Salam.. terima kasih admin kerana siarkan kisah hidup aku ni… aku bukan orang yang pandai menulis… tapi hari ni rasa nak sangat luahkan dan dengar pandangan lain… mohon jgn kecam aku…
Ceritanya begini… aku anak ke 2 daripada 5 orang adik beradik…. anak perempuan sulong…. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan aku menuntut ilmu hingga mampu menanggung adik-adik belajar hingga bernikah…..
Apa yang aku nak kongsikan di sini… aku tak ada niat nak aibkan siapa-siapa… cuma.. aku nak nilai.. adakah tindakan aku selama ini salah….. sejak darjah 6 aku telah dicabul oleh bapa kandung sendiri.. aku tidak mengadu pada mak sebab taknak keluarga aku bercerai berai….. sehingga la aku diterima masuk asrama.. penderitaan aku makin berkurang… Allah atur perjalanan yang cantik untuk aku… walaupun result aku tak adalah cemerlang mana….tetapi trauma dicabul tu tetap kekal sampai sekarang….
Bila tamat universiti.. kisah keluarga aku ni makin kritikal…. mak bapak aku sayang sangat pada anak lelaki…. segala yang diminta dipenuhi…. sampai satu tahap… abang aku lahirkan dua org anak luar nikah… dah adik lelaki aku lahirkan seorang anak luar nikah…. mak bapak aku siap bertandang ke rumah abang walaupun tahu abang bersekedudukan dengan perempuan itu…
Aku tidak setuju dengan cara layanan mak bapak aku pada abang dan adik lelaki aku… terlampau beri muka…Segala pandangan aku tidak diendahkan… tambahan lagi adik- adik perempuan pun dah besar dan masing-masing ada agenda sendiri untuk memikat hati mak bapak….
Untuk pengetahuan semua… aku ni bidang teknikal… memang tak reti la nak bermuka-muka atau bagi harapan yang palsu pada mak bapak.. bagi aku… fakta adalah fakta.. kalau salah… memang salah…. kalau berdosa.. memang berdosa… kita tak boleh menghalalkan cara…
Walaupun aku tak setuju dengan cara mereka.. tapi aku tak pernah tidak kirim wang belanja untuk mak abah…. jika di tanya dengan rakan-rakan yang lain… aku tergolong dalam golongan yang bagi banyak untuk emak bapak…..
Adik lelaki (aku gelar si Y la ye) aku telah memiliki 5 orang anak…. tapi hidup tidak seperti orang biasa kerana malas bekerja dan ada ambil dadah…. mangsanya adalah mak bapak aku.. sebab kena tanggung anak-anak dia… sediakan tpt tinggal utk anak-anak dia… walhal bapak aku dah tak bekerja dan hanya bergantung pada duit belanja yang aku bagi….
Sampai satu tahap si Y telah bercerai dengan isteri kerana kononnya isteri dia cemburu buta.. walhal dua-dua pun memang ambil dadah.. anak-anak dia jadi saksi……. mak bapak aku percaya bulat-bulat yang si Y tak salah…. urusan cerai ambil masa kerana adik aku x ada duit nak bayar denda…
Sehingga la sebelum ramadhan baru ni… tiba-tiba aku dengar adik aku nak nikah lagi… walhal anak dia semua mak bapak aku yang jaga… di sedap-sedap je merantau kononnya… duit belanja anak langsung x diberi.. ikut suka balik rumah buat kecoh.. mak bapak tanggung dia makan pakai… hal nikah ni mak bapak aku dirahsiakan dari aku… mungkin sebab aku ni tak sama pemikiran dengan mereka…. tapi si Y asik message aku mintak duit… minta aku sponsor dia nikah… sedangkang tiap-tiap bulan aku tambah belanja mak bapak sebab kena tanggung anak-anak dia…..
Yang menyedihkan aku…. hanya kerana aku tak mahu terlibat dengan pernikahan dia… kini aku di cop sebagai kakak yang buang adik……… makcik aku sound aku kononnya nanti si Y tu nanti jadi jutawan baru aku nak mengaku adik….
Ya Allah… siapalah aku nak buang dia?? Walaupun dia menyusahkan mak bapak aku.. tapi aku tak pernah tak hulur duit bantu anak-anak dia.. baik masa masuk sekolah… atau raya… atau ada keperluan lain.. aku la penaja yang setia…. tapi hanya kerana aku tak bantu masa dia nikah aku dicop sedemikian rupa.. dan yang melabel aku sendiri adalah mak aku sendiri…. salah kah aku tak nak subahat dengan mereka?? Untuk pengetaguan x sampai sebulan bernikah isteri baru dia bersalin… Ya Allah………
Tapi… aku juga dipersalahkan… aku ibarat punching bag utk family aku… adik-adik hanya pandai bersorak.. tapi aku yang tukang hulur… aku tak berniat nak mengunggkit aku percaya semua rezeki Allah yang bagi….
Mohon doa kalian agar aku tabah untuk meneruskan hidup ini….. aku dah letih.. 17 tahun aku hadap benda yang sama… aku tak harap penghargaan orang…. cuma aku sedih… kerana si Y… aku dikecam… dianggap anak derhaka.. hanya semata-mata tidak menyumpang masa dia nikah…. aku jadi bingung…..
Allah Maha Mengetahui….
– Anak serba salah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit