Baca Pesanan Ini Jika Ingin Cantik Dan Bahagia

Assalamualaikum semua.
Salam Confession 1 Malaysia.
Pertama sekali ingin aku nyatakan, aku bukanlah seorang ustazah mahupun pendakwah. Aku orang biasa2 yang banyak dosa yang masih mencari jalan yang di redhai olehNya.

Aku cuma nak tegaskan di sini kepada muslimin muslimat sekalian. JAGAlah SOLAT, kamu pasti bahagia. Jaga lah Allah, ternyata Allah pasti menjaga kamu.

Akulah adalah pemerhati, penganalisis kehidupan tapi aku bukan penghukum la. Itu bukan tugas aku. Untuk umur yang macam aku ni, jika dah berkahwin orang kata tgh alami fasa pertama ujian perkahwinan iaitu fasa 5 tahun berkahwin. atau baru nak masuk fasa ke dua kalau dia kawin umur 20 la. Aku adalah insan yg sentiasa menjadi tempat oleh rakan2 ku untuk meluah kan masalah perkahwinan mereka, meminta pandangan nasihat dan tempat menangis. maaf aku bukan pakar psikologi dan aku hanya insan biasa2 sahaja.

Pertama sekali kepada wanita, ubahlah diri kita untuk jadi insan yang lebih baik. Doa banyak2 agar dipertemukan jodoh atau kekalkan perkahwinan yang bahagia dengan orang yeng mementingkan agama tapi bukan penunggang agama. Penunggang agama ni cakap x serupa bikin. Perwatakan luaran tidak sama dengan dalaman.

Okey, pertama sekali aku nak cakap. kebanyakan masalah rumah tangga berpunca adalah daripada pasangan yang tidak menjaga solat. Pernah terjadi, suatu perkahwinan yang di atur, si suami ni untuk 2 minggu pertama namapak sangat alim. Lama kelamaan perangai sebenar jelas kelihatan, dimana solat mula di abaikan. Kemudian yang menjadi semakin parah, si isteri pun sudah mula pandai tinggal solat. Bila ada masalah dalam rumahtangga, dirujuk pada tempat yang salah. Dibawa jumpa bomoh sana sini, katanya rumah tangga berantakan akibat si polan si pulan. Walhalnya, tiang penegak kehidupan (SOLAT) pon x dijaga, bila ada masalah bukan nak mengadu dekat Allah, tapi lebih percaya dengan alternatif lain yang mengundang syirik. Ko dah kenapa? Solat x jaga lepas tu ko percaya dengan tukang tilik dan syirik?

Suami baran x bertempat. kemudian tuduh sana tuduh sini. bila diselidiki rupanya solat tak di jaga sempurna. Suami suka keluar malam lepak dengan kawan2. Isteri marah sebab katanya suami tak bertanggungjawab. Kemudian meroyan di media sosial, tuduh suami bukan2 di facebook, satu dunia boleh baca. Tindakan ni sangat tidak cerdik. Bila di tanya dan soalan pertama yang aku suka tanya. Ko jaga solat x? jawapannya krik krik. habis tu nak salahkan siapa? jangan cerita keburukan masalah rumahtangga pada orang luar wahai wanita. Tak semua orang simpati dengan masalah anda. akhirnya akan jadi gossip liar. Mengadu la pada Allah. Sebab Allah takkan pernah gossipkan kau. Allah la sebaik2 pemelihara dan Dia amat mnegasihi kita lebih dari segalanya.

Lagi satu nak pesan, jangan perli jika ada rakan2 kita yang usaha jaga solat. “dia tu jaga solat, tapi macam tu je hidup dia, macam tu je perangai dia”. Jangan sesekali menuduh orang sebarangan. Biasanya orang yang jaga solat tak akan kutuk usaha orang yang berubah jadi baik tapi orang yang x jaga solat dan x rasa kemanisan solat lah yang suka kutuk orang yang cuba jaga solat . Check diri masing2. Apa yang tak kena tu sebanarnya tu.

Tiang hidup ni adalah solat. jaga solat jaga solat jaga solat. Baiki solat baiki solat baiki solat. Usaha untuk khusyuk dan ko akan nampak keindahannya. Masa tu ko akan rasa yang dunia ni dah tak penting lagi. Sebab cinta ko pada Allah pada akhirat dah meningkat. X percaya? cuba lah dulu jaga solat dengan khusyuk.

Buat adik2 yang masih belum menikah, cubalah cari calon yang sangat mementingkan solat. Kalau solat nk jaga hubungan dengan Tuhan pon dia acuh x acuh, ko rasa mcm mana usaha dia nak jaga ko sebagai isteri dia? kahwinilah dengan orang yang mementingkan agama, nescaya ko takkan menyesal. Buang la sifat nak cari suami kaya, graduate dari oversea , ganteng hensem atau lain2, tapi kalau bab solat tak jaga, get ready la untuk melihat porak peranda kehidupan ko selepas itu. Jiwa tak tenang beb kalau ko x jaga solat. tak payah nak dibagga sangat keturunan ko siapa, tapi kalau diri tiada iman, semua tu tak kemana. Tak de guna gaji ko berkepok2 penuh poket, tapi kalau solat dan iman ko hancur, semua tak ke mana.

Orang yang jaga solat ni, air muka dia jernih. tak perlu nak tempek mekap tebal2 yang mahal2 pon, nur cahaya keimanan terpancar di wajah. Biar muka ko pucat, berjerawat ke apa ke, tapi kalau ko ni jenis jaga solat, air muka ko jernih beb. hah apa lagi, nak lawo jaga la solat (jangan hentam aku, ni ayat cliche :-p).

jagalah solat dan doa sendiri untuk kesejahteraan rumahtangga kamu. Tapi seandainya kamu wahai wanita yang beriman, kamu di uji dengan suami yang teruk akhlaknya, maka sabar dan mengadu lah pada Allah. Ambil contoh tauladan Asiah isteri Firaun, walau dapat suami sekejam Firaun, tapi iman dia tetap pada Allah. Jangan korbankan keimanan kita semata2 untuk mendapat kasih dari seorang suami yang akhlak nya buruk.

tu je aku nk cakap. Aku x dapat nak story secara terperinci sbb itu kisah hidup orang. Tapi tu je nasihat kiasan yang aku mampu bagi untuk kita semua ambik iktibar. Anda Islam? Jagalah solat!. sekian.

– PuanSitiAisyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit