assalamualaikum semuaaaa

ringkas je tajuk aku. mesti ramai yg tahu kisah safiey ilyas kan? seorang maknyah yg kembali pada dirinya semula dengan SOLAT.
betul la kan org cakap solat ni dapat menjauhkan kita dari perbuatan mungkar.

cerita aku macam ni. aku tak solat. dlu aku solat. tp skg aku da lama tinggal solat. aku pada asasnya seorang yang tahu juga hukum hakam agama. tahu mengaji. tahu tajwid sbb belajar dalam kelas tilawah kt u dlu. masa study, aku solat. tp on off jgk. tp xpernah tinggal lama la solat tu. lepas habis study, lepas kahwin, aku tinggal solat. suami da bising banyak2 kali. tegur secara kasar, lembut, perli, sindir. semua dia da buat. tp aku masih macam itu jgk.

jujurnya, dalam hati ni dah lama terdetik nak solat. bila merenung awan nan putih, teringat segala nikmat yg Allah beri. sampai menitis2 air mata sbb rasa malu teramat pd Allah. tp sampai situ jela. tak juga aku cari tikar sembahyang tu.

pernah aku benazar, kalau aku mengandung, aku akan mula solat. alhamdulillah. Allah beri aku peluang untuk mengandung. suami aku da bising ingatkan tentang nazar aku tu. aku masih tertangguh2. tak buat jgk. tp kandungan aku tak lama. suami aku asyik ingatkan aku tntg nazar aku. dia cakap mungkin tu juga sbb Allah tarik balik kandungan aku. aku diam kan aje. dalam hati, penyesalan datang bertimpa-timpa.

sampailah kisah safiey ilyas ni. sangat2 menarik hati aku. sangat2 terkesan di jiwa aku. seorang manusia yang sudah pun mengubah beberapa bahagian di tubuhnya untuk menjadi orang lain BERUBAH ke arah kebaikan disebabkan oleh SOLAT. jiwa aku mula memberontak. di antara kedegilan dan kepatuhan. setiap hari mesti terdetik di hati ingin solat. tp nafsu dan hasutan syaitan masih menghalang.

sehinggalah suatu hari, aku dapat tahu, kawan aku pregnant. yang mana kawan aku ni sebelum ni ada berbuat sesuatu yg tidak baik di belakang husband dia. hati aku terdetik, “tak adilnya. kenapa senang dia pregnant? sedangkan perbuatan dia sebelum ni sangat jahat”. Allahurabbi. malu aku kalau ingat balik.

tak lama lepas tu, aku pula yg diberikan peluang sekali lagi untuk pregnant. lagilah hati aku rs bersalah krn pernah mempersoalkan takdir tuhan. atas rasa bersalah itu, aku mula solat. aku mula cari telekung. aku bawak makeup remover ke office. bawak beg make up ke office. tak mahu ada alasan aku tak solat di office lagi. sekali lagi rasa bersalah dan malu aku pada tuhan menebal bila mana aku dapat tahu, kawan aku sebenarnya tak pregnant pun. dia cuma ada masalah dengan kitaran haid dia pada bulan ni. ya Allah. ampun kan aku. aku terdetik dengan prasangka buruk padaMu.

cerita aku macam ini lah. aku harap solat aku ini akan membawa aku kepada kebaikan. mengubah aku menjadi orang yg lebih baik seperti mana safiey digrooming Allah kerana solatnya.

aku teringin sangat nak ucapkan terima kasih pada safiey. sekurang-kurangnya dgn cerita2 dia, dgn kisah hidup dia, Allah telah mengubah hati ku untuk terus sujud kepadaNya.

Tolong doakan aku istiqomah dalam solat aku.

– no name

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

iiumc.com/submit

One comment

  1. Sekurang kurangnya sis ada suami yang jadi iman sepanjang masa sis kat rumah. Zohor & asar je kat ofis buat sendiri.jd 3 masa yg lain dah ada pahala berjemaah. Allah counts all your good deeds ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *