isteriku budak uia

assalam..
pertamanya abg mohon maaf sebab abg ni bukanlah pelajar uia nak confess kat sini. tapi alhamdulillah ALLAH jodohkan abg dengan pelajar uia. bekas pelajar uia.
sesungguhnya abg tak pernah tahu pun kewujudan page ni sampailah malam tadi abg online pakai fb isteri abg. abg tertarik dengan beberapa confession kat sini. tapi yg buat abg rasa nak confess adalah bila abg baca confession seorang isteri tentang suaminya yang bermasalah.

hari ni rasa agak emotional sikit bila asyik teringatkan isteri abg kat rumah. semuanya gara2 confession kat sini. abg asyik terfikir suami jenis bagaimanakah abg ni?adakah isteri abg juga sebenarnya makan hati dengan abg?

isteri abg belajar tinggi ada degree macam korang juga, tapi dia sanggup terima abg sebagai suami..abg ni apa la sangat..kerja pomen belajar pun takat spm.
dia layak dapat kerja yang bagus,bergaji tinggi, tapi bila abg minta dia jangan bekerja, dia dengar cakap abg..
bila dirumah dia jaga makan minum abg,sikit pun tak merungut. dan tak pernah sesekali pun buat abg marah. senyum memanjang macam tak ada masalah.
sepanjang berkahwin dengan dia, belum pernah lagi dia minta macam2 dari abg. dia sangat faham keadaan abg. kadang kadang abg pulak terpaksa memaksa dia untuk bagitahu abg apa yang dia nak, biar abg belikan..

abg bukanlah suami yang baik. ada masa terlalu penat bekerja abg akan lepaskan kemarahan pada dia. ada saja benda yang tak kena dimata. tapi sikit pun dia tak pernah balas.
dan mungkin sebab abg dari kecil dah terbiasa tak buat kerja rumah,jadi part kekemasan tu abg tak berapa pandai nak jaga. sekali lagi isteri abg juga jadi pelengkap segalanya. dia langsung tak merungut.
kalau dia nak minta tolong sesuatu, dia akan minta dengan cara yg lembut. mula2 dia akan ajak untuk lakukannya bersama2. hasilnya abg ni dari tak pandai nak basuh pinggan sendiri dah tahu dah nak buat rutin tu setiap kali lepas makan. masak pun dah pandai dah sikit2.
pasal kewangan pula mula2 dulu pun memang abg tak pandai nak urus. boros. dia ajak abg berbincang cara nak urus dengan baik. cakapnya berlapik,takut abg teguris. dan disebabkan cara dia tulah buat ego abg turun sedikit demi sedikit..

abg tak tahu dari mana datangnya keikhlasan dia sampai dia sangat memandang tinggi dan menghormati abg sebagai suami yg langsung tak punya apa2 yang boleh dibanggakan..
tapi bagi dia, abg lah segala galanya..
confession kat sini buat abg buka mata.
betapa isteri abg adalah anugerah dari ALLAH yang paling besar yang abg pernah terima.
sampai bila2 takkan wujud suami atau isteri yg sempurna..
sempurna suami tu akan wujud dengan kewujudan si isteri..begitu juga sebaliknya..
tinggal kita sahaja mahu bersyukur atau pun tidak..
semuanya ambil masa..
kebahagiaan itu kita yg pilih..dan ianya hanya akan dapat dirasai disaat kita memberi….

masih diworkshop.fikiran masih teringat pada dia..terima kasih Nur sebab sudi jadi pelengkap hidup abg yang tak ada apa2 ni..
maaf sebab baru sekarang abg tahu erti menghargai seorang isteri..
terima kasih pada confessor2 yang terlibat..didoakan moga korang semua dapat bertemu bahagia yang dicari..
doakan kebahagiaan kami juga.

apa apa pun budak uia best..(isteri abg jelah.hahaha)

– mr pomen

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *