Assalamualaikum semua.
Sekarang ni aku rasa aku ada masalah dalam berkawan. Actually aku ada ramai kawan.
Kawan baik dari zaman sekolah. Kawan ni memang aku sangat rapat dah macam adik-beradik dah. Jauh macam mana pun bila jumpa kami tetap macam dulu. Memang sayang sangat dengan dorang. Semoga Allah lindungi dorang.
Kawan baik zaman universiti. Yang ni kawan masa aku study dulu. Masih lagi contact dengan dorang sampai sekarang. Bertahun2 study kat uni, dorang lah yg setiasa ada time susah senang dengan aku. Demi Allah memang rindu kat dorang.
Kawan kerja. Yang ni berkaitan dengan tajuk confession aku. Actually aku kenal dengan sorang kawan aku ni sejak aku praktikal lagi kat satu company ni. Sekarang kitorg keje sekali la. Masalah yg aku ada dekat dia ni susah nak cakap. Dipendekkan cerita, dia ni jenis tak ramai kawan yg dia boleh ngam. Aku pulak jenis kawan dengan semua orang. Aku dapat tau dia letakkan aku selalu yang pertama dalam list kawan dia. Kalau buat apa2, mesti dia akan pikir aku dulu. Sampai ke tahap aku tak selesa. Sebab sebenarnya aku rasa kesian kat dia. Aku takkan pernah letakkan dia yg pertama. So aku rasa tak fair sebab aku tak dapat treat dia macam mana dia treat aku. Korang paham tak? Aku kalau dengan dia memang tak boleh nak loving bagai. Aku just tak boleh. Kalau berkawan ni kan aku akan tengok org tu macam mana dan aku cuba ikut rentak dia. Dia ni jenis dari awal lg aku layan memang tak pena nak loving cakap sayang ke apa ke. Layan biasa je. Kalau kawan baik sekolah and uni tu aku boleh pulak. Skrg ni pun aku cuba sedaya upaya layan dia macam biasa sebab aku taknak dia berharap dgn aku sorang sbg kawan dia. Aku nak dia cuba bkawan dengan org lain. Aku seriously rasa terbeban bila org terlalu percaya kat aku dan selalu letak aku sbg top priority dia walhal aku tak dapat nak buat macam tu.
Mungkin korang akan cakap hargailah kawan yg ada. Bukan aku tak hargai, cuma aku rasa tak fair utk dia sebab aku memang tak dapat nak letakkan dia macam mana dia letakkan aku dlm friendship ni. Aku rasa terbeban. Sangat2 terbeban.
Aku selfish ke?
– Iman
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->