Aku dan sakit jiwa

First skali aku bukanlah pelajar uia, cme tibe2 terdetik nak luahkan perasaan aku.

Ni cite aku.

Waktu aku kecik, aku mcm budak lain, normal, happy. Walaupun mcm tu, aku dari kecik jenis tak suka orang. Kalau dulu2 pergi kolam hotel bercuti ngn family, aku paling benci tgk budak lain duduk dkt aku, ikut2 aku, yg plg aku marah kalau ambik port aku kt kolam tu. Mcmtu lah negatifnya aku semenjak kecik lagi.

Masa aku sekolah rendah, aku dh pandai buat kawan. Still, masih ramai budak yg aku benci. Until suatu hari, event yg mengubah hidup aku. Nak cerita pon aku x tau mcm mana tapi dipendekkan cerita, aku kna marah dgn cikgu sampai trauma.

Aku ni anak manja, balik2 rumah aku tak nangis cume duduk sorg2 menggigil. Sejak haritu, aku lebih hati2, hati2 yg melampau dlm segala perkara aku buat, mcm constantly paranoid. Aku berubah jadi budak yg lebih diam.

Walaupun aku malu nak cerite, waktu aku sekolah, aku selalu kene buli dan berlarutan smpai Form 3 mcm tu. Aku x pasti samada aku terlampau sensitif atau aku mmg dibuli. Dibuli tu takdelah smpai kena pukul semua, tapi buli mental dn perkara2 yg memalukan aku.

Sebelum aku lupa, masa sekolah rendah dan sebelum aku start trauma tu, aku ni sorg yg athletic la jugak, slalu masuk sukan bagai. Tapi slepas byk perkara bruk berlaku dlm hidup aku, aku jadi semakin kurus dan kerap sakit. Orang pon byk tanya kenapa aku kurus sangat. Lepastu, nak lepaskan stres, aku akan main game sampai lewat malam.

Naik sekolah menengah, walaupun kene buli selalu, aku rasa lebih bahagia sbb dh makin banyak kawan. Lepastu yelahkan cikgu sek. mngh mana strict sangat.

Dipendekkan cerita, aku berubah jd manusia negatif.ya amat. Aku benci tgk org melayu , kaki busuk, isap vape, rokok, melucah dkt facebook tapi mcm gitu pon dp pkai gambar ulama, al qassam la bagai. Pastu dlm perbualan tu suke sgt carut jilake lah apa.

Tapi korg mesti igt aku jenis mcm weirdo kan? Sebenarnye kalau korg tgk aku dkt luar, korg x kan sangka pon aku boleh bermasalah mcm ni.

Aku solat 5 waktu, tak buat maksiat. Bersosial dgn org pon tak ada masalah. Even aku masuk pertandingan debate lagi. But the thing is, aku benci manusia.

Kadang2 aku rasa malu dgn diri aku, rasa bagus berbanding sedaara islam aku yg lain.

Tapi walaupun aku sentiasa depressed, aku x de niat plak bunuh diri ke calar ke tgn ke. Walhal, aku pulak naik meluat tgk org depressed, engko nak bunuh diri buatlah sorg, x yah bagitau satu dunia.

And smue benda ni,menganggu pelajaran aku. Susah nak fokus, kalau baca apa2 kene ulang berkali2. Belajar apa2 lembap nak pickup.

Aku x de motivation, tu masalah aku. Aku tau agama lah penyelesaian dan aku akui berjaya setiap kali. Tapi buat aku rasa mcm hipokrit, kembali ke agama bila aku ada masalah je. Bile hati senang, semayang subuh dekat nak pukul 7.

Even worse, aku rasa mcm aku xde personality. Aku akan react berbeza2 mgikut org dan situasi. Aku rasa mcm aku slow2 nak ada masalah mental.

Someone help me.

– Lan

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

7 Comments

  1. Kalau baca dari apa yg sis cerita ni, tak pasti nak kata sakit apa.

    Samada trauma ke, paranoid disorder ke, personality d/o ke (xsure type apa).

    Tp ada la jugak nmpk masalah mood. Samada depression ke, bipolar ke. Sbb sis mention pasal xde motivasi, susah nk focus, n irritate pada org.

    Depression mmg disorder. Bukan stress biasa2.

    Harapnya, walaupun dptkan rawatan Islam, please dptkan juga rawatan psychiatrist utk dptkan proper diagnose.

    Ramai yg anggap depression boleh treat dgn ingat Allah. Betul, tak dinafikan. Igt Allah, istighfar tu mmg perlu selalu. Ambil peluang utk lebih dkt dgn Allah.

    Apa yg pntg dptkan juga rawatan. Terutama kalau mengganggu daily function.

    Stay strong! :)

    • Tak reti sgt nk terangkan.

      Basically, bipolar ni ada 2 pole.

      1 kutub kemurungan,
      1 lg kutub manic (tak tahu nk describe manic macam mana – mood yg terlebih2 la)

      Mood dia akan bertukar antara dua tu.

      Bipolar pula ada beberapa jenis.

      Basicnya 2 ni la.

      Kalau dia didalam fasa kemurungan, antara yg dia rasa
      1) low mood, no motivasi
      2) takde selesa atau terlebih selera
      3) susah nk tidur atau lbh tidur
      4) fikir mati atau percubaan bunuh diri

      Kalau manic antaranya
      1) nak buat semua benda
      2) optimist yg keterlaluan
      3) tenaga berlebihan2.

      Kalau salah mohon perbetui.

  2. Persekitaran kekadang buat tertekan. Feel you bro. Sekarang ni aku pun cam ignore semua benda sekeliling, buat diri xda perasaan. Org xkan faham apa kita alami. Kita buat benda pun bersebab. Tp disebabkan tak faham tu, timbul satu masalah. Aku pun react ikut org. Kalau dia friendly, aku friendly. Kalau dia bukak topic merepek especially pasal laki ke apa, takyah tanya la knp aku xlayan. Baik focus study. Haha

  3. U and i,we’re the same…but aku tak seteruk ni rasanya.ive been through this..jangan pikir banyak sangat pasai benda2 kecik.the less u care,the happier u will be.

  4. Benci dengan manusia.

    Ramai je orang yang macam ni. The thing is, bukan sebab orang lain, tapi sebab diri sendiri.

    Bila kita dah build that kind of feeling yang ‘Aku boleh hidup sorang’, ‘Aku lebih bagus dari kau’, n so on. U akan rasa, semua manusia lain, tagune.

    a.k.a, Ego. Dalam diri kita, ada perasaan ego ni. Kalau ego ni makin meninggi, maknanya, makin negatif fikiran kita pada manusia lain.

    Yelah, kita paling hebat, kan.

    Cuba bergaul dengan masyarakat. Cuba positifkan diri.
    Cuba ye, cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *