Terima kasih admin kerana siarkan confession ini.
Majlis perkahwinan saya.. tinggal lagi 3 bulan tapi hati ni rasa sebak sangat. Hari-hari menangis. Bukan sebak bahagia, tapi sebak sebab apa yang saya idamkan untuk wedding tak tercapai.
Pertamanya, saya nakkan majlis yang santai dan jimat duit jadi tak perlu jemput ramai ramai..
Tapi disebabkan kedua parents saya cikgu jadi kenalan mereka saja dah 2k.. Belum campur saudara mara. Kiranya saya punya majlis ni pax untuk 3k..
Ha jarang dibuat orang kan. Lagi lagi trend sekarang semuanya jemputan sikit.. Jadinya semua hantaran saya dah habis di makanan sahaja. Belum lagi pelamin, khemah dan sebagainya.
Harga yang sama tu saya boleh buat di tempat yang jauh lagi cantik dan berbaloi cumanya jemputan tak ramai. Goodies pula beg yang harganya RM4 lebih per individu. Boleh bayangkan tak berapa ribu hangus kat situ saja.
Saya sedih.. Saya rasa kalau nak spend banyak duit kenapa spend untuk goodies.. Saya juga terpaksa korbankan pelamin cantik saya kerana kononnya mereka kata saya boleh jimat dengan ambil pelamin biasa biasa saja.
Padahal dari kecik sampai besar saya memang suka tengok dan bayangkan untuk duduk di pelamin cantik satu hari nanti. Lagipun itu juga duit saya.
Tapi sebab tak dapat keizinan, maka terpaksa la saya telan dan duduk di pelamin simple di rumah ditemani beribu jemputan yang saya tak kenal dan mungkin mereka pun tak kenal saya.
Majlis belah lelaki pula tak dibuat, atas alasan tertentu walaupun majlis saya bukan majlis gabung belah lelaki dan perempuan pun.
Saya bukannya kedekut duit hantaran atau nak bermewahan. Saya cuma nak dapatkan majlis wedding yang saya ada hak untuk memilih apa yang saya nak.
Tapi saya dah tak boleh nak cakap apa apa sebab kad pun dah edar.. (kad diedarkan awal walaupun lagi 3 bulan).
Saya memang dah banyak kali ajak berbincang untuk mereka dengar luahan saya tapi temui jalan buntu.
Cuma sekarang ni saya baru tersedar yang tak lama lagi saya dah nak kahwin, macam mana nanti kalau saya tak happy dan rasa berdendam dengan keadaan selepas kahwin? Boleh ke saya tuntut semula hantaran tu? Saya buntu.
Terima kasih..
– Fatin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Buatlah majlis yg sederhana, agama pon dah nasihatkan begitu.. sepatutnya awk yg kluar blanja utk ‘makan’, hadkan brapa “bajet” awk.. klaw jemputan 1k org tu pon dah ramai dah.. mngkin pecahannya : keluarga n saudara-mara (belah ibu n ayah awk), kwn2 ibu n ayah dan jemputan awk (kwn2 dsb).. klaw betul ken2 parents ramai, minta diorang ‘sponsor’ sama.. goodies tu pon c perlu yg mahal2, mngkin muffin sebiji yg dibungkus cantik pon dah ok, org nk mngata tu lantak depa la (kita pon dpt pahala..), yg dekat2 tu mngkin boleh la bgi xtra ckit, mcam bekas kaca utk isi kek tu ke, make things “simple”, yg penting x membebankan n meriah.. lagi pon bkn semua yg dijemput tu dpt dtg, mngkin bole agak2 brp org n kurangkn kos nya.. or klaw sbelah lelaki yg xnk buat majlis belah depa tu, bole “joint venture” n bgi share diorang dlm majlis awak, so save cost dah kat situ.. apa2 pon, kehidupan slepas awk berkawen tu yg lbh penting.. brp ramai yg kita tengok, mse majlis kawen, mcm nk rak, dh mcm ‘wedding of the year’, tp kawen tak lama, dah mcm2 msalah, mcm x berkat je (na’uzubillah).. semoga awk tenang n cuba buat yg terbaik utk majlis awak, supaya hidup slepas kawen nt pon akan tenang2 jugak.. wallahu a’lam.
betul saya pun buat camni, asalnya saya nak buat kecil kecilan tapi parents saya nak ajak ramai kawan kawan dia, saya tegas dekat diaorng yang bajet saya untuk 150 pax je selebihnya parents yang kena topup,
alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar
jangan takut untuk bertegas dengan pendirian sendiri sebab nanti awak yang sakit tanggung hutang majlis.
Perangai tipikal orang melayu sejak dahulu. Biar pada asal majlis gilang gemilang.
Tegas sikit awak, ambik je pelamin awak nak tu!!! and bagitahu bajet awak berapa untuk makan, yang lain suruh diorang topup, cikgu kan takkan takde duit. Pelik aku cikgu pun perangai macam ni kesian kat anak. Ingat tempah je pelamin yang awak nak nanti menyesal tak habis, sy dulu pun hampir macam ni tapi sy tukar jugak pelamin last minit, lega gila rasa walaupun gaduh2 jugak la, tapi sy memang lawan sebab sy buat benda betul. duit salam kaut nanti boleh topup mana2 jangan bagi kat parents semua, sebab kan banyak guna duit awak. serious tegas la sikit. Tapi jangan la ambik pelamin ribu riban. Semoga dipermudahkan urusan awak. ingat kena tegas dah besar nak kahwin jangan lembik okbye
Typical melayu nak jemput ramai orang mencekik ramai2 kat majlis kahwin. Parents pula jika berkerja sepatutnya faham tidak membebankan anak. Macam orang tidak bekerja pula tidak tahu penat jerih cari wang. Ni mesti parents kerja sama type sebab itu pemikiran masih disitu.
majlis kahwin sy 2 tahun lepas jemputan hanya 700 org ,sepatutnya 500 tapi abah sy bagi duit utk topup catering..yg lain2 sy urus sendiri , ikut bajet yg ada..belah family mentua sy pun sama , tak pernah masuk campur , if dorg nak panggil ramai , dorg kasi duit..sama mcm awk , sy jugak ada dream pelamin , n sy pilih apa sy nak.. kesian awk , duit habis tp tak dpt apa yg awk nak , sepatutnya awk kena bertegas dari awal , bukan dah last minit baru awk tersedar dari tidur. sy nasihatkan awk redha sahaja lah , ada duit nanti anniversary buat balik wedding hehe
Saya pun sependapat dgn awak part last tu, nanti ada rezeki lain time anniversary buatlah majlis mcm bersanding yg tt impikan sbb mmg ada beberapa confession kat dlm page ni berdepan dgn masalah yg sama, parents narsisis, tak memahami masalah anak² yg mahukan majlis perkahwinan yg simple mengikut bajet mereka jadi kalau tidak boleh bertegas, terpaksalah mengikut kehendak parents bagi menjaga hubungan tetapi yg akan sakit menanggung adalah tt dari byk faktor..sakit hati, terkilan, terpaksa menanggung beban hutang (jika ada), berjimat-cermat dlm melayari kehidupan selepas berumahtangga dan sebagainya. Lain pula halnya jika tt boleh bertegas dan parents boleh betoleransi dengan membuat sumbangan bersama untuk majlis kerana jemputan yg melebihi bajet tt, jadi dapatlah tt menempah pelamin idaman walaupun dalam islam tiada istilah pelamin dan bersanding tetapi hanyalah majlis doa kesyukuran bagi mewar-warkan bahawa tt telah bernikah..semoga masalah tt mendapat jalan penyelesaian, dipermudahkan dan majlis mendapat keberkatan dari Allah SWT.
saya secara umum setuju dengan niat cik nak simple2. cuma dalam hal ni cik sedang “berlawan” dengan keluarga sendiri jadi saya nasihatkan tetap cuba bincang elok2 tanpa terlalu ikut emosi. macam mana pun diorang tetap keluarga sebelum / semasa / sesudah berkahwin, dari kecil cik dah dijaga oleh mereka dan panjang lagi perjalanan cik selepas majlis kahwin yang tak sampai berhari tu pun. sementara masih belum bergelar isteri orang ni, masih terikat dengan keluarga yang mana diorang jugak nak tolong mudahkan cik masa kahwin nanti dan mungkin sesudahnya pun. saya harap dapat disimplekan sesimple yang mungkin. pelamin tu terus terang kedengaran agak selfish, yang mana sebaiknya takde pelamin pun dan sebaliknya beri makan kepada para hadirin dan orang miskin
nah tips jadi keras sikit utk pertahankan what you want for ur wedding.
1. book je pelamin tu, bayar full terus. biar diorg takleh cakap apa dah.
– nak taknak mak bapak kena jugak keluar duit utk topup bab makanan sbb itu pilihan diorg nak jemput sampai 3k pax. ko mention je la bajet ko hanya utk 1k sekian2, nak jemput 10k org pon boleh, tapi yu menjemput kena tanggung la sendiri. ko buat keras je la masa mintak duit utk parents topup tu. nak lagi jahat, ugut to call off the wedding, parents ko confirm taknak malu punya, takkan nak cancel sbb ko tak mampu bayar catering kan? kikiki card dah edar.
2. apa kejadahnya 3kpax x rm4 goodies sis oii? yg dtg tu confirm come with anak2 kecik etc, so boleh je buat 2k pax goodies utk dewasa, the rest ko beli gula2 jajan2 utk goodies budak2 la. tapi rm4 per goodies tu boleh cut cost lagi sebenarnya but im not sure what you put inside it la. kalau aku, aku letak air kotak dgn muruku je la kalau nak kena bagi utk 3k org.
goodluck sis. kena keras sikit. takleh nak biar org tentukan apa kau patut buat dalam hidup ko sampai ke tua la nayaa sis oii. ni baru cabaran nak kahwin, dah masuk alam perkahwinan lagi kang lagi azab kalau sis ni jenis dengar je la mak ayahnya tu punya permintaan walaupon kdg mcm tak make sense. nanti perkahwinan ko pon dia yg tentukan itu ini. rumah kena sewa yg ceni la centu la, eh tak boleh sewa, kena beli yada yada
hi sis, kesiannya you. ni first time wedding dalam family you ke? bagi i 3k pax tu terlalu ramai la sis, lagi-lagi kalau you buat time cuti sekolah kebarangkalian kehadiran tetamu tak ramai tu ada. harap you dimurahkan rezeki & dipermudahkan urusan.