Betul Ke Apa Yang Keluar Daripada Mulut Cikgu Itu Merupakan Doa?

Assalamualaikum Readers and thank you Admin sebab approve,

Baca tajuk je dah boleh agakkan aku nak bercerita pasal apa. Ye, pasal cikgu.

Ni kisah yang terjadi kat diri aku sendiri waktu aku Tingkatan 4. Sekarang ni aku masih lagi belajar. Walaupun dah bertahun terjadi cerita ni, tapi memang tak pernah aku lupa dan akan aku sentiasa ingatkan kat anak-anak aku nanti betapa pentingnya kita menjaga hati seorang guru.

Dulu aku macam tak percaya sangat dengan kata orang-orang tua; apa-apa yang keluar dari mulut cikgu tu satu doa. Bagi aku benda tu saja je nak buat kita hormat kat cikgu. Yelah tau jelah kalau budak-budak dulu kan, biasa orang-orang tua akan takut-takutkan kita supaya kita behave kan. Macam contoh: “Jangan keluar waktu maghrib, nanti ada hantu ikut balik” Lebih kurang mcmtu lah. So aku fikir takpe apa punlah keberkatan cikgu whatsoever ni.

So nak dijadikan cerita masa tu aku Form 4, sekolah asrama -all girls school. Siapa sekolah asrama tau kot, kalau Form 4 ni busy sikit nak kena handle banyak event sekolah. Nak nak pulak aku jadi Dormleader time tu, dengan masalah budak dorm, dengan busy event, dengan nak catch up study, memang aku taklarat gila time tu. Selalu sangat aku tidur dalam kelas lagi-lagi waktu Chemistry. Chemistry aku waktu tu cikgu laki yang ajar. Dia punya baik kau takyah cakap la. Memang baik gila. Dia tak marah pun orang yang suka tidur dalam kelas ni. Kadang-kadang dia lagi suruh tidur sebab dia kata, “Takpe saya paham kamu penat.” So aku memang takde hal la nak tido time kelas cikgu ni. Hahahaha. Gila teruk perangai.

Dulu aku berlagak tau. Tapi takde lah tunjuk kat orang. Aku dulu first exam time Form 4, Chemistry aku dapat A. Gila kau tak riak takbur, ‘Aku tido je pun dalam kelas boleh dapat A. Hebat jugak!’ So disebabkan tak sedar dengan apa yang aku buat ni, tambah pulak berlagak, riak dan takbur, aku terus aktiviti aku tidur time kelas Chemistry. Sampai next exam, aku dapat B. Tapi masa nak exam ni, aku busy sikit dengan event sekolah. So aku macam eleh relaks la bukan failed pun. Okaylah tu dapat B. Aku pun tido je dalam kelas. Orang lain yang tak tidur tu pun dapat lagi teruk.

Aku sedap lagi tidur dalam kelas, tapi time ni dah start la try focus sebab aku risau jugak dengan prestasi aku sebenarnya. Oh btw, aku dari Form 1 sampai Form 4 tak pernah masuk kelas bawah. Memang kelas first and second je. So aku cuaklah fikir kalau result teruk nanti turun kelas ke apa kan. Tapi masih jugaklah tidur dalam kelas. 30% study 70% tidur. Huhu.

Next exam, kebetulan masa jawab paper Chemistry tu aku sakit mata. So memang tak boleh nak focus langsung sebab aku tak selesa. Yang aku tau nak siap cepat, nak rehat. Aku pun memang tak expectlah gred A atau B sebab memang aku banyak tinggal. Nak tengok kertas soalan pun takboleh weh. Kau tau jelah kalau sakit mata, pandang bawah rasa mcam kena tarikkan? Ha macam tulah aku rasa. Seksa gila. Aku cuma mampu doa je aku tak failed time tu.

Keluar result, aku dapat C. Aku takde rasa apa-apa pun sebab mmg tak target tinggi and for me, dah cukup memuaskan dah sebab weh aku tinggal banyak soalan, takde mood nak jawab exam semua, dapat C? Okaylah kan? Tapi masa tu aku sedar, aku dah start lost dalam study. Macam banyak sangat aku taktau. Banyak soalan aku takleh jawab. Banyak benda yang aku rasa, eh sejak bila kita study benda ni??

Tapi risau-risau pun takde nak buat apa pun. Duk jugaklah busy dengan event sekolah. Tapi masatu aku exhausted lebih sikit sebab budak dorm banyak buat hal. Banyak kali kena panggil dengan warden sebab dorm. Aku letih gila time tu. Study pun aku taknak.

Then, before final exam Form 4, cikgu Chemistry aku buat analysislah result kitorang sekelas. So sorang-sorang dia bagitau, “Apple, awak ni dah makin naik result dari failed ke B. Tahniah” “Ball, awak maintain je gred B and C. Banyakkan study. Apapun tahniah” “Cat, dari A turun B lepas tu maintain. Bila nak A balik? Study ye. Saya tau awak boleh” Mostly, memang cikgu puji and ada kata-kata semangat sebab result diorang bagus. Sampai turn aku, “Mimi, haa ni yg suka tidur ni. Awak ni mula-mula dapat A, lepas tu B, lepas tu C. Kenapa makin menurun ni? Kang lama-lama failed.” Kawan-kawan aku semua cakap, “Cikgu takbaiknya cakap macam tu” Tapi sebenarnya cikgu takde serius pun. Lepas tu cikgu gelak-gelak je. Cikgu cakap cikgu gurau.

Dan tibalah hari bersejarah jawab final exam. Soalan Chemistry memang susah gila. Ramai gila mengeluh and mengadu kat cikgu sebab susah sangat. Ramai jugak takleh jawab. Aku lah tu salah sorang yg takleh jawab haha.

Result keluar. Aku failed. Tapi aku takde pun rasa apa-apa. Sebab ramai failed. Failed berjemaah orang kata.

Masuk Form 5, of course aku tak masuk kelas first atau second. Then aku menjalani hidup macam biasa. Studylah sikit sebab nak SPM tahun tu. Time Form 5 ni, mostly result aku dah okay. Dulu subject yang lemah, aku try cover study. First exam, semua okay, Chemistry failed. Aku terkejut jugak. Weh first exam weh. Apa jelah yang masuk exam, sikit gila kot topic yang masuk tapi still failed. Tapi aku buat dek jelah. Aku fikir alah nanti lama-lama okaylah tu.

Second exam, failed. Tapi failed bermaruah orang kata sebab markah 38 atau 39 ke camtu (markah 40 lulus). Sebelum ni failed; single digit, paling tinggi pun 20 lebih je. So aku macam puas hati jugaklah sebab ada peningkatan. Tapi cikgu aku time Form 5 (bukan cikgu tadi) risau kat aku, so dia ajak aku study dengan dia lepas sekolah, one-to-one. Aku okay je, pegi je jumpa cikgu tu. Surprisingly, aku boleh je jawab soalan-soalan yang cikgu bagi secara lisan. Aku ada problem bila transfer jawab atas kertas. So cikgu ajar teknik nak jawab soalan semua. Dah okay sikit, cikgu suruh study sendiri, takpaham datang balik jumpa dia. Aku pun studylah sendiri. Tapi takdelah nak pi jumpa cikgu lagi sebab aku malas tahap gila nak jumpa cikgu. So aku tanya member-member je kalau takpaham.

Then, next exam was our trial. Kitorang ada 2 paper trial. Masa trial ni memang study gila-gila lah. Nak result lawa punya pasal. So, hari exam, aku jawab dengan penuh confident paper Chemistry. Dan aku membayangkan aku boleh lulus dengan paper tu. Walaupun soalan susah. Tapi aku memang boleh jawab. Result keluar, failed. Markah 39. Aku menangis gila time ni. Sebab result aku subject lain semua lulus. Tapi satu ni sangkut pulak. Aku menangis gila-gila time jumpa cikgu nak tanya mana silap aku. Lepas tu cikgu try tengok kertas, konon nak bagi markah extra 1 sebab nak bagi lulus. Tapi takde pun yang boleh buat aku lulus. Last-last cikgu bagi je 1 markah, luluskan aku sebab cikgu kata, “Ni saya bagi markah effort” Tapi yelah, lulus macam tu pun, aku sendiri tau kenyataannya aku gagal.

Aku jumpa bestfriend aku, nangis-nangis kat dia. Bestfriend aku ni pun ada problem jugak dengan Chemistry. Most of the time dia akan tanya aku betul ke macam ni, betul ke macam tu. So aku akan bagi pendapat aku, lepas tu rujuk kat member yang lagi pandai. Mostly memang pendapat aku diterima walaupun ada jugak yang tersasar satu dua. Tapi bestfriend aku ni, result trial dia jauh lagi elok dari aku. Aku tanya dia apa salah aku. Macam mana nak buat ni. SPM dah nak dekat tapi still gagal.

Bestfriend aku tanya kalau aku ada salah dengan orang tak? Salah dengan cikgu ke? Aku terus teringat kisah aku time Form 4. Aku cerita kat bestfriend aku. “Agak-agak sebab tu ke?” Bestfriend aku pun cakap, pegi je mintak maaf. Manalah tau entah-entah Sir sebenarnya kecil hati ke dengan aku kan. Tapi aku tak pegi pun hahahaha. Malu gila weh nak jumpa Cikgu.

Next exam, trial lagi satu which is our last exam before SPM. Sehari sebelum aku jawab first paper utk trial (bukan paper Chemistry), aku ajak bestfriend aku teman jumpa Cikgu tu nak mintak maaf. Jumpa cikgu kat office, “Cikgu, cikgu busy ke? Saya nak jumpa kejap hehe.” “Ye, kenapa?” “Cikgu ingat tak masa Form 4 cikgu ajar saya?” “Ye, ingat tapi saya tak ingat nama kamu. Kamu kelas 4 Usaha kan?” ” Ye cikgu. Cikgu ingat tak yang cikgu pernah cakap macam ni kat saya?” Aku pun ceritalah dari awal sampai habis. Lepas tu cikgu tanya, “Kenapa? Kamu gagal ke lepas tu?” Aku terus menangis depan cikgu peh malu beb dahlah nangis depan office kat kaki lima. Kawan-kawan lalu duk tanya bestfriend aku, kenapa nangis tu?

Lepas tu cikgu terus cakap, “Ya Allah saya takde niat pun doakan awak gagal. Cikgu minta maaf ye. Okay saya doakan awak lulus lepas ni. Lulus dengan cemerlang. Lepas ni ada satu trial lagi kan? InsyaAllah awak lulus.” Aku cakap terima kasih kat cikgu, aku balik dorm. Tapi lega dia memang takyah cakap lah. Lega gila.

Lepas tu masa jawab trial tu, aku demam selsema. Teruk gila sampai 1,2 paper aku tak jawab sebab aku masuk bilik sakit. Termasuk paper chemistrylah tu yang aku tak jawab. Re-exam right after paper trial semua habis. Takde masa pun sebenarnya aku nak study. Sebab aku tak sembuh pun lagi time tu. Tapi cikgu cakap, kalau aku tak jawab time tu, kira markah Chemistry aku kosonglah. So, aku jawablah jugak. Masa ni aku hanya berbekalkan ilmu-ilmu yang aku dah study sebelum ni. Aku takde study hard pun sehari sebelum exam sebab aku takut aku demam balik. Masuk bilik exam dengan nervous gila sebab aku memang tak prepare sangat pun. Jawab je. Soalan susah jugak. Tapi aku tawakal jelah.

Result keluar, aku lulus dapat C. Bayangkanlah selama ni aku struggle bagai nak gila. Jawab banyak latih tubi, past years. Tapi aku gagal. Lepas mintak maaf kat cikgu, boleh lulus dapat C. Tinggi jugak markah aku time tu. Masa tu baru aku percaya dengan kata orang-orang tua; kata-kata guru itu ibarat doa. Gilakan? Cikgu cakap main-main je pun nanti failed, terus failed. Cikgu cakap nanti lulus, terus lulus.

Alhamdulillah SPM aku pun okay. Eventhough tak straight As, tapi takde yang failed. Chemistry aku dapat B. Terima kasih Cikgu sebab mendoakan saya. Jadi sekarang ni aku sentiasa berjaga-jaga. Tak cakap buruk-buruk pasal cikgu/lecturers. Kalau aku dengar orang cakap buruk, aku berusaha utk tak terjebak and cakap kat diorang, “Tak baik weh cakap macam tu. Nanti cikgu/lecturer terasa macammana?”

Benda ni memang totally buat aku sangat berjaga-jaga dengan orang lain, terutamanya parents and cikgu. Kejap je weh doa makbul. Jangan main-main. Kalau rasa ada buat salah tu, dah boleh slow-slow pegi mintak maaf okay?

Bye.

PS: Sorry cerita panjang. Aku pun penat menaip sampai sakit bahu. Huhu.

– Mimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit