Suami Yang Menenangkan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-yang-menenangkan/).

Assalamualaikum..Maaf cerita haritu sekadar nak meluah. Terima kasih sudi membaca, bila baca komen terasa nak menulis sikit lagi. Ramai yang rasa benda sama, dan ada yang tulis, “nak kena sakit dulu baru suami nak berubah agaknya,”

Jangan doa begitu sis.. tak berbaloi. Sakit saya tu boleh menyebabkan anak-anak kehilangan ibu. Setahun recovery, dan dalam setahun tu Alhamdulillah suami berubah sikit2 dan akhirnya saya pun ikut berubah.

Saya tak cakap suami tak baik dan saya pun bukan isteri yang perfect. Kami dua-dua pasangan yang baik dan ibu bapa yang baik.

Masalah kami cuma kawalan emosi. Bila saya out, husband pun sama sekali out. Dua-dua api, takde air. Tu je problem kami. Time kitorang okay, okay sangat. Tapi saya rasa benda ni biasa berlaku dalam perkahwinan.

Dari segi duit, walaupun tanggungjawab suami yang patut cover semua, persetujuan kami untuk saling membantu dalam rumah tangga.

Lebihan duit suami simpan untuk belanja saya & sendiri, juga simpanan kecemasan keluarga. Lebihan duit saya untuk belanja company & staff, cash reserve simpan sebanyak boleh supaya business bertahan, dan juga investment untuk hari tua sebab kami takde pencen dan takkan bekerja selamanya, dan kami taknak susahkan anak2.

Dan kami juga simpan untuk anak2 belajar supaya tak perlu bayar pinjaman nanti (sebab kami dah rasa) . Kami okay dengan arrangement ni. It’s a teamwork.

Kami juga simpan deposit kereta dan rumah anak-anak, also duit untuk kahwin. Bukan sebab kami Megah Holdings, tapi sebab awal perkahwinan dulu kami dah pernah lalui kerap bergaduh bila duit takde dan loan banyak nak bayar, jadinya kami nak prepare yang terbaik untuk anak-anak.

Oleh itu dari segi tanggungjawab dan nafkah, suami dah sediakan mengikut kemampuan, dan saya topup untuk keselesaan & jaminan masa depan. Belanja dan kerja memang banyak, orang yang buat business akan faham struggle dia.

Dan saya tak sebut pun kenapa beriya2 nak jaga anak sendiri. Ramai je ibu2 tinggalkan kerja untuk jaga anak sendiri, disebabkan faktor pengasuh atau anak special, tapi tu bukan point utama confession.

Ada komen cakap, duit banyak tapi kedekut. Ya, selepas menghadapi PKP, lepas savings bertahun2, savings anak, EPF, semua habis untuk bayar operation company dan supaya staff2 tak hilang mata pencarian, lepas berbulan makan ikan bilis dan telur (sedap sebenarnya), lepas gaji suami kena potong, memang kami sangat berhati2 dalam belanja.

Alhamdulillah semua tu dah lepas dan kami punya rezeki untuk bina hidup kami semula.

Tapi bukan la maknyanya saya tak enjoy langsung. Cleaner & part time maid memang saya guna, pakai je duit sendiri kalau husband cakap membazir. Pengasuh part time pun ada bila saya nak pegi spa atau me time.

Tapi semua ni placebo orang kata. Lega beberapa hari tapi tak menyelesaikan masalah utama. Dan masalah utama kami adalah kawalan emosi.

Ada juga yang cakap TT macam tak boleh fikir nak pakai van. Hahaha.. kalau pasal menyenangkan hidup saya, memang saya dah explore semua. TAKDE.

Sekolah jauh, takde van, takde bas, projek perumahan bertambah2 tapi sekolah tang tu aje. Takde jiran boleh hantar, sekolah dekat2 semua full walaupun dah apply awal2. Rayuan tayah cakap la, buat muka kesian dengan perut boyot dah nak due date pun, takde orang layan.

Sengaja menyusahkan diri sendiri, kenapa tak hantar anak ke pengasuh? Setiap manusia ada FEAR & TRAUMA sendiri, tak perlu explain, titik. Sebab tu saya cakap semua orang boleh bagi solution, tapi takde yang kami boleh pakai.

Tapi benda2 ni bukan point utama pun. Point utama luahan haritu ialah bagaimana lepas husband jadi tenang, saya pun berubah. Mungkin husband baru acknowledge perkara yang selama ni saya mengadu penat. Dia ingat orang lain pun sama penat, boleh je hidup. Orang dulu-dulu pun banyak je housewife jaga anak berderet, ok je.

Jangan la compare housewife dengan bini dia yang kena cari project dan kena achieve 5 figures per months untuk manage company sambil jaga anak. Mental capacity setiap orang tak sama. Sebab tu ada orang depressed, bukan sebab ujian dia lagi berat daripada kita, tapi sebab upbringing dia lain, mental dia lain, personality dia lain, dan she is a different individual altogether.

Jangan sebab kita wanita hebat yang boleh tahan hidup dengan ujian seumur hidup, kita nak perkecilkan penderitaan orang lain. Setiap bayi yang lahir tak sama, lahir dalam keluarga yang tak sama, dan menjadi orang yang tak sama dengan orang lain.

Bila saya cerita-cerita dengan kawan, diorang pun compare apa diorg rasa. Aku lagi la teruk, husband aku lagi teruk, boleh je buat. Tak salah pun, tapi jangan perkecilkan orang lain. Buatkan orang lain rasa tak guna.

Itu yang kadang2 hubby terlepas buat sepanjang perkahwinan. Sampai saya try lagi, try lagi, try lagi sebab saya rasa, eh aku patut boleh buat. Orang lain lagi teruk ni. Aku ni ok lagi, aku kuat, aku kuat, aku kuat. End up atas katil ICU.

Allah takkan bebankan kita lebih daripada apa yang kita mampu, dan saya tahu ini salah satu ujian yang saya mampu tanggung.

Kelmarin saya burnt out macam biasa sebab masalah dengan client, suami balik dan nampak muka sayastress. Terus suami peluk, tak cakap apa-apa. Cair beb, cair. My problems melted away.

Kalau dulu kan, suami balik tengok muka saya masam, muka dia lagi masam. “Aku penat2 kerja, balik rumah muka bini mencuka.” Itu lah yang dia rasa.

Betul ada commenter cakap, bila kita lowerkan expectations, bila suami ambil more responsibilities sesuai dengan kemampuan, bila suami jaga emosi kita, memang kita akan lebih kuat. Ibadat sama2, tambahkan mukasurat Quran every day.

Bila saya fikir saya ‘serve’ suami kerana Allah untuk menghilangkan penat dia, berkejar2 saya nak cari pahala dalam perkahwinan.

Saya dah kurangkan target sales monthly, for now cukup untuk operations. Tunggu sampai askar2 besar dan boleh masuk playschool.

Suami ada bergurau macam mana kalau rezeki lekat lagi walaupun kami pakai perancang macam sebelum2 ni? Saya cakap then dah kena betul2 consider ambil maid & supir. Tak tau kan kalau rezeki twins lagi, huru hara ibu.

Untuk suami di luar sana, please, jaga mental isteri. You’ll get the benefit. Serius.

Jangan jadi suami yang membebankan isteri dengan nafkah yang patutnya under you guys. Kalau memang perlukan bantuan isteri untuk tanggung lifestyle, then support her. Jangan compare wife you dengan rakan-rakan wanita sekerja you yang lagi success, cantik, dan berjaya. Nope. Percayalah diorang pun ada masalah sendiri.

Jangan bila you nampak perempuan ni kerja lagi elok, you nak saiko wife you, gaslight, compare. JANGAN, JANGAN, JANGAN. Jangan jadi lelaki tak guna. (Benda ni banyak jadi kat kenalan2 aku).

Untuk isteri pulak, kalau suami tu dah elok, jangan ambil kesempatan. Ada gaji lebih, kita sharing sharing. Belanja2. Jangan la kikis dia habis pulak sampai dia pun stress. Hidup ni perkongsian. Ikut kemampuan masing2.

Lepas sakit haritu, terus saya upgrade insurans plan & wasiat. Kalau la ajal saya sampai dulu, suami cukup nak tanggung anak2 tanpa masalah.

Saya tak nak dia sedih saya dah takde, dan pada masa yang sama kena kerja keras untuk anak-anak. Saya nak dia tenang. Duit ada. Boleh fokus besarkan anak-anak, bukan habiskan masa cari rezeki. Carikan ibu baru, cari la yang baik2 macam saya. Kan kan.

Isteri ni, akan korban jiwa raga untuk suami kalau suami baik. Tapi kalau sekarang ni dia nak carikan ibu baru untuk anak2 saya, saya kikis dia sampai dia tinggal spender.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ya allah akak, Semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkah, dan semoga kekal hingga ke jannah. Bukan mudah nak handle anak anak ni, semoga akak sihat selalu dan bahagia bersama keluargaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *