Pesan dari pendosa kepada pendosa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aku decide untuk tulis di sini sebab kalau boleh aku tak nak dikenali. Biar orang baca apa aku nak sampaikan, dan bukan tengok siapa yang sampaikan.

Apa yang aku nak tulis ni, bukan perkara asing lagi. Perkara basic and common dalam kehidupan seorang Muslim. SOLAT. Ya, perkara yang paling basic and yang membezakan antara Islam dan kafir.

Firstly, aku bukan baik sgt sampai nak tegur org berkenaan solat. Aku bukan ustazah, alim ulama. Aku hamba Allah, seorang pendosa. Dan sifat solat aku pun berubah ikut tingkat keimanan aku. Kalau iman tinggi, in shaa Allah solat khusyuk lah jugak. Tapi kalau iman turun, faham-faham je lah.

Apa yang aku nak cakap kat sini, serendah manapun iman kita, jangan pernah tinggalkan solat. Solat adalah zikrullah, satu cara untuk kita berhubung dan berbicara dengan Tuhan sekalian alam. Bagi orang-orang yg cakap, ‘Alah, tak solat pun takpe, aku still berjaya apa. Result gempak, hidup pun happy je.’ Ye, hidup di dunia mungkin happy, tapi di akhirat macam mana? Hidup kita bukan setakat di dunia je, sanggup ke kita nak menghadapi azab kubur, azab neraka?

Tu cerita yg tinggal solat. Bagi yg solat pulak, Alhamdulillah Allah bagi kita hidayah dan taufik-Nya untuk melaksanakan perintah-Nya. Tapi, pernah tak kita muhasabah solat kita. Adakah kita jaga khusyuk, solat awal waktu? Tamakninah(berhenti kejap) kita jaga atau solat 5 minit dah siap? Rukun solat terbahagi kpd 3, qalbi(hati), qauli(perkataan) and fi’il(perbuatan). And rasanya ramai tahu yg rukun qauli tu, kita kena ucapkan sehingga didengari oleh telinga kita sendiri, bukan sebut secara berbisik atau baca dalam hati. Aku akui, susah nak jaga semua tu lebih-lebih lagi student mcm kita yg rushing nak pergi lecture dan sebagainya. Tapi takkan kita nak utamakan perkara dunia lebih dari Pencipta alam ini?

And, last thing, doa selepas solat. Salah stu waktu afdhal utk berdoa adalah slps solat. In Shaa Allah, dengan keizinan Allah, doa ini mudah dimakbulkan. Tapi knp ramai yg malas untuk berdoa, utk mengadu kepada Allah? Sedangkan Allah Maha Mendengar? Dia pendengar terbaik, lebih baik cerita masalah kepada Allah drpd cerita kpd kawan2. Yakinlah dgn pertolongan Allah, jangan putus asa dlm berdia. Kalau kita mohon sesuatu, tapi Allah belum makbulkan, bukan bermakna Allah tak sayang kita, tapi Allah ada perancangan yg lebih baik untuk kita. Siapa kita utk mengatasi pengetahuan dan kebijaksanaan Allah, Tuhan yang menciptakan kita.

Akhir kata, aku menulis bukan untuk memberi ceramah, just sedikit pesanan dan peringatn buat saudara-saudara Islam ku yg amat disayangi. Semoga bermanfaat. Wallahualam.

– Abdullah

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *