Assalamualaikum…
Terima kasih kepada admin kalau cerita aku ni disiarkan..
Aku ex-student tp bukan di uia. Aku tulis ni untuk pengajaranlah pada student-student yang “alone” nih…
Masa aku memula masuk uni ni dulu memang rasa excited, rasa gemuruh, ada juga rasa macam tak nak sambung belajar.. Sebelum aku sambung belajar dulu, aku naif. Aku tak amik tahu hal-hal di universiti ni.. Jadi, aku sambung belajar ni atas sebab mak aku yang suruh.. nak atau tak nak aku kena sambung jugalah kan sebab dah mak aku nak aku sambung..
Jadi masa minggu pertama masuk aku cuma kenal sorang budak nih.. nama dia x silap aku ina.. sebab dah lama tinggalkan uni ni aku pun dah lupa.. aku kawan dengan dia seminggu je.. aku masuk universiti ni memang aku takde kenal sesiapa.. aku sorang2. Macam kawan aku ni, dia ada kawan2 yang sama sekolah dengan dia masuk universiti yang sama.. Dan aku pun jenis yang tak kisah kalau takde kawan pun..
Lepas sebulan belajar kat uni ni aku memang hadapi dugaan yang banyak la sebab takde kawan.. aku cuba juga rapat-rapat dengan kawan-kawan kelas tapi dorg masing-masing ada geng masing-masing.. Kalau assignment berkumpulan dan dorang tak cukup orang barulah dorang cari aku.. Bila aku semester 2, baru aku ada kawan.. tapi kebanyakkan kawan2 aku hanya nama kawan.. bila senang baru ada.. bila susah hilang.. semua jenis senyum depan kutuk belakang… Jadi aku lebih selesa bergerak sorang2.. tak ada kawan rapat.. tak ada kawan “best friend forever…” sampai aku semester 5..
Sepanjang aku di uni ni, aku duduk di asrama dan aku duduk seorang utk bilik 4 orang… haha.. memang mula-mula aku tak ada kawan aku rasa sunyi dan aku sedih jugaklah sebab tak ada orang nak kawan dengan aku..Disebabkan aku duduk sorang, macam-macam orang fitnah aku.. kalau ada barang sesiapa yang hilang, mesti dorang tuduh aku.. pastu dorang pecah masuk bilik aku, pecahkan almari aku sebab nak cari barang-barang yang hilang tu.. Alih-alih dorang tak jumpa barang tu.. tapi semua buat muka bodoh je.. macam takde apa berlaku.. abis barang aku rosak.. aku buat report.. takde sape mengaku.. kes tu tutup camtu je..
Tapi.. masa aku semester akhir.. aku duduk ngan sorang budak ni.. dia sama batch ngan aku tapi lain course. Dia sangat-sangat baik.. Dia pernah cakap, dia dengar macam-macam cerita pasal aku.. dia cakap dia pun pelik sebab sejak dia kawan ngan aku, aku ok je.. takde pun macam budak-budak lain cerita..
Tapi.. aku kesian ngan kawan aku ni.. Sejak dia rapat ngan aku..kawan aku ni pun orang pulaukan,macam-macam fitnah jugak dia terima.. sebab aku kesian kat kawan aku ni, aku pun pindah bilik lain..
Walaupun aku sorang-sorang.. aku tak pernah gagal dalam exam aku atau assignment aku.. bagi aku alone kat uni ni takkan menjejaskan pelajaran ko kat uni.. Sekarang aku kerja dah berkerja di syarikat swasta dan gaji yg memuaskan.. Aku cerita ni bukan untuk mendabik dada aku dapat kerja ke apa ke, cuma aku nak yakinkan kepada sesiapa student yang “alone” ni tak perlu risau jika tak ada kawan.. sebab kita ada Allah s.w.t yang sentiasa ada di sisi kita.. Tak semestinya ada kawan kita lulus cemerlang.. Ini cuma pengalaman aku.. Jika baik,ambillah..
Dari aku
Alone..
– Alone
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit