Jahil yang ingin berubah & belajar – 8:17 AM

Jahil yang ingin berubah & belajar

assalamualaikum kak min harapnya dpt la approve post saya ni..

Aku sebenarnya tertarik untuk meluahkan sesuatu di sini disebabkan semua yang berada di sini sgt friendly dan memberi respon,nasihat,pnndangan yg sgt positif

Ok3…berbalik pada tajuk aku,sebenarnya aku nak tahu dan belajar pasal solat dhuha.Aku teringin dan tergerak hati nk buat solat dhuha setelah melihat banyak confesion kt iium ni yg menceritakan tentang solat dhuha dan ramai yg buat solat dhuha utk murah rezeki,diluaskn rezeki dan dipermudahakan urusan.

Sebenarnya umur aku dh 25 tahun,aku segan sebenarnya nk bgtau atau tny cara nk solat dhuha.Aku tgk kt tenet macam2 cara utk lakukan solat dhuha.Ada yg bacaan mse sujud last tu lah,ad yg dia tnjuk niat sahaja.Jadi aku cm keliru yg mana 1 aku nk follow dan cara yg cmna yg simple tp sah apabila aku lakukan.

Aku sebenarnya dah tahu lama pasal solat dhuha tapi aku x pernah buat,aku seperti buat mcm tak tahu tntang solat dhuha.Solat 5 waktu pn aku celup2 sedangkan dulu aku sekolah agama siap sampai darjah khas.Darjah khas ni sapa2 duduk johor tau la kot darjah khas ni apa dia.Tapi tulah aku ni seperti jahil sgt sbb aku boleh tak beratkan tntang hal solat.

Semenjak 3 4 menjak ni aku dh cuba berubah sebenarnya,aku dh cuba untuk solat 5 waktu setiap hari dan lepas solat pun aku cuba berzikir utk mendekatkn diri aku kpd Allah.Lagi satu aku ingin memohon utk dimurahkan rezeki sbb aku baru grad dan belom dpt kerja lagi.Aku sedang memohon semua tawaran kerja.

Hal ini juga salah 1 sbb yg menyumbang utk aku berubah dan ingin tahu solat dhuha.Aku ingin memohon Allah murahkan rezeki,luaskan rezeki,buka jalan untuk dapatkan pekerjaan dan rezeki yg sentiasa ada.

Nampak seperti aku dh susah baru nak mendekatkan diri dgn Allah kn???Sungguh jahil aku,Aku harap para pembaca berilah nasihat dan semangat utk aku terus berubah.

Sebelum aku undur diri,tolong ajarkan aku dgn detail cara solat dhuha.Berapa rakaat??2 ke,4 ke,8 ke??bacaan surah bagaimana??ad bacaan spesifik ke mase sujud??

Tolong ajarkan ye agar mudah untuk aku laksanakan.Jasa anda semua akan saya ingat.

Sekian..

-bro ingin berubah

– muhammad syafiq

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *