Sedikit pengenalan – aku berasal dari keluarga sederhana tapi dimewahkan dari segala segi terutamanya pelajaran dan makanan.
Berbeza dengan family mertua aku, family berada tapi berjimat cermat dalam apa sahaja perbelanjaan termasuk makanan dan sangat berkira dalam hal berkaitan belanja pelajaran. Berbeza latar belakang keluarga dan fahaman konsep kekeluargaan.
Pada mulanya aku anggap benda ni tidak menggangu perhubungan dalam berkomunikasi. No wonder orang dulu-dulu suruh mencari yang sekufu (aku golongan sederhana tidak layak untuk bergandingan dengan golongan kayangan)
2 tahun pertama perkahwinan indah belaka. Aku rajin whatsapp MIL (Mother In-Law). Cite pasal laki aku. Bagi MIL aku bokitta, nealofar, SK, dan handbag. Pegi jalan-jalan aku sentiasa belikan barang. Aku bahagia dengan keluarga mertua
Kisah yang paling terkesan dalam hidup kami suami isteri bermula dimana suami terlibat dalam masalah yang melibatkan kes polis. Bukan kes dadah, pelacuran ataupun jenayah berat. Perlu perlakuan cepat untuk upah peguam dan duit jaminan. Ketika ini lah segala-galanye bermula nya peranan aku sebagai menantu hantu (ghosted)
Ketika perbicangan antara FIL (Father In-Law), MIL dengan aku di IPD (cadangan aku adalah untuk upah peguam dan bayar duit ikat jamin sepertimana penjelasan IO dan AIO. Sebab kami tidak tahu secara terperinci apa terjadi).
FIL aku memulakan ucapan mukadimah bunga-bunga bahawasanya keluarga aku tidak mempunyai tiang agama kukuh iaitu solat dilewat-lewatkan dan ini adalah balasan tuhan terhadap dosa-dosa kecil aku.
Tiang agama (asas agama rumahtangga aku tidak kuat) akan runtuh bila-bila masa. Aku dapat tarbiah agama di IPD secara percuma. Ketika aku keseorangan, serabut, dengan anak-anak kecil, tiada hala tuju dan pengetahuan dalam pengurusan mahkamah.
Aku abaikan perihal tiang agama dan mengusul kan supaya percepatkan proses ikat jamin. Tetapi aku hilang kata (dan hampir hilang pedoman) ketika perbicangan dan hanya menangis apabila keputusan FIL & MIL untuk biarkan suami di lokap atau seandainya dipenjarakan.
Ayat-ayat bunga diolah dalam kata mudah – kalau dipenjara, itu adalah ketentuan Allah. Qada dan qadar katenye… Ayat yang membuat kan aku tetibe jadi wanita besi dari FIL aku adalah – biarlah bagi pengajaran pada suami supaya insaf dan bertaubat ke jalan Allah (jatuh hukum confirm suami salah)
Sempat lagi FIL aku selitkan di akhir kata supaya aku jual rumah aku dah suami kepada dia dan aku boleh sewa dimana-mana yang lebih murah bagi mengurangkan kos bulanan since im gonna be a single mother after this. I was like. Eh apene? Hahahaha.
At that time we were really young. Belum 3 series dah beli rumah in Klang Valley. A small house as a shelter for our small family. Downpayment rumah 30K n renovate sikit-sikit 15K.
Ingat senang umur pertengahan 20-an kami nak kumpul duit 45K? Susah namatey. Kawen buat sesederhana mungkin, honeymoon dalam malaysia, bonus asb dan bonus tahunan kerja kami simpan, berniaga kecil-kecilan barang 2nd hand dan pinjam family aku sikit nak ckup kan 45K tuh.
Hanya kerana tidak mahu ikat jamin anak sendiri. Alasan dicipta perlu ke asb/tabung haji susah. Cash FIL dalam ASB minimum 400K setahu aku dan tabung haji is way more than ASB. Dan ayat yang membuat aku sangat-sangat sedih adalah – kalau dia bagi pinjam duit ikat jamin dekat aku, dia takut aku tidak mampu bayar balik duit pinjaman itu.
Aku macam OK fine… Duit dia… Tapi fikir-fikir balik, aku punye blank mase itu sampai tidak boleh nak fikir untuk keluarkan duit simpanan sendiri dalam asb/tabung haji aku. Kami suami isteri ade saving. Aku anggap ne asbab tuhan nak tunjuk kat aku yang ketika itu tidak boleh berfikir dengan logik akal kerana terlalu serabut
Setelah aku terima banyak respon negatif hasil dari perbincangan dengan FIL & MIL. Mereka balik meninggalkan aku di IPD kesorangan menangis. Tengah menagis aku tetibe teringat keluarga aku, suddenly out of the blue. Aku baru teringat aku ade keluarga yang sangat2 sayangkan aku.
Aku terus call kakak aku yang paling dekat dengan aku. Aku menagis meratib macam orang gila bile kakak aku angkat call dan kakak aku berterus terang dengan aku, dia tak faham cerita yang cuba aku sampaikan. Dia tanya aku kat mana, dia suruh stay situ dan dia akan datang.
Kakak aku amik cuti kecemasan, datang jumpa aku dekat IPD dan dengar cerita aku yang kucar kacir. Setelah cube faham sedikit sebanyak cerita yang aku cuba sampaikan, kakak aku suruh aku tidur dalam kereta dan hantar aku balik rumah sambil-sambil itu bagi masa dia untuk berfikir. Dia bagitau seluruh keluarga aku.
Between them they discuss and lay out option what they can do to help. The next day the whole family drive straight to me after finish work at 5 in the evening which take them more than 4 hours to reach me – cross states in order to give me morale support. They organize meeting after meeting and then appoint the best lawyer ever.
Aku macam mayat hidup rase mase tu. Aku MIA keje seminggu. Aku rasa aku hampir gila dan kalau tak kerana keluarga aku, aku ade kemungkinan boleh terjerumus ke lembah deperesi. Aku mula sangsi dengan kewujudan tuhan masa ne. Aku hitung dosa aku+dosa suami aku dan aku cuba nak timbang tara dengan ujian yang diberikan. Why me?
Anak-anak aku abaikan dan aku stress sorang-sorang. Family aku bergilir jaga anak-anak aku. Tanpa banyak pertanyaan, family aku transfer 10K dekat aku in case aku perlukan duit untuk perbelanjaan dan mereka membayar yuran pendahuluan peguam sebanyak 4K. I love my family to infinity and beyond. I was lost, totally lost during that time…
Tapi kes ne bagi aku banyak pengajaran pada diri aku, walaupon dah lame berlalu:
1. Family mertua adalah orang luar.
2. Duit boleh memisahkan institusi kekeluargaan.
3. Berpeganglah pada akidah. Rujuk pada pakar, bukan pakar forward ayat2 agama dari FB/TT dan menyebarkan ajaran tak sahih.
Selesai kes mahkamah aku memang boleh kira pakai jari setahun berapa kali pergi rumah mertua. Which lead to this day, masih jarang-jarang. Datang touch and go and Im still the evil me as said by FIL & MIL. Daripada seorang menantu yang “yes boss” tetibe terkeluar menantu yang “no boss” a.k.a menantu hantu.
Bile mane ketika proses kes sedang berjalan mengambil mase bertahun menjadi kan aku wanita yang sangat-sangat degil dan tetiber pemarah. Innocence until proven guilty ne tidak terpakai dekat Malaysia ye.
Believe me when I say so… Aku amik banyak cuti untuk berjumpa peguam bagi perbincangan. Kos yang menelan hampir 20K dihabiskan untuk upah guaman yang amik mase bertahun untuk perbicaraan dan alhamdulillah selesai sudah kisah hitam itu.
Adab, kesopanan dan kesusilaan aku hilang dipertengahan jalan ketika progress kes berlangsung. Aku tidak akan hadir ketika pertemuaan keluarga mertua.
Aku tidak bersalaman dengan FIL & MIL jika bertemu atau bertembung. Aku blok mertua di media sosial, whatsapp atau apa-apa bentuk komunikasi yang memudahkan perhubungan. Aku ibarat seperti hantu, apabila muncul – mereka akan terkejut. Macam nampak hantu…
Secara luaran, nampak kami tidak bergaduh. Tapi hanya tuhan saja yang tahu. Setelah kes selesai, amarah jiwa muda aku pudar sedikit. Aku pegi ke rumah mertua kadang-kadang, tapi dalam keadaan janggal smpailah sekarang. Sudah tiada berborak kosong atau menolong macam dulu-dulu.
Btw aku still blok seluruh ahli keluarga suami aku dari semua platform komunikasi sehingga kini. Andai kami suami isteri ada masalah, kami berbincang bersama tidak melibatkan family mertua. Kami berdua trauma selepas kejadian hitam itu. It acts as reminder for us from time to time. Kami cuba cari bahagia dengan cara kami…
Keluarga aku sentiasa menasihati aku untuk memaafkan, tidak berdendam, find inner peace etc. Disini aku nak bagitau – family mertua aku tidak bersalah pon. Dia ade pilihan, cuma pilihan dia tidak menyebelahi aku ketika itu.
Family mertua aku sembahyang di awal waktu, puasa sunat tidak pernah tinggal dan sangat baik. Tidak pernah berkasar dengan aku walaupon dari segi bahasa, tiada perli2 direct to the point – semua lembut. Perumpamaan ahli neraka tu bile khutbah FIL aku kepada aku dah suami secara indirect. Cakap lembut lagi…
Suami aku sebenarnye lagi trauma. Keluar lokap dia mengharapkan FIL & MIL yang sambut but they turn their back against him and instead were greeted by my whole family in court. Kalo dendam aku rse hitam dan pahit. Aku tak dpt bayangkan perasaan suami aku mase tu He was swimming down in a black hole for months. It brokes my heart…
Mertua aku tidak bersalah. Tapi aku yang pilih jalan sebegini. Bukan berdendam tapi setelah ada anak. Aku sebagai ibu sangat sayang dekat anak2 aku, never in a million years I would let they drift away without understanding the reason why.
FIL n MIL never ask my husband what actually happen, which made me curious and judgemental. If they dont even love their own sons, how could they love me?
Its just their faith that they hold on to – percaya pada ketentuan tuhan iaitu qada dan qadar. They dont even ask, they assume – ass between u and me. Same seperti vaksin Covid’19. They the tough nut to crack when it comes to vaccine.
Biar mati bermaruah dijangkiti Covid’19 dari masukkan barang yang tidak sahih kepercayaan nya (mempunyai dna babi) dan vaccine ini adalah agenda melenyapkan umat islam etc… They even try to persuade my family to not get vaccinated specially my kids. Katenye kite kena percaya pada qada dan qadar…
Perumpaan syurga dan neraka aku ambil dari ayat-ayat keluarga mertua ketika menzahirkan ketidak puasan hati terhadap aku yang tidak beremosi selepas kejadian tersebut. Ciri-ciri ade kat aku – munafik katanya. Akulah ipar yang sombong, kurang bercakap dan nampak keras.
Orang luar boleh bercerita dan mengata aku mendonggak dada sebagai wanita berkerjaya. Katanya punca aku tak hormat PIL (Parents In-Law) aku. Tapi mereka tak pernah tau kisah hitam ini dan ape aku lalui.
PIL aku rahsiakan tragedi hitam ini dari seluruh keluarga even dari adik beradik suami sendiri bagi menjaga air muka aku katenye. Tidak membenarkan aku bercerita atau meminta tolong pada adik beradik suami bagi menjaga air muka aku jugak katenye.
Semua demi menjaga aib aku ye. Air muka aku sangat berharga ye, aku jek lalai dan tidak sedar. Eventho my husband is proven not guilty…
Aku mintak maaf. Aku bukan nak menyebarkan kebencian, tapi ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Please spread positivity and love your family with no condition. Love Allah and yourself first and then you will find the inner peace.
Aku bukan menantu yang dahulu, aku jadi begini sebab aku cari bahagia aku. Aku berhak untuk hidup dan mencari kebahagiaan aku sendiri dan aku bahagia begini. Aku bukan nabi. Aku menantu hantu..
Sekian…
– Menantu Hantu (Ghosted) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit