Family atau kawan?

Salam…firstly aku bukan student iium ni…tp sesaja aq nk share cerita kat korg…benda ni berlaku baru lagi la..aku belajar kat sebuah Universiti tempatan kt utara tanah air and rumah family aku dengan kampus x la jauh sgt…aku duduk dekat rumah je la..jimat pon jimat…just spent duit utk mkn dgn duit minyak je…

Da beberapa sem aku belajar kat ipta tersebut ulang alik hari2..aku selalu tidur rumah sewa kawan aku sbb kadang2 nak bincang assignment, tak pun kalau kelas pagi, sebab tempoh perjalan dalam setengah jam juga la kalau bawa sempoi-sempoi. Aku ni kira aktif juga la dengan dekat U aku ni, so weekend je mesti ade aktiviti or event kne join.

Mak aku ckp kadang2 dia terasa gak dengan aku. Asal nak minta tolong apa je aku cakap tak ada masa, aku cakap sibuk nk pergi U. Balik2 je da penat terus tido. Time tu aku rasa pon mcm seronok ade kawan2. Diorg pun masuk air, so best layan kepala diorg. Sampai aku rasa kawan tu mcm lebih la dari family mcm yg mak aku cakap.

Nak dijadikan takdir, masa tu parent aq pergi overseas. So aku pakai kereta parent aku pergi kampus, masa tu aq bangun lambat. Aku pun kelam-kabut la pergi kampus bawa laju sampai loss control. Total loss kereta parent aku, dah la parents aku bawa kereta tu pergi kerja, and kerja parents aku memang kne slalu travel sana sini. Tapi alhamdulillah aku tak cedera apa-apa.

Lepas dari kejadian tu, parent aku memang mengamuk gila dengan aku. Aku pun tak nak fikir panjang dengan tiada transport aku pergila stay rumah sewa kawan aku. Biasanya aku tidur sehari dua. Kali ni agak lama la, kadang-kadang berminggu. Time tu memang aku down gila, salah aku juga kan. Aku cerita la segala masalah aku dengan family aku dekat kawan-kawan aku. Aku anggap diorg mcm adik-beradik aku.

But guess what? Makin lama aku nampak la layanan diorg lain macam. Macam da tak selesa dengan aku. Mungkin sebab aku menumpang tak bayar sewa kot. Sampai satu masa diorg cerita la diorg x ske aku stay dengan diorg. Diorg ckp yang bila aq cerita hal family aku dgn diorg mcm aku nk minta simpati diorg. Biasa la mulut orang perempuan ni kadang2 bangkai gk.

Time tu baru aku sedar apa mak aku cakap. Aku down gila. Baru aku tahu, family tu sebenarnya paling penting dalam hidup kita ini. Kawan2 hanya ok dengan kita time kita senang je. Time aku ade kereta senang diorg nk ajak aku pergi mana-mana. Baru aku tahu. Lepas tu aku terus balik rumah. Kelas aku habis pkol 10 mlm pon walaupun hujan walaupun naik motor aku balik rumah je. Alhamdulillah hubungan aku dengan parent aku da ok.

Dengan kawan-kawan? Gitu2 sahaja la. Da tak serapat macam dulu. Yela aku pun ade salah silap nya. Just pesanan aku, korang jangan la pentingkan kawan-kawan. Ingat apa-apa pun family datang dulu.

– Minah Confess

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

4 Comments

  1. Tumpang rumah kawan lama2 kena la bayar sewa dik. Mmg la kawan2 tak suka. Awak duduk rumah dorg free. Dorg tu bayar sewa + utilities guna duit dorg tau. Beringat lain kali ye dik

  2. Kalau aku pun taksuka dengan orang macam kau. Dah la menumpang pastu cerita keburukan family padahal dah tau tu salah kau. Sekarang nak salahkan kawan plak. Friend is the closest person after your family.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *