Pelamin Anganku Musnah

Terima kasih admin kerana siarkan confession ini.

Majlis perkahwinan saya.. tinggal lagi 3 bulan tapi hati ni rasa sebak sangat. Hari-hari menangis. Bukan sebak bahagia, tapi sebak sebab apa yang saya idamkan untuk wedding tak tercapai.

Pertamanya, saya nakkan majlis yang santai dan jimat duit jadi tak perlu jemput ramai ramai..

Tapi disebabkan kedua parents saya cikgu jadi kenalan mereka saja dah 2k.. Belum campur saudara mara. Kiranya saya punya majlis ni pax untuk 3k..

Ha jarang dibuat orang kan. Lagi lagi trend sekarang semuanya jemputan sikit.. Jadinya semua hantaran saya dah habis di makanan sahaja. Belum lagi pelamin, khemah dan sebagainya.

Harga yang sama tu saya boleh buat di tempat yang jauh lagi cantik dan berbaloi cumanya jemputan tak ramai. Goodies pula beg yang harganya RM4 lebih per individu. Boleh bayangkan tak berapa ribu hangus kat situ saja.

Saya sedih.. Saya rasa kalau nak spend banyak duit kenapa spend untuk goodies.. Saya juga terpaksa korbankan pelamin cantik saya kerana kononnya mereka kata saya boleh jimat dengan ambil pelamin biasa biasa saja.

Padahal dari kecik sampai besar saya memang suka tengok dan bayangkan untuk duduk di pelamin cantik satu hari nanti. Lagipun itu juga duit saya.

Tapi sebab tak dapat keizinan, maka terpaksa la saya telan dan duduk di pelamin simple di rumah ditemani beribu jemputan yang saya tak kenal dan mungkin mereka pun tak kenal saya.

Majlis belah lelaki pula tak dibuat, atas alasan tertentu walaupun majlis saya bukan majlis gabung belah lelaki dan perempuan pun.

Saya bukannya kedekut duit hantaran atau nak bermewahan. Saya cuma nak dapatkan majlis wedding yang saya ada hak untuk memilih apa yang saya nak.

Tapi saya dah tak boleh nak cakap apa apa sebab kad pun dah edar.. (kad diedarkan awal walaupun lagi 3 bulan).

Saya memang dah banyak kali ajak berbincang untuk mereka dengar luahan saya tapi temui jalan buntu.

Cuma sekarang ni saya baru tersedar yang tak lama lagi saya dah nak kahwin, macam mana nanti kalau saya tak happy dan rasa berdendam dengan keadaan selepas kahwin? Boleh ke saya tuntut semula hantaran tu? Saya buntu.

Terima kasih..

– Fatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Buatlah majlis yg sederhana, agama pon dah nasihatkan begitu.. sepatutnya awk yg kluar blanja utk ‘makan’, hadkan brapa “bajet” awk.. klaw jemputan 1k org tu pon dah ramai dah.. mngkin pecahannya : keluarga n saudara-mara (belah ibu n ayah awk), kwn2 ibu n ayah dan jemputan awk (kwn2 dsb).. klaw betul ken2 parents ramai, minta diorang ‘sponsor’ sama.. goodies tu pon c perlu yg mahal2, mngkin muffin sebiji yg dibungkus cantik pon dah ok, org nk mngata tu lantak depa la (kita pon dpt pahala..), yg dekat2 tu mngkin boleh la bgi xtra ckit, mcam bekas kaca utk isi kek tu ke, make things “simple”, yg penting x membebankan n meriah.. lagi pon bkn semua yg dijemput tu dpt dtg, mngkin bole agak2 brp org n kurangkn kos nya.. or klaw sbelah lelaki yg xnk buat majlis belah depa tu, bole “joint venture” n bgi share diorang dlm majlis awak, so save cost dah kat situ.. apa2 pon, kehidupan slepas awk berkawen tu yg lbh penting.. brp ramai yg kita tengok, mse majlis kawen, mcm nk rak, dh mcm ‘wedding of the year’, tp kawen tak lama, dah mcm2 msalah, mcm x berkat je (na’uzubillah).. semoga awk tenang n cuba buat yg terbaik utk majlis awak, supaya hidup slepas kawen nt pon akan tenang2 jugak.. wallahu a’lam.

    • betul saya pun buat camni, asalnya saya nak buat kecil kecilan tapi parents saya nak ajak ramai kawan kawan dia, saya tegas dekat diaorng yang bajet saya untuk 150 pax je selebihnya parents yang kena topup,
      alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar
      jangan takut untuk bertegas dengan pendirian sendiri sebab nanti awak yang sakit tanggung hutang majlis.

  2. Tegas sikit awak, ambik je pelamin awak nak tu!!! and bagitahu bajet awak berapa untuk makan, yang lain suruh diorang topup, cikgu kan takkan takde duit. Pelik aku cikgu pun perangai macam ni kesian kat anak. Ingat tempah je pelamin yang awak nak nanti menyesal tak habis, sy dulu pun hampir macam ni tapi sy tukar jugak pelamin last minit, lega gila rasa walaupun gaduh2 jugak la, tapi sy memang lawan sebab sy buat benda betul. duit salam kaut nanti boleh topup mana2 jangan bagi kat parents semua, sebab kan banyak guna duit awak. serious tegas la sikit. Tapi jangan la ambik pelamin ribu riban. Semoga dipermudahkan urusan awak. ingat kena tegas dah besar nak kahwin jangan lembik okbye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *