Assalammualaikum , hari ini aku nak confess mengenai sesuatu perkara. Dan perkara ini again and again asyik berlegar-legar di fikiran aku. Now , semua dah tahu bahawa Trump mengisytharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Pengisytiharan itu sudah cukup membuka mata semua pihak , bahawa pencabulan telah berlaku. Dan 13 Dis ni , OIC akan buat satu mesyuarat untuk membincangkan masalah ini. Aku harap , selepas perbincangan itu , akan ada tindakan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kembali Baitulmaqdis. Tapi pada pandangan aku , mungkin akan membawa kepada kesan Perang Dunia Ketiga ? Semua orang sedar , AS merupakan kuasa besar. Tapi semua takut dengan kuasa besar itu. Everyone afraid of it !! Salah satunya sebab AS merupakan salah satu kuasa terbesar dunia. Kita perlu bersatu untuk membina kekuatan , keberanian dan kerjasama untuk kembalikan maruah Islam.
Apa yang aku nak sampaikan dan luahkan hari ini ialah mengenai masyarakat zaman sekarang. Realitinya , banyak kepincangan berlaku. Aku tak tahu nak start dari mana. Tapi , jujur aku cakap , aku kesal sangat dengan keadaan masyarakat kita sekarang. Semakin tenat. Cukuplah hari-hari keluar berita orang ni dera orang tu , kes rogol bawah umur. Bukan makin lama makin reda pasal masalah sosial dan moral ni , tetapi makin tenat. Itu belum termasuk , dekat media sosial ; ada sesetengah halaman dia siarkan benda-benda yang tidak sepatutnya sedangkan pengikut halaman itu hampir separuh ialah kanak-kanak bawah umur. OK ! mungkin ada yang kata , itu salah mak bapa dia tak reti kawal anak dia bagai. Ni aku nak cakap , tanggungjawab bukan pada satu pihak sahaja. Ingat tu ! Pemikiran tipikal orang kita suka sangat tunding jari sampai hujung jari dia dimamah pun dia tak perasan. Sebaik mana pun kawalan mak bapa , tak akan dapat 100 peratus bendung. Tapi aku tak menyangkal benda ni , sebab zaman sekarang , fenomena sudah terbalik. Dalam kitab pun ada kata dunia dah akhir zaman. Dulu kalau di mana ada salah silap , teguran diberi secara baik. Dan diterima secara baik biarpun tak setuju. Sekarang , usah kata tegur kesilapan , nak bertegur sapa pun payah.
Kadang , aku terfikir , bila habis solat , nak berganjak , masing-masing kurang bertegur. Even tak kenal , tapi cukuplah sekadar mencuit dan senyum tanda minta diri. Kalau dia tak layan , jalan sahaja. Kalau kau nak bidas balik perkara ni dan cakap , “Malas aku , nanti kita cuit , dia mai habaq kita itu ini !”. Sorry to say , itu adab menghormati. Dia nak kata apa , itu urusan dia dengan Tuhan. Kita dah jalankan tugas kita untuk mengeratkan ukhwah sesama Islam. Tuhan tahu apa niat kita. Kadang aku perhatikan sahaja , orang kita terlampau memikirkan dan melihat benda remeh temeh , sampaikan tak mampu membangun dan berkembang. Sikit-sikit kata dia dengki dengan kitalah , orang tu sombonglah , si fulan tu memang perangai dia busuk hatilah ; itu dia punya pasal. Hati kita sebagai Islam ni , kena dekat dengan Allah. Biarpun dia ada berbuat perkara tak baik dengan kita , kita ada agama dan paling utama ada Allah. Sebab kita tak letakkan Allah lah dalam hidup kitalah , sebab tu hati tak tenang. Allah ada di mana-mana sahaja. Yang jadi penguat seseorang itu ialah doa dan rahmat Tuhan kepada dirinya. Aku dulu selalu beritahu dekat kawan kawan non-muslim aku , selalu berdoa , nanti Tuhan ada tolong kamu. Aku pun selalu cakap dengan diaorang , berdosa kalau tipu dan buat perkara tak baik. Soon , benda tu jadi kalimat dekat mulut diaorang untuk dia orang tak buat perkara tak baik even benda tu just main-main. Jadi , kita yang Islam ni , jagalah solat dan janganlah putus asa dengan doa. Lagi satu , paling penting sekali , sentiasa bersangka baik even kau tahu dia ada buat benda tak baik. Tapi jangan juga bersangka baik sampai nampak rumah jiran sebelah ada orang pecah masuk , kau kata , kawan dia tak ada kunci nak masuk rumah. Keseimbangan otak tu perlu ada pada paras yang seimbang.
Lagi satu , aku harap sangat sangat orang kita cinta akan ilmu dan sentiasa mencari ilmu di mana-mana sahaja. Kadang aku terfikir juga , macam mana bangsa aku nak membangun kalau kebanyakkan mereka gemar pada benda lagha dan suka menjatuhkan orang. Seriously , aku pernah tanya directly pada cikgu aku , kenapa orang Melayu macam ni ? Dia cerita ada satu sejarah , dimana semasa kedatangan sesuatu golongan dari China , diaorang nampak ada satu kumpulan orang di laut. Amalan dia ialah , memancing ikan untuk kenyangkan perut pada waktu itu je. Dah kenyang dia tidur. Aktiviti itu dia buat ulang dan ulangi. Tak ada sebarang perubahan dalam hidup. Mak aku kata kalau nak tahu sifat sesuatu bangsa tu , lihat pada sejarahnya. Contoh , orang barat sejarahnya suka menjajah. Sekarang , mereka menjajah secara fizikal dan mental. Malah lebih lagi. Tapi aku tak harap bangsa aku terus tidur. Bangun ! Cari sesuatu yang baru. Bukan gossip artis yang fresh , tapi cari benda baru yang boleh membangunkan diri , bangsa dan agama. Itu suatu jihad juga. Biarlah orang nak cakap apa jika kau jadi lebih baik. Itu semua dekat dunia je kau dengan suara mereka. Bila kat akhirat , Allah akan datangkan dekat kau perkara yang baik. Percayalah. Itu janji Allah. Manusia ni , pada pandangan aku , sangat menakutkan. Tapi boleh juga jadi perkara yang terindah. Bergantung pada hati dia.
Dan aku menyeru bangsa aku supaya jadi lebih rajin dan lebih berusaha. Jangan bermalas-malasan. Kita jangan cakap yang rajin dan dah senang lenang dengan usaha dia , kita cakap pasal yang masih bermalas-malasan ni. Dia rajin , dia usaha , dia kaya ; itu dia punya , bukan kau punya ! Bangkit wahai Bangsa Melayu. Yang jadi sekatan itu diri kita. Kawan aku pernah confess depan kelas , dia kata “ kerja dengan Cina penat , nak berbual pun tak boleh. Nanti pekerja situ jeling-jeling. Lagi satu tempat dia dahlah panas. Nak solat pun dia tak ada sediakan tempat. Berbanding dengan kerja dengan orang melayu , tempat solat ada , kerja pun senang. Buat kerja sikit dah boleh duduk duduk main phone.”
Kalau nak dibandingkan tempat Cina dengan tempat Melayu yang dia kerja , tempat Cina tu lagi besar. Yang bab tempat solat tu aku tak boleh cakap apa. Tapi aku pasti kalau minta izin dengan majikan tu , mesti dia faham. Cuma syaratnya , kalau kau cakap pergi solat , kau solat. Jangan main-main phone. Mesti dia beri keizinan , Insyahallah. Macam kawan aku lagi sorang , dia kerja kat kedai alat tulis Chinese. Besar kedai tu. Dia penah juga membebel dekat aku , cakap nak solat kena qada. Aku pun tanya dia , dia ada beritahu bos tak yang dia nak solat. Dia kata , tak. Aku pun suruhlah dia tanya bos dia. Alhamdulilah , bos dia bagi. Tapi dia kena tumpang solat kat kedai seberang jalan sebab kedai alat tulis tu tak ada tempat solat. Tambahan lagi , sebab orang Cina tu berpanas-panas berpeluh lah baru dia dapat keuntungan begitu. Kerja tak mudah. Lebih-lebih lagi kita hidup di Malaysia. Kita kena saling bergantung dengan bangsa lain. Saling bantu membantu. Aku tak ada nak menyebelahi mana-mana pihak. Tapi aku genggam kata-kata cikgu aku dekat tingkatan 6 tu ; dia kata , kesenangan dan kejayaan itu milik orang yang rajin. Ya ! Aku percaya kata-kata cikgu aku tu.
Dulu aku pelik , tapi sekarang aku dah tak rasa pelik ; kenapa setiap orang yang aku jumpa , mesti ada yang kata , aku kerja keras dan usaha , tapi langsung tak buahkan hasil. Itu maksudnya ada banyak petanda yang kau kena tengok balik dalam diri kau. Boleh jadi , kau kerja keras , tapi kau abaikan solat. Boleh jadi juga kau kerja keras , kau solat tapi kau tak bayar zakat. Boleh jadi kau kerja keras , kau solat , kau buat benda wajib dan sunat , tapi kau terlupa nak berkongsi rezeki kau dengan mak ayah dan seterusnya. Kalau kau rasa usaha kau dah cukup , tak ada apa yang tinggal , tandanya kau kena bersabar dan bersolat , seperti dalam firman Allah. Bangkitlah bangsa Melayu ! Kita perlu memajukan diri dan berusaha. Letakkan Allah dalam diri juga. Kalau malas nak solat , kau berdoa. Jangan pernah putus doa , biarpun sekadar ingat Allah begitu sahaja. Perlahan-lahan muhasabah diri. Aku dulu pun ada zaman jahiliah aku juga. Tapi aku letak Allah gitu sahaja dalam hati. Lama kelamaan , aku sendiri yang tanya diri aku , sebab apa aku tak solat. Hidayah itu memang kita perlu cari.
Dan last sekali , di tingkatan 6 , aku ambil subjek Bahasa Melayu. Aku rasa Bahasa Melayu ini seronok. Tapi apa yang aku nak katakan , sebagai mak ayah , janganlah didik anak dengan bahasa lain selain bahasa ibunda. Bukan tak boleh , tapi jangan sampai anak tak reti mengeja , sebut dan sebagainya. Rugi dan sayang seribu kali sayang. Macam student aku , dia bangsa Cina. Bila aku ajar dia Bahasa Melayu , aku ingatkan dia tahu menulis bahasa ibunda dia. Tapi , tidak ! Tulis tak reti , membaca tulisan Cina dia pun tak reti. Sangat sayang. Dia cuma tahu speaking english dan Mandrin. Tapi menulis , tidak sama sekail. Jadi , pada aku , bahasa ibunda tu pucuk pangkal kita. Tak kisah lah , Cina ke , India ke , Melayu ke , Jawa ke , jangan lupakan bahasa dan budaya ibunda kita. Satu masa , kita tak ada apa-apa warisan yang nak disampaikan pada anak kita. Lama-lama , role model untuk dijadikan tauladan tak ada , akhlak jadi bebas , macam zaman sekarang. Dan semakin lama , akan menjadi semakin parah. Jadi kalau satu masa , LGBT , sumbang mahram , dah dilakukan secara terbuka , kita tak boleh nak kata apa. Sebab masalah berpunca deripada kita yang tidak bertindak pada masa kini. Wahai anak Bangsaku , Bangsa Melayu ! Bangkitlah !!
– Iskandar Shah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit