Cinta Pertama vs Cinta Terakhir

Assalamualaikum, cerita yang aku nak kongsikan adalah tentang kisah cinta. Semua orang pernah bercinta dan bermacam drama dalam percintaan. 

Macam tu juga kisah cinta aku. Sekadar mengimbau memori lama. 

Nama aku Tania, berusia 29 tahun. 

Aku kenal erti cinta, kasih sayang masa umur aku 13 tahun. Zaman usia remaja. 

Aku ingat lagi masa tu mak aku hadiahkan telefon pertama untuk aku. Di situlah bermulanya kisah cinta pertama aku. 

Aku berkenalan dengan seorang jejaka bernama D. Aku kenal dia melalui telefon. Dia yang menelefon aku dan katanya dia tersalah nombor. Aku pun buat tak peduli pada masa tu.

Aku ada tanya juga, dia dari mana dan macam mana dapat nombor aku. Dia kata dia berasal dari negeri S. Aku pun pelik dan anggap memang dia tersalah nombor. 

Lepas beberapa minggu D sms aku. Masa tu belum ada aplikasi whatsapp. Hanya sms dan call. D pun sms aku, D mahu berkenalan dengan aku. Aku anggap D hanya bergurau. Aku buat tak tahu dan tak layan D. 

Setiap hari D akan sms aku yang dia bersungguh nak kenal dengan aku. Aku biasalah zaman hingusan tu memang excited bila ada yang nak kenal. Jadi aku pun terima untuk menjadi kenalan D. 

Rupanya D adalah senior aku, 17 tahun. 

Kami pun berkawan dalam beberapa bulan. Kami hanya sms dan call. Masa tu topup memang banyak habis untuk kami berhubung. Aku guna duit belanja sekolah untuk beli topup. Kadang D yang topupkan aku.

1 hari D hantar gambar (mms) pada masa tu. Tapi aku memang taknak dan takut nak hantar gambar dengan orang yang tak kenal.

Tapi lama-lama tu D pujuk aku dan aku pun hantarlah gambar aku pada D. Kami berkawan baik, bercerita tentang hal sekolah dan sebagainya. 

Setelah agak lama kami berkawan dalam beberapa bulan macam tu, D menyatakan hasratnya yang dia dah jatuh cinta pada aku.

Haihh, masa ni berbunga hati aku ye. Tapi aku takde apa perasaan pun pada D dan memang anggap dia sebagai kawan dan macam abang angkat.

Pada masa tu layanan aku pada D pun dah berkurang, aku jarang sms dia dan banyak bagi alasan. Tapi D tetap sabar melayan aku.

D tanya macam mana perasaan aku terhadap dia, aku jujur dan memang anggap dia sebagai kawan dan hanya mahu D sebagai abang angkat. Tapi D cakap dia tunggu aku, tunggu keputusan dari aku untuk terima cinta dia. 

D cakap kat aku dia tak ramai kawan perempuan di sekolahnya, dan dia happy bila aku ada dengan dia. Walaupun kami tak pernah berjumpa. 

D pun ada bagitahu aku yang dia budak bermasalah disiplin di sekolah. Banyak bemda nakal dia buat disekolah dan D suka berkongsi dengan aku bila dia buat hal di sekolah. 

Aku masa tu malas nak bercinta, tapi lama kelamaan D akhirnya berjaya membuat aku jatuh cinta padanya. Tak tahu la berapa lama dia tunggu aku, aku pun dah lupa mungkin adalah dalam 1 tahun macam tu. Maka dialah cinta pertama aku.

Disebabkan dia seorang yang terlalu mengambil berat pada aku mungkin sebab tu aku jatuh cinta pada dia. Dan aku ni pun jenis budak introvert disekolah dan takde ramai kawan. Hanya pada D aku luahkan masalah aku. 

Hanya sms dan call peneman aku. 

Yela, nak jumpa mana ada duit masa tu kami sekolah lagi. Setiap hari D akan contact aku. Dan aku pun tak bosan layan D walaupun kami tak pernah jumpa. 

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, hubungan cinta kami hampir 5 tahun. Dan masa ni D dah habis sekolah dan dia pun dah bekerja. Aku masa tu tingkatan 5. Masa ni la baru lah buat pertama kali berjumpa.

Masa kami berjumpa tu aku bawa kawan aku untuk teman. First impression pada D memang not bad sama macam gambar yang dia selalu hantar. 

Okay, masa ni zaman whatsapp dah ada. Jadi lagi senang la aku berhubung dengan D. Nak disingkatkan cerita, hubungan cinta kami bertahan selama 7 atau 8 tahun macam tu dan cuma 4 kali kami berjumpa.

Masa ni parents aku dah tahu hubungan kami. Mak D pun dah tahu pasal aku dan pernah tengok gambar aku. Aku pun ada buatkan kuih untuk mak D dulu ye. Hihih

D ada cakap yang dia betul-betul serius dengan aku dan nak aku jadi isteri dia. Tapi aku kan muda lagi masa tu mana nak fikir pasal kahwin ni.

Aku cuma cakap aku nak kahwin masa umur aku 27 tahun. D cakap dia sanggup tunggu aku dan dia berharap aku takkan berubah hati. 

Nantikan sambungan bahagian ke 2. 

– Tania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Taknak sambungan

    Cuma nak btau, kalau berboyfriend tu bukan namanya cinta ye dik.org barat je normalisasikan cinta tu dgn pasangan. Cinta pertama ko sepatutnya…Allah, rasul pastu ibu bapa.

    Ko pernah dengar lagu ni tak dik? Meh ikut nyanyi..satu satu saya sayang Allah, dua dua sayang rasullullah,tiga tiga sayang ibu bapa, satu dua tiga sayang semuanya..gituuu

  2. Hmmm. umo 13 dan 17 tu bukan cinta, dik. Tapi couple gedik2 kat sekolah. Mak ayah hantar gi sekolah, belajar rajin2. Ni perabih duit beli topup call abg angkat (yang menurut Islam ttp lelaki ajnabi). Stop, tak perlu sambungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *