Taubat Sebelum Terlambat

Jom ikuti kisah saya melawan ketagihan terhadap makanan dan minuman berkarbohidrat ringkas dan gula.

Dulu saya minum minuman 3 in 1 sehari 2 paket.

Selepas tu kurangkan jadi sepaket sehari.

Kek? Yogurt berperisa?

Hampir tiap-tiap hari saya makan. Portion banyak pula tu.

Pastries pun sama. Hampir setiap hari. Ais krim pun. Gila kan? Semua tu gula.

Saya kurangkan semua ni secara berperingkat.

Selepas tu tiada langsung dah.

Tekak pun tak boleh terima dah… Kecuali buah-buahan. Itu pun terkawal.

Wah tahniah kepada diri sendiri kerana telah keluar dari dunia ketagihan gula. Alhamdulillah.

Semoga saya istiqamah.

Saya terbayang bagaimana kalau kaki saya terpaksa diamputasi akibat diabetes?

Tak berbaloi dengan kesedapan makanan dan minuman manis yang hanya beberapa minit itu.

Saya memilih untuk hidup bebas gula.

##

Tulis ni pun sebab nak bagi semangat kat diri sendiri.

Semoga ada-lah yang terinspirasi juga.

Hah! Satu fakta yang ingin saya kongsikan… Ramai orang kata “campurkan air manis dengan air kosong” untuk mengurangkan rasa bersalah ambil gula secara berlebihan.

Minum air kosong selepas minum air manis juga TAK AKAN mengurangkan kandungan gula yang masuk ke dalam badan. Harap maklum.

##

Akses kepada makanan dan minuman bergula memang mudah di Malaysia ni. Tinggal kita saja yang sanggup berkata “TIDAK” atau geleng kepala menolak.

P/S: Cheat day bagi saya hanyalah hari kenduri kendara dan perayaan yang mana sangat-sangat lah jarang-jarang. Tu pun pilih pilih, dan dalam portion yang kecil, tak semua saya bedal.

Sayangilah tubuh badan amanah Tuhan ini kepada kita. Buat semua ni kerana Allah Ta’ala. Semoga beroleh pahala yang besar dari sisi-Nya.

– Si Taubat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *