Renungan

IIUM

Assalamualaikum semua. Nama aku Man, terima kasih la admin kalau sudi post cerita ni. Aku cuma nak kongsi cerita pasal kemalangan di satu highway, sebab ak ada dekat kejadian tu dari awal sampai bersurai.

Cerita dia macam ni,ada 3 biji motor tengah berlumba. Tp malangnya,masa nak pintas satu kereta ni ni,sebiji tu tak lepas lalu langgar belakang kereta ( kereta A) tu. Daripada pandangan aku,aku rasa kereta tu duduk di line tengah dan tak laju. (Btw,highway ni ada 3 line).

Terbaring la mat motor tu kat tgh highway tu dengan bleeding agak teruk dari mulut la. Masa tu juga ada kereta lain (kereta B) lalu jalan tu,tp dia sempat tekan brek utk elak mat motor tu. Yg jadi masalah bila kereta belakang (kereta C) dia tak sempat tekan brek terus langgar kereta tu. Tapi nasib baik kesan langgar tu tak menyebabkan kereta B langgar mat motor yg terbaring tu.

Yg ak nak highlight kan bukan la pasal accident ni, sebab benda dah memg qada dan qadar kan. Tapi benda ni boleh halang kalau korang semua ni (mat2 motor) ni tak pergi berlumba tengah2 malam. Baik korang buat benda yg lg berfaedah daripada cari nahas macam tu. Kalau nak racing betul cari la litar,daftar masuk race. Time tu baru tahu power ke tidak. Korang boleh bayang tak perasaan Mak Ayah korang yg kat rumah tunggu anak dia balik tiap2 malam sambil harapkan anak dia balik ngan selamat. Mahu Mak Ayah yg ada sakit jantung terus kena attack bila dapat berita mcm ni. Sblm buat apa2 fikir la dulu baik buruk dia.

Tapi part yg paling sedih bila korang jumpa orang yg bawa kereta A tu. Ada 3 perempuan dalam kereta tu,2 beradik dengan mak dia. Mak dia mgkn dalam 80an. Trauma beb mak dia,ak tgk pon menggigil je Mak dia lepas dari accident tu. Yg adik beradik 2 org ni pula tak fikir dah pasal diri sendiri tu,cuma fikir macam mana nak buat balik kereta tu ke rumah. Korang tahu kereta tu satu2 nya transport yang diaorg ada. Kalau kereta tu takde,jawab nya memg tak bergerak la 3 beranak tu dr mana2. Yg paling teruk, kalau benda ni effect diaorg punya mata pencarian. Yang sedih lagi, masa Jpam datang nak bagi rawatan, Mak dia cakap ‘ En,kami ni tiga beranak je. Takde lelaki dalam family kami yg nak urus semua ni ‘. Dengan tangan terketar2, mak cik ni juga ada angin ahmar. Masa tu aku dah mcm nak menangis dengar mak cik tu cakap mcm tu. Duduk di KL dengan tiada saudara yg boleh tolong kalau jadi kecemasan macam ni. Sampai time Jpam tu nak bawa pergi hospital, diaorang tanya lagi kalau kami naik ambulans ni mcm mana kami nak balik rumah? Kereta nak tggal sini tak hilang ke? Last2 diaorang amik khidmat towing kat situ.

Nasihat aku la,terutama perempuan kalau ada accident tu kena la tahu apa nak buat,waris terdekat nak minta tolong, atau nom wakil insurans kereta. Sekarang ni pon dah ramai share kat Fb ni A sampai Zapa nak buat kalau terjadi kemalangan ni. Senang kalau benda2 mcm ni jadi korang dah tak perlu fikir pasal benda lain,just keselamatan sendiri dengan org lain.

Yang kereta B ni plak org muda yg bawa. Kereta C pakcik tua,dalam 60an. Korang tahu Uncle tu cakap dia tak perasan yg kereta B tu slow. Korang boleh bayang kan kalau kereta Uncle ni kat depan. Mahu dia sapu Mat Motor tu. Tu yang orang cakap ada hikmah untuk setiap benda yg jadi tu.

Ambil iktibar la dari benda2 macam ni. Member2 mat motor ni pon ramai kat sana,yg tgk sendiri keadaan kawan dia lepas accident tu. Sama2 la ambil pengajaran dari benda mcm ni. Ambil la tu sebagai peluang ke2 Allah bg untuk korang ubah cara hidup korang. Aktiviti malam korang tu dah menyusahkan ramai orang. Driver kereta A hilang sumber pengangkutan yg effect diaorg punya hidup, driver kereta B yg nak elak ter effect sekali, driver kereta C, Uncle tu mgkn trauma juga. Punca dari seorang tp menyusahkan banyak pihak.

Dari accident ni,aku tabik la dekat orang Malaysia ni. Semua pakat tolong mana yg boleh. Ada yg kawal lalu lintas, yg tenangkan mangsa, bagi mat motor tu sentiasa awake. Yg paling tak boleh blah yg acah2 inspektor. Semua org kat situ dia nak soal siasat. Dah tahu cerita semua balik. Yg spesis ni memg ada setiap kali accident. Jpam pula memang banyak membantu, unit motor diaorang yg bagi rawatan awal sementara ambulans datang, yg tenangkan 3 beranak tu.

Ok,setakat ni je la cerita aku. Ak harap kalau mat2 motor yg baca ni ambil la pengajaran. Tak banyak pon sikit jadi la. Jangan jadi sombong sangat,nanti kalau jadi mcm ni org sekeliling jgak yg tolong. Member2 ko mgkn ada la yg datang tp yg blah pon ada.

Minta maaf la kalau cerita aku ni takde thrill ke apa,sebab aku memang tak pandai nak susun ayat semua. Akhir kata,aku harap korang semua boleh sama2 tolong doakan family kereta A tu agar dipermudah segala urusan mereka. Ak memg tak ambil contact 3 beranak tu sbb ak pon rushing nak pergi kerja. Utk mat motor tu, semoga cepat sembuh dan insaf.
Sekian terima kasih.

– Man

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit