Assalamualaikum. Saya just nak share kisah saya. ‘Dia Tinggalkan Aku Kerana Dia Memilih Allah’. Betul la tu. Tak de salah pun dengan tajuk tu. Dan itu lah yang sebenarnya seorang hamba perlu buat. Memilih cinta Allah melebihi dari cinta makhluknya yang lain. Ni kisah aku. Betul-betul dari hati. Takda sorang pun tahu kisah ni melainkan Allah, aku dan dia. Tapi mungkin dia pun nampak kisah kami ni melalui pandangan yang berbeza dari aku. Tapi kisah ni from my point of view.
Aku perempuan, lahir tahun 1991. Sekarang ni tgh buat PhD dekat local U. First year. Sebelum ni aku pernah beberapa kali bercinta tapi cinta kali ni lain sebab aku rasa dia betul-betul seorang lelaki yang layak untuk dijadikan suami. Dari segi agamanya yang aku pandang. Dan aku tak kisah pun dia study sampai mana. Even tak further master or PhD. Sebab aku tak pandang semua tu. Bagi aku, qualification untuk jadi suami aku adalah cantik agama sebab aku tak pandai agama sangat. Aku tak cari pun lelaki yang kaya, handsome, ada title Dr. ke apa. Aku cuma nak cari lelaki yang cantik solatnya, adabnya. Itu pun dah besar rahmat bagi aku. Aku jaga batas pergaulan aku dengan lelaki. Sepanjang hidup aku, takde pun aku bagi mana-mana lelaki sentuh aku dengan sengaja. Terlanggar tu lain cita la kan. Baru cuba-cuba nak pakai jubat dan Tudung pun biasa2 je. Tapi tak sampai lagi nak berpurdah bagai.
Kisahnya, aku kenal dia last year. Bercinta lah kisahnya. Dia budak Maahad. Selalu join event agama. Tapi lepas beberapa bulan, dia ada cakap kat aku, apa yang kita buat ni salah. Allah marah. Dia cuba ‘tinggalkan’ aku kejap. Tp bila dia tahu aku nanges, dia datang pujuk aku balik. Dia cakap ‘abang tak nak rosakkan awak (maksudnya taknak kotorkan aku bercinta sebelum kawin lah. Nak jaga hati aku daripada lagha)’. Dan dia ‘tinggalkan’ aku few times sampai lepas tu aku cuba redha dan faham apa itu ikhtilat sebenarnya. Aku tahu dia pun tengah struggle untuk ni. :'( Tapi, apa yang dia buat tu betul. Dia cuba cari redha Allah. Cuba tinggalkan benda-benda lagha ni.
Pendekkan cita, da dua bulan kitorang tak contact. Aku cuba diri aku untuk tak contact dia walau pun dalam hati Allah je tahu. Tiap-tiap hari ingat kat dia. Nak tidur bole nanges, dan kadang-kadang tak tahu tidur pukul berapa sebab tertidur lepas nanges. (Sepatutnya sebelum tidur, ingat mati, ingat Allah tapi tak. Teruknya aku.) Cuma kadang2 , aku cuba bangun dalam 4am untuk solat, Mintak tolong dengan Allah bia aku kuat, bia aku redha, mintak dengan Allah supaya aku boleh lupakan dia. Sekarang ni aku dah macam ok sikit even kadang-kadang macam rindu lah jugak.
Yang aku nampak dan yang aku belajar dari dia:
Kita mintak redha Allah dalam hubungan kita tapi kenapa pada masa yang sama kita masih buat benda yang Allah marah. Even tak wujud zina lain pun, masih wujud zina hati. Masih lagi teringatkan hamba Allah melebihi kita Ingatkan Allah.Banyaknya dosa. (Ok aku dah nanges dah ni. Tak tahu nanges sebab apa. Sebab dosa ke, sebab rindu dia ke aku pun tak tahu la). Aku ok bab akademik. bab hati dan kehidupan aku fail. sob sob..
Cuma point yang aku nak bagi tahu sebenarnya,
1. Tak kisah kita ni lelaki atau perempuan, jom lah sama-sama jauhi bercinta lepas nikah. Allah tak suka.
2. Kalau dalam hati rasa nak try2 mana-mana lelaki or perempuan, tolong lah jangan. Sebelum jadi parah, buat kita tambah dosa, baik prevent awal2.
3. Jom slow2 try berubah kearah benda baik. Insya Allah, jodoh yang baik dan benda yang baik-baik akan datang.
4. Jom la habiskan study dulu. Masa depan gak tuh kan.
Lastly, doakan aku kuat ya. Aku pun doakan sesiapa yang tengah rasa apa yang aku rasa ni kuat utk lawan perasaan tu. Doakan aku jugak boleh grad on time, untuk diri aku, family dan juga Insya Allah boleh bagi benefit untuk umat Islam. Dan untuk si dia, mungkin awak baca confession ni sbb saya tahu awak like page ni. Dan kalau awak rasa confession ni adalah pasal awak dan saya, saya cuma nak bagi tahu kat awak, terima kasih ^_^. Dan happy birthday. Terima kasih sebab banyak tunjukkan benda yang saya tak “nampak” sebelum ni. Kalau ada jodoh, kita jumpa nanti. Kirim salam dekat mak. Awak jaga diri. :)
– Miss Future
– Miss Future
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Benda susah nak struggle bila dah terbiasa.
Sakit, tp manisnya akan tiba.
Kuat!
Point no 1 tu mcm salah je.hahaaa
#sebelum
Haha
Da buat phd?power2
Ahmad Syukri hmm baca ni
point yang kau nk bagitau tu, yg no 1 tu salah… walaupun aku faham apa yg kau nk maksudkan, tapi saja ja la tgoq sbb nk tunjuk yg aku baca confession kau btul2.. heeee
1. fuyyoo.. umo 25 dah PhD
2. kenapa tak kawen je…? hurmmm..
sebab xsemua orang letakkan kahwin sebagai first goal.
Rugi lah macam tu. Dah jumpa yg elok kan. Hihi
Btl..stuju..knapa xkwen jer..pdhal kwen ag byk kbaikan nyer..rezki pon murah…mybe msih ad kekangan len kot..brsangka baik ?
Qowiyy sis.. mujahadah.. sbb 1 je REDHA Allah.. kn… huuuu… mmg akn struggle.. cinta tu sgt indah dn suci yg Allah anugerahkn pd kita,(manusia), jd jgn lah cmari dgn maksiat.. jdny cinta tu akn pudar ksucianny.. akn hilang sinar indahnya… crilah cinta yg sbnar2 cinta… ❤❤ jika kamu mcintai bunga, bunga akn layu, jika cintai manusia, mnusia akn mati.. cintai lah cinta yg abadi iaitu Allahhurabbul alamin… ❤❤ nescaya Allah akn hdirkn kita dklgan hambaNya yg juga mcintai kita krna Allah dn Rasul… masyaallah..
Maie Marmara
Awak kuat, In Shaa Allah :)
Tahniah. Moga terus kuat.
#Point1TersalahTulisRasanya
Nurul Waheeda
jauhi bercinta lps nikah? serius ke ni. ke typo
aku pun lahir 1991, confessor dah phd pehh power.
Noor Fazira Husin
Bacekan. Hahaha
malaihh!
Amy Syuhaidah
:) redha..
Good girl.. Haha ?
Perghhh,phd,okies fine…dri kita sakitkan hati kita sndiri menidakkan rasa yg kita dh mmg suka dye n kita dh lyak nk kawin,why not?,haha,sakit weyh utk mnidakkan perasaan… :’)