Jangan Like Sangat Ya Lelaki

Salam, first of all thanks if di publish.

My confession is about Lelaki. Follow my friends via insta & fb and just realise that lot of guys suka sangat like gambar perempuan² seksi. Perempuan – perempuan dari oversea mostly. Kalo setakat like gambar perempuan² yang free hair ke pakai short ke rasa xpelah sebab kawan sendiri pun ada yang pakai macam tu. So xpe. Rasa malay punya seksi still under control lagi. Ada jugak la yang teruk tapi Isunya sekarang kalau like gambar omputeh or non-omputeh yang pakai baju macam tak pakai baju tu kira macam mana ya? Malas nak mention pakai ape. Faham sendirilah. We as a women bile tengok lelaki or orang yang kita sayang like gambar perempuan macam tu terasa macam .. Err macam macam lah. Gugur jantung pun ada. Marah pun ada. Kecewa pun ade. Sakit hati. Cemburu. Rendah diri. Hoii macam macam lah. Sebenarnya sejujurnya RASA TERHINA pun ada jugak. Yelah without show our body pun laki dah tahu badan kita macam mana.(xpayah nak isukan perempuan pkai baju mini kurung, bju kurung, bju tshirt y ikut body tu. Itu lain.itu ada baju beralas haha. Bukan nk backup tapi ini memang due benda yang berbeza. Ini lagi ekstrem!). Kalau yang dah kahwin tu. Xcukup tengok bini sendiri ke? Kalau yang belum kahwin tu terpikir la jugak kalo dah gedik sangat y not kau kahwin je. Kenape nak tambah dosa tengok orng pakai baju mcm xcukup kain tu.

Dulunya ingat tabiat lelaki lelaki xde kerja je yang suka tengok perempuan perempuan seksi ni tapi bile tengok orang yang berilmu pun macam tu jadi terpikir semua lelaki memang macam tu ke? But why? Saya kata dia berilmu sebab die mengajar budak baca quran. Hurmm lemah betul iman lelaki ya.

Dear lelaki tahukah anda bila anda click like di fb mahupun insta, us what so called as your stalker ni boleh nampak apa yang awak like. Mostly orang omputeh die x private pun insta die.dat y kita nampak. (Pergi je dekat like bahagian following kalau dekat insta) Kalau yang x private ni pun dah pakai macam xde baju, yang awak dok like yang private insta yang kita (kami, perempuan) xfollow yang kita x tahu ade berapa banyak gamaknya ya? And seseksi mana agaknya ya. I dont know either tngok gambar seksi ni dikategori sebagai bende normal bagi lelaki atau hanya lelaki tak baik je yang buat. This one guy that i know tak pernah cakap benda x sopan dengan saya. X pernah cakap bende yang menyentuh tentang fizikal perempuan. Xpernah. (Kami dah kawan hampir 10 tahun so jngn ckp dia berlakon. Klo betul berlakon jadi baik hebatnyeee die aka lelaki. Lama gile kowttt) . So opkos kita xkan expect die berperangai sengal macam tu. Tapi bile terstalk gugur jantung jugak lah. Banyak nye gmbr perempuan yang ntah apa apa yang di likenya? Lagi parah jadi terpikir if kita kahwin dengan orang macam ni adakah mereka akan berhenti dari ‘melihat’ gambar gambar sebegini? Terpikir jugk will they compare our shape with that person shape. Kalau ya. Terhinanya rasa.

Btw sekali lagi di ingatkan ini bukan tengok gambar bogel bagai tu. Itu tooo ekstremm. Yang dimaksudkan still ada pakaian (tu pun kalo blh panggil pakaian la),tapi cuma tutup apa yang patut. Kalo memang sah sah die tengok gambar nake itu memang pervert gile. Xyah pikir sila meninggal eh sila tinggalkan je.

Dear lelaki kami bukan nak masuk campur urusan anda dengan omputeh tu semua. Yelah kami ni bukan siapa² tapi boleh tak kalau hide sikit keburukan nafsu dalam diri tu. Dear lelaki tahukah anda ibu bapa sekarang ada fb and insta juga. Mereka ni kekadang bila tahu anak perempuan kawan dengan itu ini they will stalk you. Then what? Nampak you like orng xsemegah. Lebih parah anda dengan bahagianya share (fb) iklan iklan yang ade perempuan seksi2. Sedih. Haru tau tak. Bad record dah kat situ.

Dear awak aka lelaki kami bukan xnak tegur depan depan tapi kadang rasa malu nk cakap kadang rasa macam xde hak nak tegur kadang rasa kalau tegur especially lelaki yang muka innoncent ni kami takut menjatuhkan maruah awak. Mungkin pada awak xde ape ape. Gambar je kowt. Dont be seriouss gtuewww tapi tahukan kami as anak, adik, kakak malu sangat kalau mereka tahu partner kami macam tu. Kami aka perempuan cakap/tegur sebab kami cintakan awak. Kami xnak orng pandang buruk pada awak. So let change the habit okeyh! Sorry if terkasar bahasa. Harap insan2 yang tersasar itu terbaca. Xpayah ikut nafsu. Kawinlah. Ok itu je. Dear lelaki Mohon jangan sentap. Saya tanya and nasihat je. Thanks.

Eh btw berbalik pada persoalan utama, it is normal or not. Kalo tak normal saya nak tinggalkan je lelaki macam ni. Boleh gitu haha :p tq in advance!! :)

– Cahaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit