Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Lepas baca segala confession yang berkaitan ‘orang pandang rendah student UiTM’, ‘CGPA kau 4.00 tapi masa interview hampeh’ dan yang berkaitan dengannya, buatkan aku rasa nak menulis juga kat sini.
First of all, aku pernah graduate dari UiTM. Then, aku sambung Degree dalam bidang yang sama tapi di IPT lain. Dan aku juga pelajar cemerlang di kedua-dua buah IPT tersebut. Maksudnya, aku ni pelajar cemerlang dari Diploma sampai Degree di kedua-dua buah universiti dan telah pun mendapat peluang pekerjaan. Aku bagitahu ni bukan nak show off ke ape. Tapi nak menyatakan kebenaran, supaya kalian faham apa yang hendak disampaikan di bawah.
Sebenarnya, aku jadi bosan bila orang asyik nak mempertikaikan dan membandingkan siapa paling hebat. Macam dah jadi pertandingan pula. Ala-ala cerekarama melayu bila makcik-makcik atau ibu-ibu dok bergosip pasal laki dan anak masing-masing atau berlumba-lumba nak tunjuk anak siapa paling hebat. Tolonglah ubah mentaliti begini ye. Ok. Straight to the point. Memandangkan aku ada pengalaman seperti yang dinyatakan di atas. Meh aku beritahu. Boleh tak kita, stop membandingkan/mempertikaikan IPT mana paling bagus, kau pelajar cemerlang tak semestinya dapat kerja bagus dan apa-apa yang lebih kurang la.
First, aku nak cakap pasal IPT. Tahu tak kenapa orang-orang luar memandang rendah UiTM? Sebab diorang judge dari student-student UiTM sendiri. Korang ingat, diorang saja-saja ke nak cakap macam tu? Diorang yang bercakap macam tu, mesti sebab ada pengalaman. Yang salahnya bila diaorang judge keseluruhan pelajar dari UiTM macam tu. Macam nila la kiranya. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Simple kan. Masa zaman aku belajar UiTM dulu, memang tak dinafikan lah. Memang ada je student-student yang pemalas, yang tak tahu apa dia belajar, datang kelas buat cukup syarat, assignment pun copy paste, dan segala macam perangai lah. Tapi, kena ingat ye. Tak semua pelajar UiTM macam tu. Ye, tak semua. Sebab banyak je lagi student yang strugle gila-gila, yang memang ada peribadi yang baik, belajar pun baik dan segala-galanya baik lah. Tapi…. disebabkan nila setitik, rosak lah semuanya.
Aku juga pernah dipandang sinis, masa nak apply kerja. Sebab orang tahu aku asal dari UiTM. Pandang atas bawah je. Tapi disebabkan rezeki aku. Alhamdulillah. Aku dapat juga kerja tu walaupun pada awalnya aku hanyalah graduan UiTM. Masa aku kerja ni, memang all out la aku bagi. Bekerja bersungguh-sungguh dan aku tak pernah cakap aku tak boleh buat sesuatu kerja tu. Sebab aku tahu, kalau aku cakap tak boleh dan tak tahu, confirm akan dapat pandangan sinis graduan UiTM. Bila dah lama kerja, bos dan staff-staff lain pun cakap yang dia tak sangka graduan UiTM tak lah seburuk seperti yang digambarkan. Sebab diaorang nampak aku boleh perform bagus. Aku pun bangga la sebab dah berjaya membuktikan tak semua graduan UiTM seperti yang di gemburkan. Sampailah di mana, syarikat aku bekerja tu, adakan sesi interview untuk kekosongan jawatan. Masa interview ni, ramailah orang datang dari pelbagai IPT. Nak dijadikan cerita, ada 4 orang yang datang tu dari UiTM. Aku pun rasa bangga la juga dan mendoakan dari UiTM ni dapat la kerja tu. Tapi malangnya, lepas habis sesi interview tu, tak seorang pun dari UiTM yang dapat kerja tu. Bos aku jumpa aku, dan cakap…”Jangkaan saya meleset. Tak semua yang asal dari UiTM tu bagus. Datang dengan pakaian serabai. Resume lipat-lipat. Result tak 3.00 above tak pe. Tapi bila saya tanya soalan-soalan lain, jawapan semua macam budak tak pernah belajar. Memang UiTM macam ni ke?” Tahu tak betapa malunya aku masa tu? Dah naik angin dah masa ni sebab sedap-sedap je bos aku ni cakap macam tu. Tapi aku tenang. Aku cakap kat dia. “Saya dari UiTM juga bos.” Then, bos aku jawab. “Sebab awak lain. Tak macam diorang. Awak betul-betul bersungguh.” And sebelum aku berlalu pergi, aku cuma cakap “Then, don’t judge semua UiTM macam tu. Dalam setandan pisang pun, tak semua elok. Ni pula universiti yang lahirkan ramai student seluruh negara.”
Awal-awal tadi aku dah bagitahu. Aku sambung degree di universiti lain. Ramai tanya kenapa aku nak tukar universiti. Sedangkan kalau sambung UiTM, aku dapat grad awal sebab dapat tolak kredit banyak. Jawapan aku. Aku perlukan cabaran baru. Sebab, ramai orang cakap yang belajar kt UiTM ni tak mencabar sebab tak rasa persaingan. Yes, aku setuju. Masa kat UiTM ni aku tak rasa tercabar atau bersaing pun sebab semua orang macam tak kisah pasal pelajaran. Tapi, ni tak bermakna belajar di UiTM tak mencabar langsung. Tak mencabar pada aku, mungkin disebabkan faktor sekeliling aku yang tak membantu. Mungkin jadi mencabar pada orang lain, sebab faktor sekeliling mereka juga kan. So, pointnya di sini. It depends on yourself. So jangan lah bila aku cakap macam ni, nanti ada yang kecam pula ye. Terpulang pada individu dan persekitaran.
Jadi, aku dengan nekadnya belajar di universiti lain. Antara university terhebat dan top-ranking la kat Malaysia. Meninggalkan semua kawan-kawan aku. Aku bermula dari bawah semula. Masa mula-mula masuk, memang aku tak nafikan la yang aku terasa bahang persaingan tu. Ada lah few subjek yang aku lambat nak pickup, tapi bila tengok budak-budak kelas aku yang lain. “Hmmmm. Baguslah diorang ni. Faham. Tekun. Mesti aku paling bodoh kat sini. Dah la aku dari university biasa-biasa je. Diorang ni semua mesti bijak.” Berkata-kata dalam hati je. Malangnya, tak sampai sebulan aku kat situ. Maka terlihatlah segala-segala yang aku dan seluruh rakyat Malaysia sangkakan, meleset sama sekali. Short story nya, persekitaran aku masa tu, sama je dengan persekitaran aku masa kat UiTM. Yang bezanya 3 atau 4 perbezaan je. Ada je yang malas pergi kelas, masa kelas buat kerja lain, tak focus masa belajar, assignment copy paste dan ala kadar je, lecturer ajar apa pun tak faham. Mereka ni semua, bernasib baik sebab terpilih untuk belajar di university yang top ranking je.
Lepastu, pasal CGPA dan kerja pula. Haa, part ni pun aku muak juga baca banyak sangat orang berlumba-lumba posting. Kau pointer tinggi, tak semestinya kerja bagus. Orang pointer rendah lagi banyak dipandang. Korang yang berlumba-lumba posting macam ni, fikir tak, sebenarnya tak semua orang yang dapat pointer tinggi tu bijak pandai. Diorang dapat pointer tinggi sebab diorang usaha lebih. Kenapa diorang usaha lebih? Senang je. Sama ada sebab nak dapat free loan/scholarship atau nak membahagiakan keluarga. Mungkin diorang ni belajar macam nak gila, untuk dua sebab tu. So, untuk leadership skills atau communication skills diorang ni kurang. Sebab nawaitu diorang dua seperti di atas. Mungkinlah.
Aku ada je nampak, budak-budak pointer biasa ni selalu skip kelas, assignment pun meniru je, exam tak payah cite la. Memang meniru juga. Ye. Meniru 100%. Tapi pointer diorang so-so juga la. Dalam 2.9-3.3 gitu. And dapat kerja. Lepastu nak sindir-sindir budak yang yang struggle macam nak gila ni, yg dapat pointer cemerlang sebab tak dapat kerja lagi. Atau mungkin kerja biasa-biasa, gaji ciput. Lepastu keluar la macam-macam ayat. Budak dekan pun, tak dapat kerja lagi. Kerja gaji biasa. Dua perkara yang manusia lupa. Berkat dan rezeki. Berkat ke ilmu dengan cara menipu macam tu? Dan rezeki. Siapa kita nak sibuk persoalkan rezeki orang. Mungkin rezeki dia belum sampai. Atau ada yang lebih baik. Atau mungkin memang setakat itu. Mana kita tahu kan? Jadi apa yang nak dibanggakan dengan pointer rendah gaji besar? Atau apa yang nak dimalukan pointer tinggi, gaji rendah?
Apa yang aku nak sampaikan kat sini. Dari IPT mana pun kita, tinggi atau rendah mana pun pointer kita. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Kalau kau dari UiTM, then buktikan apa tanggapan orang luar tu salah. Kalau bukan dari UiTM sekali pun, jangan lah sesekali rosakkan nama IPT korang. Sebab graduan/mahasiswa ni lah yang melambangkan IPT anda. And untuk orang-orang yang suka judge ikut IPT, ketahuilah bahawa setiap IPT tu ada pro dan kontra, ada kekurangan dan kelebihan. Dan IPT tidak mewakili graduan, tetapi graduan yang mewakili IPT. Korang sibuk amik student dari top ranking university pun, tapi individu tu hampeh, berbanding ada student dari UiTM yang bukan top ranking, tapi studentnya bagus. Nilai dari individu itu sendiri. Jangan expect semua pelajar dari IPT sekian sekian, perangai macam ni, IPT ni, kualiti tak bagus, IPT tu bagus.
Sama juga pasal kes pointer tu. Kalau kau usaha sekuat mana pun, tapi Allah kata rezeki kau belum tiba, kat situ lah juga kan. Rezeki kau mana yang dah tiba awal and mungkin lumayan, mungkin itu ujian atau mungkin itu memang hak kau. Jadi jangan sibuklah nak pertikaikan atau nak berlumba-lumba bandingkan siapa paling bagus, aku teraniaya, kau pandai tapi tak kerja. Pokok pangkalnya, individu itu sendiri. Diri kita sendiri. Tak payahla sibuk nak menilai orang tanpa tahu atau kenal perkara yang sebenar. Baik sibukkan diri nilai amal diri sendiri, dah cukup ke belum nak bawa ke hari akhirat. Itu je aku nak cerita. Kalau ada yang tak suka ke, aku minta maaf ye. Mungkin aku tak reti nak menulis apa yang aku cuba sampaikan. Semoga kita sama-sama berlumba kutip amalan ye. Peace!
– Mak Long
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit