Tips Cantik di Hari Raya

Salam ladies, and gents, okay tak lama lagi nak raya kan, u all sure nak nampak cantik right? Tapi sebelum u all terbazirkan duit beli skincare produk yang tak berkesan atau memudaratkan, baca sharing ni dulu yea? :)

Step 1 dalam penjagaan kulit adalah ‘cleansing’:
-Fungsi utama pencuci muka adalah untuk membersihkan muka daripada kekotoran dan minyak yang berlebihan, pada masa yang sama pencuci muka tersebut PERLU MAINTAIN ph level kulit kita.
-Kulit manusia berada dalam linkungan pH 4.5 to 5 (Selalunya pH 4.7), so kulit manusia bersifat sedikit acidic (7 ke bawah adalah acidic, 7 neutral, 7 ke atas adalah alkali).
-Kulit manusia ada 3 lapisan, epidermis (Lapisan paling luar), dermis (Berada di bawah epidermis), dan hypodermis (Di bawah dermis). Di atas epidermis ni, ada satu lapisan nipis berfungsi untuk melindungi kulit kita, lapisan ni kita panggil ‘lipid layer’.
-pH level kulit dan lipid layer ni saling berkait. Bila kita guna pencuci muka yang bersifat alkali (Atau pH tinggi. Kulit akan rasa kering atau ‘tight’), pH kulit akan naik, dan lipid layer akan terganggu/terhakis. Apabila lipid layer terganggu, kelembapan yang berada di bahagian epidermis akan mudah untuk tersejat keluar (Kulit akan jadi dehydrated), kulit jadi sensitif, dan bakteria yang tak sepatutnya senang membiak pada kulit (pH kulit yang ideal untuk membiakkan unwanted bacteria adalah pH neutral 7, so semakin happy lah bakteria2 ni kalau pH kulit u all semakin menaik, say hello to ACNE, huhu).
-Cleansing adalah step yang paling memberi kesan pada pH kulit, sebab tu bila nak pilih pencuci muka, sebaiknya pilihlah yang pHnya tidak lebih dari 5.6. Masalah jerawat akan menjadi lebih teruk kalau guna pencuci muka bersifat alkali/high pH, dan bila guna pencuci muka yang low pH, acne akan berkurangan dan kulit akan improve (Kalau u all rajin, boleh la baca study Korting et al, tajuk dia ‘The Influence of the Regular Use of a Soap or an Acidic Syndet Bar on Pre-Acne’, tak pasti jumpa ke tak kalau Google, tapi dalam blog yang I baca ni ada direct link pergi ke pdf file study tu).
-Pointnya di sini, tak kisah la jenis kulit u all apa (Dry, oily, combination, normal), dan tak kisah lah pencuci muka tu jenis apa (Soap bar, foaming, gel, milk, oil, etc), kalau nak pilih pencuci muka, tak perlu fikir semua tu, cuma tumpukan perhatian pada pH pencuci muka tersebut.
-Kalau nak kulit yang sihat dan cantik, kita perlu fokus pada menguatkan ataupun strengthening lipid layer kulit. Penggunaan skincare produk yang BETUL (Cleanser yang betul, serum yang betul, moisturiser ataupun face oil yang betul) akan membantu strengthen balik lipid layer ni.
-Recommended low pH cleanser pula, mungkin u all boleh check out Aveeno Moisturising Bar (pH 4.9. Yang ni kat Malaysia tak ada kot, I terjumpa satu ig shop ni they all jual produk2 Aveeno, tapi currently takda stock). Kalau yang senang dapat kat Watson/Guardian, check out Hada Labo Gokujyun Hydrating Face Wash (pH 5.5). Cetaphil yang popular tu, dan one of my fav cleansers, pH 6.3, not bad walaupun agak tinggi.

Step 2 dalam penjagaan kulit adalah ‘hydrating’ dan ‘moisturising’:
-Term ‘hydrating’ dan ‘moisturising’ ni ada beza yea…
-Hydrating adalah proses membawa kelembapan masuk ke dalam kulit.
-Moisturising ni pula adalah untuk memerangkap kelembapan yang di bawa masuk ke dalam kulit dari proses hydration tadi, untuk tidak tersejat ataupun keluar daripada kulit.
-So ‘hydrating’ bawa kelembapan masuk, dan ‘moisturising’ sekat kelembapan daripada tersejat keluar. Hydrating ALWAYS comes first before moisturising.
-Kalau kulit tak cukup air AKA kelembapan (Kulit jadi dehydrated), kelenjar minyak pada kulit akan mengeluarkan minyak yang berlebihan (Say hello to oily skin and big pores, huhu). Tapi ada juga jenis kulit dehydrated dan tak berminyak (U all ni lah yang ada dry skin, pori2 u all kecil kan? Haha).
-Untuk hydrate/membawa kelembapan masuk ke dalam kulit, cara paling praktikal adalah dengan menggunakan serum. Bila nak pilih serum, kita kena tengok apa bahan aktif dalam serum, dan texture serum tersebut. Sebaiknya pilihlah serum yang texturenya ‘clear’ dan ‘runny’ seakan seperti air, dan oil free. Sebabnya serum yang macam ni akan mudah untuk menyerap masuk jauh ke dalam kulit memberikan kelembapan secara mendalam. Contoh serum yang excellent yang dapat memberi kelembapan mendalam adalah serum yang mengandungi salah satu atau kombinasi bahan aktif seperti vitamin C, dan humectant (I.e Hyaluronic acid, provitamin B5 AKA Panthenol, collagen, glycerin, honey, tremella mushroom, urea, etc).
-‘Humectant’ ni akan tarik molekul air/kelembapan yang ada di sekeliling kepada dirinya sendiri, so kalau kita pakai serum yang mengandungi humectant, molekul air/kelembapan di sekeliling kita akan di tarik masuk ke dalam kulit. Tapi hati2 bila pilih serum yang ada humectant, sebab kalau formulasinya tak elok (Kandungan humectant terlalu tinggi), akan menyebabkan iritasi pada kulit (Dari pengalaman I, satu muka keluar ruam).
-Unruk memerangkap kelembapan, u all ada dua pilihan, guna moisturiser ataupun face oil (Face oil ni kaya dengan antioxidant, axtioxidant penting untuk menyihatkan dan mencantikkan kulit). Okay, bila nak pilih moisturiser atau face oil baru perlu pilih mengikut apa jenis kulit u all. I tak nak story pasal moisturiser, sebab yang tu u all semua dah tahu. I cuma nak bagi tips untuk pilih face oil untuk u all yang combination dan oily skin. Untuk u all yang kulit macam ni, pilih face oil yang tinggi dengan linoleic fatty acid dan rendah oleic fatty acid, sebab oily skin people, kandungan linoleic fatty acid pada kulit rendah dan oleic fatty acid pula tinggi.
-Product recommendation untuk serum, I personally pilih vitamin C serum sebab ia memberi kelembapan mendalam dan juga antioxidant benefits (2 in 1 gittu), if u all berminat boleh pergi ke ig shop I real_lipstick, ataupun if u all nak yang dari oversea gitu kan, boleh la Google SkinCeuticals C E Ferulic, yang ni memang popular di kalangan skincare enthusiasts oleh sebab keberkesanannya, tapi harganya RM400+, huhu.
-Face oil pula, dry skin boleh check out argan oil, jojoba oil, or marula oil. For combination, oily, normal pula boleh try grapeseed oil, atau hemp seed oil (Check out Garden of Eden Grape E Anti Aging Serum di Watson/Guardian, dalam tu ada grapeseed oil, RM34 untuk 5ml).

Toner tak perlu pakai ke?
-Whether perlu or tak perlu pakai toner, bergantung pada apa yang u all pakai selepas cleansing step. Toner ni pun long story, ada yang fungsinya sebagai extended cleansing step (Kot2 ada residue dirt kat muka kan), ada yang provide light hydration (Bukan mendalam macam serum yea), dan ada yang jenis untuk get rid of dead skin cells.
-Personal opinion I lah yea, toner ni macam unnecessary kalau kita ada PROPER cleansing routine, masa ni kulit kita dah ready untuk step seterusnya, so why not je terus pakai serum, all the good stuff dalam serum tu terus masuk ke dalam kulit. Kalau pakai toner lagi, ia cuma menghalang penyerapan good stuff dalam serum tersebut. Kecuali kalau u all pakai serum yang mengandungi OIL, ada sesetengah serum yang ada argan oil etc kan. Mungkin pemakaian toner membantu untuk penyerapan lebih mendalam.
-Kalau I lebih prefer rutin macam ni, low pH cleanser, antioxidant serum, dan face oil.

Kalau nak cerita pasal skincare, sampai esok tak habis u all, sebab there’s so much to say and so much to learn juga. Apa2 pun when it comes to skincare, ianya perlu simple tetapi effective (Effective maksudnya kulit akan improve). Kalau simple tapi tak effective, ermm macam bazir duit pula.

Pendapat I tentang produk lokal, boleh je pakai, tapi sebelum beli tanya dulu list of ingredients, bila dah dapat, study satu2 bahan2 tersebut. Kalau seller tak nak bagi tahu, sebaiknya jangan beli untuk langkah berjaga-jaga, sekarang banyak kes kan, hati2.

Sebelum ni I pernah share juga beauty tips, sekarang beauty knowledge ada upgrade sikit, boleh la share dengan u all. Harap sharing ni bermanfaat. U all pun kalau ada beauty tips, share lah, I pun nak baca. Thank you for reading, I wish you beautiful skin :)

– Student X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit