Terjatuh Cinta Dengan Pensyarah Sendiri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/terjatuh-cinta-dengan-pensyarah-sendiri/).

Assalamualaikum kepada admin dan para pembaca IIUM Confession tercinta. Tak sangka ye ramai yang berminat dengan kisah saya, Dr Y dan bunga orkid.

Saya sangat appreciate pada yang memberi pendapat, pandangan serta teguran, ramai juga ya yang menyokong saya supaya berikan bunga Orkid pada Dr Y.

Banyak yang saya nak ceritakan disini lagi-lagi part macam mana cara saya bagi bunga orkid pada Dr Y, mungkin penulisan ni agak panjang sedikit. Tapi sebelum tu saya nak balas sikit komen di Facebook boleh ke ?

Pertama sekali tentang ‘stalker & stalk’ tu ya Allah malunya saya HAHAHAHA, nampak lah kepincangan saya yang begitu jelas.

Sebenarnya results MUET saya alhamdulillah so-so gitu je, lepas la nak bawak ke universiti. Tu la stalker dengan stalk pun masih tertukar. Terima kasih yang mana menegur, insyaallah lepas ni saya akan memantapkan lagi bahasa Inggeris dalam diri saya hehehe.

Kedua, ada yang kata Dr Y berkemungkinan gay. Nauzubillahi min Zalik, minta jauh la. Dari penelitian saya, Dr Y memang agak lembut tapi takde la nampak yang dia macam gay. Generasi sekarang panggil istilah ‘slay’ gitu.

Perbuatan LGBT ni kan termasuk perbuatan dosa besar dalam Islam dan termasuk la juga dalam perbuatan keji yang merosakkan keperibadian, moral dan agama. Sesuai lah dengan firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 80 dan 81 yang bermaksud:

“Dan (kami juga telah mengutus) Luth ketika dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini)?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

Disini saya nak tekankan yang kita sebagai manusia ni tak boleh tau sesuka hati cop orang tu gay, lesbian ataupun tuduhan berat yang lain. Selagi takde bukti jangan sesekali cop orang macam-macam, boleh jatuh fitnah dan yang paling penting tak pasal-pasal dapat dosa free. Saya yakin semua orang suka benda free tapi dosa free jangan ya.

Part yang dinanti-nantikan oleh para pembaca, sebenarnya saya dah bagi pokok bunga tu dekat Dr Y !!!!

Khamis minggu lepas (9/1) saya ingat nak beli bunga orkid tu letak depan bilik Dr Y, kira nak letak malam jumaat tu la. Tapi nasib baik la minggu lepas week 13, so memang minggu hantar assignment.

Saya saja-saja je la tanya Dr Y, jumaat dia ada tak kat pejabat, sebab saya kan nak letak pokok orkid tu depan pejabat dia. Kalau jumaat dia takde kat pejabat, takut pokok orkid tu tak sampai kat tangan dia.

Dia pun jawab “takde, kenapa?” Saya pun acah-acah jawab ” saja tanya sebab nak hantar assignment” HAHAHAH acah je, padahal Dr Y dah sediakan kotak depan pejabat dia untuk letak assignment, if dia takde pun takde masalah.

Btw saya chat dalam group kelas ye, sebab mula-mula masuk kelas Dr Y dia dah bagi amaran kepada kami (students dia) jangan chat personal, kalau nak tanya apa-apa dalam group. Pm tepi tak di layan katanya. HAHAHA..

Tapi ada hikmah jugak la saya tak letak bunga orkid malam jumaat tu, sebab ramai students pergi pejabat dia untuk hantar assignment. Risau jugak kalau kena rembat dengan orang lain HAHAHA.

Saya ingat nak letak hari Ahad malam Isnin, tapi tu la weekend saya ada latihan memang busy dan badan pun letih. Jadi saya pun niat nak bagi hari Isnin (13/1)

saya pergi nursery untuk cari pokok orkid tu dalam jam 5 petang Isnin (13/1), masyaallah semua bunga dekat nursery ni cantik-cantik rambang mata dibuatnya tapi malangnya pokok orkid takde stock yang ada pun tak berbunga.

Waduh-waduh gawat ni, pekerja dekat situ pun tanya saya “nak bagi hadiah kat orang ke?”, saya jawab la ya. Lepas tu dia tunjuk pokok bunga rose kat saya, perhhh lawa jugak pokok bunga ros ni.

Disebabkan saya nak misi gila saya berjalan dengan lancar, so saya pun belilah pokok bunga ros yang berharga RM18 ni. Bermodalkan RM18 untuk cipta kenangan yang kelakar HAHAHA.

Sebelum ada yang komen “mak ayah cari duit untuk bagi kat anak supaya boleh makan, awak sanggup habiskan duit untuk beli hadiah kat orang yang belum tentu jodoh awak…” para pembaca perlu tahu yang saya buat kerja part time di kampus dan juga saya ada elaun latihan.

Alhamdulillah setakat ni duit yang parents saya bagi, saya hanya guna untuk keperluan diri, universiti dan sedekah je. Kalau nak keluarkan duit untuk buat benda-benda mengarut macam ni selalunya saya cari duit sendiri.

Okey back to the story, sepanjang saya bawak motor nak balik ke kolej saya masih duk fikir perlu ke saya bagi bunga ni kat Dr Y. Sempat lagi kalau saya nak ubah fikiran. Tapi benda pun dah beli, enjoy je la.

Aduhhh niat nak bagi isnin malam selasa, baru teringat malam tu saya ada kuiz secara bersemuka di kampus lama (kawasan pejabat Dr Y).

Ni kan rahsia terbesar saya, tiada siapa yang tahu melainkan diri saya, tuhan dan para pembaca IIUM Confession tentang plan gila saya ni. Kalau member-member tahu teruk kena bahan. So saya pun postpone niat nak letak bunga ros malam tu depan bilik Dr Y.

Tapi guyss saya lupa nak bagitau, untuk subjek minor sem ni ada dua subjek tau, satu subjek Dr Y dan satu lagi subjek Dr N ( Dr ni laki tau). Untuk kuiz hari Isnin malam selasa tu subjek Dr N. Guess what’s?! Dr Y pun ada time kami jawab kuiz tu, dia teman Dr N.

Sebenarnya saya agak gembira dia ada malam tu sebab berkemungkinan lepas ni saya susah nak jumpa dia, al maklumlah subjek major saya bukan bawah fakulti yang sama dengan Dr Y.

Bila tengok Dr Y dan Dr N masuk dewan kuliah sama-sama, tiba-tiba saya teringat komen pasal gay tu. Tak fokus jawab kuiz dibuatnya HAHAHAHAHA. Tapi alhamdulillah still boleh jawab.

Ushhh kalau la Dr Y betul-betul gay, Nauzubillah la mintak jauh ! Sayang la orang berpendidikan tinggi camtu buat benda terkutuk. Tak silap saya mereka satu universiti daripada zaman degree. Maybe hanya rapat sebagai kawan je kot.

Jadi keesokan harinya which is hari selasa malam rabu (14/1) baru la saya boleh letak bunga ni depan bilik dia.

Korang nak tahu tak, waktu saya dah sampai kat depan bangunan tu boleh pulak ada kereta 4×4 yang angkut barang baiki bangunan tu parking betul-betul depan pintu bangunan pejabat Dr Y, spoil betul. Saya pun gigih la parking motor tepi bangunan tu masuk ikut pintu belakang.

Untuk pengetahuan pembaca, bilik dia di bangunan lama tau, mudah kata bangunan yang agak berhantu. Perhhh meremang jugak la saya nak naik tangga ke bilik dia HAHAHA.

Waktu dah sampai depan bilik dia, saya tengok lampu dalam bilik dia menyala. Cepat-cepat saya letak pokok bunga rose depan bilik dia pastu tanpa fikir panjang terus turun. Takut dia ada kat dalam bilik, tak boleh bayang kalau tiba-tiba dia buka pintu.

Tapi saya dah standby jawapan kalau kejadian ni jadi kenyataan pun. Saya akan cakap “ni hadiah untuk Dr sebab banyak-banyak kelas sem ni, kelas Dr paling best dan memberi kesan yang mendalam” ceyy HAHAHA tapi tu la kejadian ni tak terjadi ye.

Lepas turun dari tangga nak ke motor, fuhhhh Dr N parking kereta dia tak jauh dari motor saya. Dekat dengan pintu depan. Dia ada pandang-pandang tapi saya yakin dia tak perasan saya sebab kawasan tu agak gelap.

Memang ada hikmah la kenapa saya tak parking dekat depan bangunan tu, sebab kalau saya parking depan bangunan tu confirm-confirm turun dekat tangga pintu depan. Dan mesti bertembung punya dengan Dr N. Sejuk jugak tangan saya sebab takut kantoi HAHAHAHA.

Kan dia member baik Dr Y, tak pasal-pasal dia cerita dekat Dr Y. Kalau saya turun lambat 5 minit, memang dia akan nampak saya yang letak bunga dekat depan bilik Dr, sebab bilik Dr N sama aras dengan Dr Y.

Kan ada yang kata jangan tulis from ‘secret admirer’ takut dia ingat orang lain yang bagi, sebenarnya saya tak kesah pun if dia fikir orang lain yang bagi. Walaupun saya gelojoh bagi dia bunga tapi saya berpegang pada ayat “kalau ada jodoh ada la…” ceyyy.

Tapi serious saya takde keberanian untuk bagi face to face kat Dr Y pokok bunga ni, saya takut kena ‘basuh’ dengan dia. Saya ada selitkan ayat yang berbunyi ” like the moon admirer the sun from afar, I admire you” biar stalk dengan stalker tertukar lagi pun, asalkan ayat mengayat kena mantap HAHAHA.

Tapi sejujurnya dalam lubuk hati saya yang mendalam, saya agak risau sebenarnya Dr Y buang pokok bunga ni atau bagi tukang kebun pokok bunga rose ni. Ataupun boleh jadi Dr Y send dalam group kelas tanya siapa yang bagi bunga ni, perhhh walaupun takde siapa yang tahu still malu bohhh.

Saya tak tahu la sama ada bunga rose tu dah sampai kat tangan dia ke belum. Silap saya tak tinggalkan email kat surat yang saya selitkan dekat pokok bunga rose tu. Takpe la, harap dia gembira dapat pokok bunga rose tu. Boleh la buat tambah koleksi pokok dalam bilik ‘khas’ Dr Y .

Korang percaya tak, dalam setiap kewarasan manusia ada gilanya. Ni la antara kerja gila yang pernah saya buat, memang akan jadi kenang. Jangan minta part 3. Part 3 akan wujud kalau Dr Y kahwin dengan saya.

– Orkid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Uishh nampaknya sy kahwin dulu la baru bole baca part 3 ni… apa2 pun semoga awak dan si dia ada jodoh Aamiin hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *