Hilang kawan kerana doa

Hilang kawan kerana doa. Macam selalu lepas solat biasalah kita ni berdoa, nak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sebagainya. Tapi tiba tiba satu hari entah kenapa doa “ya Allah kau jauhkanlah aku dari orang orang yg memusuhiku dan yg membenciku” ni keluar dari mulut aku. Tapi takpelah buat cam biasa, lama lama kelamaan dia jadi doa harian aku lepas solat.

Tanpa aku perasan satu satu dugaan datang menduga kesabaran aku sampai tahap menjatuhkan air mata aku. Aku dah berjanji dengan diri aku taknak menangis pasal kawan lagi. Sebab dulu aku sedar aku terlalu sayangkan kawan kawan aku sampai aku selalu diperbodohkan.

Bila masuk universiti, aku janji dengan diri aku, kawan dengan semua orang tapi jangan terlalu sayang. But, aku bukan jenis kawan for advantage tu aku kawan cam biasa tapi dah takde istilah sahabat untuk aku. Pengalaman aku dulu buat aku jadi heartless dengan semua org. Tapi itu tak membuatkan aku jadi kurang ajar dengan org.

Maaf meleret.

Aku jalani kehidupan aku macam biasa, yg lainnya cuma semester ni bilik aku takde classmate aku. Selalunya aku sebilik dengan classmate aku. So, any kerja grouping jadi mudah. I hate grouping assignment, bagi aku leceh and ada je yg curi tulang.

Mula mula, kawan kawan aku yg selalu bergroup bersama (aku bagi nama dia Enab), dia ni ditch aku dari group dia. Dengan alasan nak group dgn org lain sebab dah janji dari sem lepas nak buat sesama. Aku pun pape jelah. Aku cari group lain, alhamdulillah dipermudahkan.

Pastu lagi satu class, kena buat assignment berkumpulan (aku benci grouping assignment lagi) diorang suruh tulis nama atas kertas si Leha (bukan nama sebenar) ni bagi kertas kat aku selalunya diorang dah tulis nama aku siap siap satu group tapi sem ni aku tak tahu kenapa. Seolah olah diorang ni buang aku dari hidup diorang. Untuk group ni aku bergroup dgn budak kelas lain yg migrate dalam kelas aku. Aku pun takpelah, asalkan boleh buat kerja and dapat markah plus diorang ni baik je layan aku. Alhamdulillah.

Pastu ada satu kelas tu aku tak datang sebab tak berapa sihat. And ada assignment kena buat sorang pun tak bagitahu aku, yg ni salah aku sebab aku tak tanya. Tapi boleh pulak masa aku masuk kelas buat buat tanya “eh awak tahukan kita kena buat assignment ni jap lagi kena hantar” aku mampu beristighfar je masa tu. Sabar jelah. Nasib baik ada makhluk Allah ni tolong aki, alhamdulillah Dia permudahkan lagi.

Daaaan banyak lagi masalah yg aku taknak ingat dah. Kemuncaknya, untuk final projek bahasa. Kami kena buat short film. Dan enab ajak aku untuk buat sesama, memandangkan sem sebelumnya kami buat sama sama. Tup tup diorang dah siapkan skrip, dah nak start shooting dan film tu perlu hantar dalam masa lagi beberapa hari lagi aku baru dapat tahu diorang buang aku dari group diorang tanpa bagi tahu aku ? Nak dajjal aku pun agak agak lah. Alasan diorang bagi bila tanya kenapa buat aku ceni “oh masatu kita berborak je, awak tak official lagi masuk group kita” izinkan aku mencarut. Eh babi betul perangai buat aku macam tu. Ini buat aku jadi lemah sekali, sampai aku terduduk menangis. Sepanjang sem korang buat aku macam ni, aku sabar weh kalau taknak aku jangan approach aku. Korang buat aku jauh hati yakmat dengan korang. Sampai sekarang aku tak tahu salah aku kat mana. Mujur ada orang nak tolong walaupun terpaksa merayu bagai, yelah sape je nak dah last minute. Alhamdulillah Dia tolong.

Dulu org dok cakap org kelantan ni berpuak, tapi aku buat tak layan aku bergaul jugak dengan korang. Aku rasa kita boleh blend together. Rupanya tak, korang bermuka muka je depan aku. Belakang aku macam macam korang cakap pasal aku. (Sumber dari classmate yg tak bercampur dgn org tapi suka pasang telinga) tapi aku tak mintak dia cerita apa yg korang umpatkan aku tahu benda tu pahit untuk ditelan. Kalau ada benda tak kena bagitahu, aku terima je aku ubah diri aku sebab aku tahu manusia banyak kelemahan yg sendiri tak nampak. Tapi bukan cakap belakang caranya.

Aku menangis, sampai bengkak mata “ya Allah apa salah aku kau duga aku macam ni. Sepanjang sem satu satu kawan aku buat aku.”

Satu hari aku bangun dari tidur, hati aku terdetik. Inilah yg kau nak, kau doa hari hari, jauhkan kau dari musuh kau dan orang yg benci kau. Inilah.

Ya Allah, takkan hampir semua kawan rapat aku dari sem satu sampai empat tak suka aku? Apa salah aku? Terlalu kasar? Aku tak pukul sesiapa pun, tapi aku tak selembut perempuan kampung yg sopan santun aku jenis kebandaran bahasanya, maaflah kalau itu kasar bagi korang. Mulut jahat? Aku jarang bercakap dengan org yg aku tak rapat dan aku jarang bercakap pasal org lain melainkan aku dah betul betul makan hati. Mungkin apa aku buat betul di mata aku salah di mata orang.

“Masatu aku mintak ya Allah kau kuatkanlah aku, sampai habis final ni je ya Allah. Lagi sebulan je” alhamdulillah Dia banyak bantu aku, Dia kuatkan aku, Dia sentiasa bersama aku, Dia kembalikan fokus aku, Dia tak biarkan aku bersedih terlalu lama, Dia jadikan aku orang yg kuat, aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa Dia takkan bagi dugaan melebihi kemampuan hambaNya, Dia jugak sentiasa kirimkan rasa untuk jangan pernah benci orang yang ajar kau erti kehidupan seorang dewasa (diorang lah)

benda ni jugak merapatkan aku dengan mummy, aku banyak share masalah dengan mummy, which aku tak buat sebelum ni. sebab aku ramai adik beradik so aku lebih rapat dengan adik aku memandangkan mummy ada banyak masalah nak fikir. Tapi tu dululah sekarang aku ambik peluang 20 tahun yg aku dah bazirkan dulu dengan tak buat sharing dgn mummy.

Pengajarannya untuk semua dan diri sendiri, jangan terlalu percaya kawan kawan kau, jangan terlalu bagitahu rahsia kau (where i dont do this since long time ago) jangan terlalu berharap dengan kawan kawan kau itu bahawa mereka akan bersama dengan kau selamanya. Musuh dan org yg benci kita tak jauh pun dalam kalangan kawan kita je.

Perkara ni buat aku jadi traumatized untuk final sem aku yg akan start lagi sebulan ni. Ya Allah kuatkan aku. Doakan result aku gempak guys.

P/s ini post bukan untuk banned org kelantan ianya kebetulan je, mereka jugak banyak tolong aku.

– Nurul Anna Benjamin Jude Benjamin

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

2 Comments

  1. What you said is exactly true. Bila awak sorang je nonKelantanese, and the others are Kelantanese, they dont focus on you so much. So congrats btw and goodluck for final!
    – kelantanese girl.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *