dulu.

JiHyo memang bantai gelakkan aku sampai aku literally hempuk kepala dia. JiHyo tanya, aku dulu gi jumpa bomoh nak santau Shin ke atau aku pergi mintak minyak pengasih? Hahaha! Tak guna betul dia nih.

Mama dan papa terima jer pilihan hati aku. Abang aku Gwang Soo tak guna tu pulak kata Shin ni buta mata hati sebab sukakan aku. Officemate pulak tak ramai yang tahu walaupun masing-masing boleh agak jer.

Sekarang kami tengah fasa gaduh-gaduh, aku yang tengah merajuk, sebab Shin ni bukanlah manusia romantic. Setakat merajuk sikit memang dia takde nak layan.

Tapi entah apa aku nampak kat dia pun aku tak tahu. Sifat dia macam abang-abang gitu. Dia tak pandai memujuk merayu. Cuma aku rasa selamat bila dengan dia. Dia protective, dia ada mindset provider.

Mulut dia jer la macam bertih jagung tak reti nak sweet-sweet, selalu aku kena bebel adalah, semua sebab sifat perfectionist dia tu.

Kitaorang sebenarnya sangat berbeza personality. Persamaan hanya satu, kitaorang tahu hala tuju hubungan kami ke mana. Nak settle down, tak nak lama-lama bercinta sebab masing-masing dah 30-an, plus acah-acah geli bercinta bagai nak rak walaupun sebenarnya suka jer.

Sebelum aku merapu lebih jauh, maka sampai di sini saja cerita Joy.

Please be aware Joy tak cerita 100% tepat dan sama dengan reality hidup Joy, ada watak dan situasi yang Joy adjust nak bagi nampak melampau especially bab-bab mengutuk orang hahaha.

Kbai!

– Joyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *