Untuk part I, (https://iiumc.com/dijaga-jodoh-orang/).
Seminggu telah berlalu setelah hari pertandingan dan aku masih lagi belum membuka kotak hadiah yang diberikan oleh tuan Zamir sebelum ni.
Aku merupakan pelajar sekolah sbp yang menyebabkan aku terpaksa tinggal di asrama dan aku juga masa tu murid target.
So lepas je aku balik dari pertandingan aku memang akan fokuskan diri aku pada pelajaran.
Minggu tu adalah merupakan minggu outing bagi para pelajar asrama kami dan boleh dikatakan hampir semua pelajar akan keluar tapi aku tak keluar masa tu.
Kebetulan pagi tu kami ada kelas tambahan so aku malas nak keluar. Niat ku habis je kelas aku terus nak balik dorm dan berehat.
Baru je aku hampir nak lelapkan mata tiba-tiba nama aku telah dipanggil dari pondok pengawal.
Siapa yang panggil aku? Mak aku ke? Setahu aku mak aku memang takkan datang melawat aku melainkan minggu aku balik.
Tak fikir panjang aku terus turun ke pondok pengawal. Bukan main terkejut lagi aku bila aku tengok orang yang nak jumpa aku tu adalah tuan Zamir.
Aku tanya dia kenapa dia datang. “Saya datang hantar sijil pertandingan dekat cikgu korang then alang alang tu singgah la jumpa awak..” Alasan yang dia bagi.
“Oh tuan ada benda penting ke nak bagitahu saya?” Tanya aku balik.
Mesti la aku heran kenapa dia nak jumpa aku sedangkan urusan diantara kami dah selesai.
“Ada, saya nak bagi awak something..” Dia berjalan menuju ke keretanya. Rupanya dia nak bagi aku makanan.
Masa tu dia belikan aku beberapa kotak ayam kfc dan disuruh aku makan bersama kawan kawan aku.
“Terima kasih tuan..” Ucap ku.
“Saya tahu awak masih lagi belum buka hadiah yang saya bagi tu kan??” Tanya dia.
Aku tak menjawab sebaliknya hanya tersenyum.
“Takpe saya faham, awak busy belajarkan, lagipun exam dh nak dekat. Tapi boleh tak saya minta tolong awak naik dekat dorm lepasni tolong buka hadiah tu..” Rayunya lagi.
Aku hanya mengangguk. Selepas dia pergi aku terus naik ke dorm untuk buka hadiah yang dibagi. Rupanya dalam kotak tu ada no telefon dia dan seutas jam tangan.
Aku ada ingat masa hari pertandingan aku ada hilangkan jam tangan aku dan siapa sangka dia ganti jam tangan aku tu dan jam tangan yang gantikan aku bukan brand murah yer sedangkan jam tangan yang hilang aku beli tak sampai 15 ringgit je.
Selepas kejadian tu, hubungan kami makin rapat, tiap kali minggu tak balik dia akan datang hantarkan makanan. Tiap kali minggu outing dia akan bawa aku keluar pergi beli barang barang keperluan aku.
Bukan setakat itu je, aku boleh cakap semenjak aku kenal dia memang dia yang tanggung aku sepanjang aku sekolah hingga aku tamat peperiksaan spm. Duit belanja sekolah, yuran sekolah, duit seminar, duit buku, duit kelas tambahan semua dia bagi.
Pernah la aku menolak dengan alasan aku masih punya family untuk tanggung aku tapi dia menolak. Katanya niat dia ikhlas.
Spm telah pun tamat dan aku telah pun menghabiskan zaman sekolah aku. Sementara menunggu keputusan spm keluar aku ambik keputusan untuk kerja part time.
aSetelah 2 minggu habis spm tuan Zamir ada call aku bagitahu nak jumpa dan aku setuju dengan syarat dia kena datang untuk jumpa family aku dulu dan tuan Zamir bersetuju. Dan tengahri tu juga tuan Zamir ni datang jumpa family aku.
Masa tu aku sengaja membiarkan tuan Zamir ni bersembang dengan ibu aku. Nak tengok macam mana. Berani ke tak. Tapi ap yang dibualkan diorang memang betul betul mengejutkan aku. Aku dengar yang mak aku tanya apa hubungan tuan Zamir dengan aku dan jawapan nya
“Buat masa sekarang saya dengan memang takde hubungan yang istimewa, sekadar kenalan tapi saya mengaku yang saya suka dengan anak makcik. Dari zaman sekolah lagi saya tunggu dia tapi saya tahan sebab dia tengah spm.
Sekarang dia dah habis spm dan saya pun dah taknak main main lagi. Kalau boleh saya nak ada hubungan yang halal dengan dia.”
Hampir nak pengsan aku dengar dia cakap macam tu dekat mak aku. Nasib juga mak aku ni jenis yang sporting. Mak aku bagitahu yang aku masih muda, dia tak yakin yang aku mampu galas tanggungjawab tapi mak aku juga ada bagitahu yang dia tak halang untuk aku dan tuan Zamir berkawan.
Selang 2 minggu dari hari tu, aku bercinta dengan tuan Zamir ni. Sepanjang kami bercinta ni, normal je macam orang lain bercinta cuma bezanya kami jarang dating sebab kerja Zamir.
Kalau keluar dating pun hanya makan tengah hari dan lepastu balik. Takpun dia akan singgah dirumah family aku hantarkan makanan dan terus balik. Begitu la kalau bercinta dengan milik negara. Tapi aku okay masa tu, aku faham kerjanya.
Tiba la hari dimana keputusan spm aku keluar. Alhamdulillah berkat usaha, keputusan aku cemerlang dan aku banyak menerima tawaran sambung belajar. Aku terima salah satu tawaran di university tempatan dimana university itu menawarkan course yang aku minat.
Alhamdulillah semua urusan kemasukkan aku berjalan dengan lancar dan aku juga telah menerima biasiswa. Zamir masih lagi belum tahu yang aku bakal sambung pelajaran aku. Aku niat nak bagitahu dia selepas dia balik daripada kursus dia.
Masa tu Zamir dalam kursus so aku niat macam nak suprisekan dia la. Hari tu Zamir balik daripada kursus dan aku ajak untuk berjumpa. Aku bagitahu dia yang aku bakal sambung pelajaran aku.
Masa tu Zamir hanya diam. Senyum pun tak, nangis pun tak. Aku ada salah cakap ke? Aku tanya dia kenapa dia macam tak happy bila dengar aku nak sambung belajar.
Dia cakap dia bukan tak happy aku nak sambung belajar malah dia bangga tapi dia takut. Dia takut aku akan tinggalkan dia selepas aku sambung belajar. Aku cuba la untuk pujuk dia tapi aku nampak yang dia macam tak puas hati.
Lagi beberapa hari je lagi tinggal sebelum aku bertolak ke university. Zamir semenjak aku bagitahu yang aku nak sambung belajar layanan dia terhadap aku agak dingin sikit. Chat aku pun reply nak takn k je. Call langsung tak.
Alasan yang dibagi busy berkerja. Boleh jadi je betul tapi firasat aku kuat mengatakan yang dia sebenarnya merajuk dengan aku.
Sedang aku mengemas barang aku malam tu tiba tiba Zamir call bagitahu yang dia ada depan rumah. Ohh mungkin nak hantar makanan sebab selalu kalau malam dia hanya akan hantar makanan je memang tak keluar. Aku keluar seperti keadaan biasa.
Rupanya bukan makanan yang dihantar tetapi cincin. Zamir bagi aku sebentuk cincin. Katanya dia happy aku sambung belajar tapi dengan syarat aku kena kahwin dengan dia dulu. Nak pengsan aku yer si Zamir buat perangai malam malam ni.
Aku sayangkan Zamir tapi untuk jadi isteri diumur yang muda bukan impian aku. Zamir cakap yang dia tak nak tunang kalau boleh nak nikah terus. Tapi aku tolak cadangannya tanpa berfikir panjang.
Aku pun kalau boleh taknak juga tunang lama lama tapi untuk kahwin terus aku taknak, aku nak belajar lagi. Aku ada cita cita.
Zamir berhabis pujuk aku untuk kahwin dan cakap akan tanggung segala pembelajaran aku tapi aku terus menolak lamaran dia. Mungkin sebab terlalu marah Zamir terus meninggalkan aku tanpa kata putus.
3 hari telah berlalu dan lagi 2 hari je aku nak bertolak. Zamir masih merajuk dengan aku. Aku rasa sangat serba salah masa tu sedangkan Zamir dh banyak tolong aku. Aku call dia ajak dia jumpa untuk bincang tentang kami.
Zamir bersetuju untuk jumpa aku dan kami berbincang, setelah dibincangkan dengan elok akhirnya Zamir setuju untuk tunggu aku sehingga aku tamat pelajaran dengan syarat lepas aku habiskan asasi kami kena bertunang dulu dan lepas je aku habiskan degree dia nak kami terus nikah dan aku pun setuju dengan syaratnya.
Alhamdulillah lepas je aku tamat program asasi kami mengikat tali pertunangan dan aku pun sambung degree balik. Sama seperti zaman aku sekolah dulu, Zamir membantu aku dari segi kewangan, membayar yuran pengajian aku sedangkan masa tu ak dapat biasiswa tapi Zamir tetap bagi aku duit termasuk duit belanja.
Pernah sekali mak aku tegur dia pasal hal duit dan Zamir bagitahu yang dia tak kisah sebab dia bagi duit tu untuk aku belajar. Bahagia ye aku masa tu.
Tapi sebaik baik manusia ada kekurangan juga. Pertunangan kami diuji dengan perangai kuat cemburu dan suka mengongkong Zamir.
Aku heran sebelum ni Zamir tak pernah macam ni, sekarang dia sangat cemburu. Suka mengongkong aku sehinggakan aku tak dapat nak keluar langsung. Boleh cakap hari hari kami akan bergaduh benda yang sama.
Ada satu hari, kami bergaduh besar, bergaduh sebab dalam group assignment aku tu ada budak lelaki. Katanya lelaki tu cuba mengorat aku sedangkan masa tu satu fakulti aku tu dah tahu aku ni tunang orang. Kami bergaduh besar dan disebabkan aku tak tahan dengan perangai nya, aku minta untuk putus.
Aku nekad masa tu. Aku tak boleh hidup kena kongkong. Zamir tak boleh nak terima dan cuba untuk pujuk aku balik tapi hati aku dh tak boleh. Dipendekkan cerita kami telah putus tali pertunangan di tahun akhir aku degree.
Walaupun kami dah putus tunang, hubungan kami masih lagi belum berakhir yer. Kami masih lagi contact antara satu sama lain, masih lagi berjumpa kalau ada waktu.
Alhamdulillah aku telah habiskan pelajaran aku dan berjaya bergelar seorang doktor pergigian. Dari umur aku 17-25 tahun, Zamir bnyak berkorban untuk aku. Tak pernah sekali pun aku lupakan jasanya.
Pernah sekali aku tawarkan nak bayarkan balik segala pembiayaan dia terhadap aku tapi dia menolak. Dia cakap dia bersyukur bila tengok kejayaan aku sekarang dan dia cakap pengorbanan dia selama ni tak sia sia.
Dan buat kali terakhir Zamir ajak aku kahwin tapi jawapan aku tetap tidak. Zamir terima jawapan aku. Tiada lagi pujuk rayu.
Dan 3 bulan selepas tu Zamir telah pun berkahwin dengan seseorang. Jodoh pilihan keluarga. Aku gembira baginya.
Alasan kenapa aku tak terima dia bukan sebab aku ada orang lain, selepas dengan Zamir aku takde kenal atau bercinta dengan mana mana lelaki pun tapi aku yakin yang Zamir bukan jodoh aku.
Aku sangat berterima kasih kepadanya, tak pernah sekali pun aku lupakan jasa Zamir terhadap aku. Move on? Alhamdulillah aku boleh cakap aku memang dh move on dengan Zamir. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang walaupun masih single tapi aku enjoy.
Tahniah buat Zamir kerana telah menemukan jodoh yang sebenar. Saya sentiasa mendoakan awak Zamir. Terima kasih kerana selama ni menjaga saya dengan baik.
– Mila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit