Pengalaman Beli Online

Hai. Salam. Thank you kalau admin post confession ni. Hehehe.

Nak confess ni. Aku selalu beli barang online. Lazada, zalora, even online shop kat insta pon aku ada beli gak. Biasa aku akan tengok review dulu. And kalau okay .baru aku beli.

Alhamdulillah setakat ni takdelah yang menipu. Cumanya, ada sekali tu aku beli dekat online shop nama peti****. Aku beli 2 pasang baju. Warna pepel and warna peach.

Sebab aku selalu beli online, so aku takde lah fussy mana pun bila dapat parcel slow mcm siput tu sbb aku tau poslaju punya hal. Entah kenapa poslaju lambat gila November haritu. So yg tu aku boleh sabar lagi.

Bila dah dapat parcel, apa yang aku receive adalah baju berwarna grey which is mcm pepel and baju peach. Yang grey tu aku tak kesahlah kaler sangat kan mungkin lighting ke nampak mcm pepel tapi sebenarnya grey okay so fine la.

Tapi yg peach tu bukan baju yg aku order. Lain pattern. So aku pun mesej la peti**** tu aku cakap kat dia. Sis baju ni labuh sgt i tak order yang ni. To be honest la aku tak kisah pasal pattern sgt cumanya badan aku ni kecik, pastu top yg dia bagi tu dah sikit lagi je nak cecah lantai. Pejadah???

Astu lambat gakla dia reply. Itu aku tak kisah lagi. Mungkin anak dia ada 8, or ramai lagi customer, okay fine aku boleh terima. But then dia terus reply. Okay sis nnt hantar kat alamat kami semula bla bla bla

Babe! Sorry pon xde babe! Bukan nak kata la, to online sellers, orang yang tak jual online ni jarang sangat nak pergi poslaju and post brg tau. Lagi lagi i ni busy. Bukan nak brag tapi kerja i mmg sehari je cuti seminggu. Kerja i tak tentu masa. U guys pon boleh nampak dari gaya senua benda i beli online tu, i memang takde masa nak keluar pon.

Pls la consider. U dah lah salah hantar. Rasa bersalah pon takde. Pastu i cakapla kat online seller tu, u cuba try tengok apa yang *****mallow (online seller gak) ni cakap kat i bila dia salah hantar. Sejukla hati i sikit nak hantar. Dah la i ni dok area KL nak pergi poslaju dengan jam nye.

Pastu dia kata apa tau “sorry ktorang bukan mallow tu.”

Wow sungguh angkuh peti**** ni. Pastu i pun reply “memang u takkan jadi macam sugar***** tu. Dorang tu dah femes and dorang ada manners tak macam you.”

Huh. So. Online sellers, pls la some of us just nak u say sorry je kalau u tersalah hantar ke apa. Fahamlah kadang kan banyak order so give and take la. Baru bisnes maju. To sugar***** you guys are the best. 

– Coco crunch

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit