Betul Atau Salah

Assalamualaikum, saya nak luahkan sedikit perasaan saya mungkin ada yang pernah ada di situasi seperti saya. Dan mungkin boleh beri kata kata semangat untuk saya meneruskan kehidupan saya.

Saya isteri yang baru saja mendirikan rumah tangga pada beberapa bulan yang lalu. saya bekerja.

Saya taktau adakah saya yang berlebihan dalam membuat tindakan atau tindakan saya adalah tindakan yang tepat.

Selepas saya berkahwin dengan suami saya, suami saya ada seorang yang ringan naik tangan kemuka, kadang kadang perselisihan faham adalah disebabkan oleh masalah yang kecil sahaja.

Dalam rumah tangga biasalah kalau ada perselisihan faham, suami saya mempunyai fahaman yang isteri patut taat dan wajib menghormati suami.

Kadang kadang kalau berlaku perselisihan faham dia akan marah saya, tinggi suara, dan saya akan cakap dengan dia jangan tinggi suara dengan saya, bukan lah maksud saya tidak boleh menerima kemarahan dia.

Tapi saya tidak boleh dengan cara dia terlalu marah sehingga menyebabkan saya rasa tertekan. Jadi tiap kali dia marah saya akan diam.

Tapi dia bila kita diam dia lagi marah seolah olah kemarahan dia tu kita tak ambil kisah. Sedangkan saya diam sebab nak hormat dia sebagai suami.

Selama beberapa bulan kahwin. 2 kali pernah naik tangan, dan yang terakhir dia tampar dan cubit tangan saya sehingga meninggalkan kesan lebam membiru,

Dan saya mengambil keputusan untuk lari dari rumah dengan kesempatan yang saya ada dan balik ke rumah ibu bapa saya.

Disitulah baru mak ayah saya tau yang sebenarnya dia dah banyak kali naik tangan ke muka saya.

Ramai yang menasihati saya supaya melakukan report polis dan buat checkup. Saya pun telah mengambil tindakan tesebut.

Dengan keputusan yang saya buat, keluarganya kecewa, dan masih berpihak kepada dia seolah-olah saya berlebihan dalam tindakan. Seolah-olah benda ni tak perlu pun, boleh settle antara family sendiri.

Sebelum saya buat tindakan tersebut pun, saya masih berfikiran macam nilah, kesian, kesian, kesian mak ayah dia, kesian career dia, kesian hidup dia kedepan.

Saya takut tindakan ini akan membuatkan keluarganya masam muka dengan saya. Sedangkan yang bermasalah nya saya dan anaknya, bukan dengan keluarganya.

Sekarang saya dah nekad untuk berpisah dengannya dan dia masih persoalkan kebaikan dia untuk saya.

Kalaulah dia yang terbaik untuk dia, kenapa ditangan-tangankan. Mungkin itu kelemahan dia yang saya tak mampu untuk terima. Dan saya pun ada kekurangan untuk dia.

– Fafau (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Assalamualaikum Fafau..
    Tak apa, tindakan bijak yang awak buat. Memang rasa macam awal tindakan tuh. Peringatan pada suami. Kalau masih angkat tangan tinggalkan je orang macam ni. Nanti lain plak jadinya.

  2. Suami yang baik takkan menyakiti isteri baik dari segi emosi apatah lagi fizikal. Suami dayus sahaja yang naik tangan kepada isteri. Elok lah ditinggalkan segera.

  3. pukul /tengking bukan tindakan yang betul untuk pasangan menegur kesalahan. x kira la isteri/suami yang buat. Rumahtangga mmg ada hormat menghormati tapi ada cara..bila membahayakan x salah lari sebab menjaga nyawa adalah wajib. x kisah la dia ada seribu kebaikan tapi x menghalalkan dia untuk memmukul/memaki/ mengherdik. semua manusia ada perasaan yang sama. x suka disakiti. kalau benar jodoh sampai disitu redhakan..kerana nyawa tiada ganti

  4. Baik apa macam tu!!!! Bukan sekali dua ye, nak suruh sampai cacat ke baru nak bla? Menyesal pun tak guna dah masa tu. Sebelum ada anak ni baiklah berpisah cara baik.

  5. Ha, bijak pun. Baik berpisah sekarang sebelum TT terbunting.. takut nanti terkeluar cerita TT burnout jadi single mother.

  6. bijak. pastu bab family dia biaq p. Mungkin dia anak yang baik, abg/adik yang baik. tapi bukan suami yang baik. sebab baru kahwin dah naik tangan. kalau lama lagi teruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *