Kahwin awal? Atau terus kejar cita2

Salam.
Saja share pengalaman…hidup di kampus yang tiada siapa nak tegur pergaulan bebas secara terang mahupun rahsia. Ini terpulang kepada individu. Iman kuat kental jitu maka tak berlaku ikhtilat. Tapi dengan dunia teknologi serba canggih kebebasan secara terang terangan. Ada yang ambil keputusan untuk kahwin awal demi elak maksiat. Adik2 perempuan cantik2, adik2 lelaki segak2 belaka.
Biar apa pun alasan. Yang pertama…adik2 kena solat istikharah solat hajat solat taubat…biar Allah lorongkan buat keputusan yang betul. Yang kedua,restu ibu bapa dari kedua2 pihak… Yang ketiga, kemampuan adik dan pasangan. Sebab bukan mudah kahwin waktu belajar.Akak dulu memang kahwin awal tapi sebab suami memang dah bekerja masa tu. Cuma perlu fokus belajar bila ada anak dan kena ambil study leave untuk deliver baby. Susah senang bersama.

Nasihat akak untuk adik2 yang cuba untuk kahwin awal masa belajar … cuba ikut langkah yang akak ceritakan tadi. Semoga keputusan yang adik buat pada hari ini tidak sesekali akan disesali 10 tahun akan datang. Selamat maju jaya. Doa Usaha Ikhtiar Tawakal.

– mumtaz

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *