Kerisauan

Salam buat pembaca,

Pertama kali saya cuba untuk tuliskan tentang apa yang menjadi kerisauan untuk ketika ini

Saya Bunga, berumur 20 an dan masih lagi study di salah sebuah pusat pengajian.

Saya mempunyai seorang classmate lelaki yang sentiasa nampak serius, garang dan sukar dijangka sikapnya.

Sehingga kini sudah 3 tahun saya berada dalam kelas yang sama dengan dia.

Satu hari, dia pm dan mengatakan ingin kenal dan berkawan lebih dekat dengan saya.

Disebabkan saya dah classmate dengan dia agak lama, jadi saya rasa ok untuk cuba berkawan dengan dia.

Namun, yang menjadi kerisauan di hati, adalah tentang ikhtilat.

Seringkali saya berfikir, adakah betul perbuatan saya ini, atau saya perlu berhenti dari berkawan dengan dia,

Kerana sebelum ini, kami sangat jarang chat dan adakalanya hanya berbual hal2 yang berkaitan pelajaran sahaja.

Boleh ke berikan nasihat atau pandangan tentang situasi saya sekarang ni..

Sama ada dibolehkan untuk saya berkawan dan mengenali dia sedikit demi sedikit atau tidak perlu.

Terima kasih ya..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Nk berkawan je bolela kut.. mcm jugak kwn2 yg lain tu, awk tetap berkomunikasi kan.. tp elakkn la berdua2an, atau ber’whatsapp’ tp bersembang hal yg bkn2.. mula2 tu mungkin la hal2 biasa je, tp klaw da meleret sampai ke mlm or awal pagi misalnya, itu dah jd lain dah tu.. syaitan ni mmg sentiasa bisik yg ‘cantik2’ je, sbb dia nk cari ‘geng’ dia d Sana tu nt.. hati pulak suka ikut kta ‘nafsu’, itu yg nt hubungan yg mula2 ‘naif’ jd ‘terbabas’ la, last2 terlanj*r.. kalu dah gitu gamaknya, silap2 pasangan tu pon dah xnak kat awk lps tu, bkn ada hubungan apa2 pon, dia bole ‘blah’ mcm tu je, tinggal la awk sorang terkapai2.. so sbelom jdi apa2, jaga la ‘ikhtilat’ tu.. klaw betul dia ikhlas nk berkawan dan mngkin juga berkahwin dgn awk slepas ni, dia akn jaga awk dgn baik dan buat perancangan yg sewajarnya, cari pekerjaan yg baik, plan utk hidup berkeluarga kelak dsb., bkn nya hanya sebok nk ber’chat’, ber’dating’, pergi mall, mkn2 sana sini dsb.. nt klaw ramai yg tahu n nmpak, awk juga yg jd bualan dsb.., pandai2 la bwak diri, kwn biasa2, then grad dgn point yg baik dan lps tu bole la plan utk yg lbh baik.. insha Allah..

  2. sis bole try baca IIUM confession tarikh 25/07/2020 tajuk dia pengalaman berkawan dengan lelaki..kat situ dia ada bagi tips bermanfaat sis boleh ambil…search je insyaallah jumpa sekian terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *