Apa kurangnya aku??

Aku gadis berusia 28 tahun dan masih belum berkahwin..aku mempunyai masalah rendah diri yang melampau kerana rupa luaran aku yang sangat berjerawat dan berkulit gelap..dah bermacam produk aku pakai tapi jerawat dimuka ni tak pernah berkurang..makin bertambah adalah…dari umur aku berbelas tahun sampai sekarang…saudara mara kawan2 aku semua flawless.. Nak tumbuh jerawat sebiji setahun pun susah…

Sebab tu aku selalu asingkan diri bila ada perjumpaan keluarga atau kawan2…aku buat2 tidur,duduk dalam bilik buat hal sendiri..aku nk bergaul tapi aku rasa malu sangat..diorang cantik tak macam aku..

Sampai sekarang takda lelaki nak kat aku sebab muka aku..mula2 aku rasa biasa je, lama2 aku rasa macam kenapa aku? Ada sekali kawan aku cakap,aku teringin ada jerawat..time tu aku rasa nak gores je muka dia takpun picit jerawat aku biar kena dia..

Hina sangat ke berjerawat? Aku dah ikhtiar bermacam cara tapi tak pernah surut jerawat ni..dah beratus produk muka,beribu ringgit habis duit tapi tetap macamtu..aku harap aku jumpa hikmah sebalik semua ni..kalau tak,sampai bila2 aku rasa rendah diri dan taknak bergaul dengan orang..

– miss N

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

iiumc.com/submit

24 Comments

  1. try pakai furaiha skincare. Saya sebelum ni pun ada problem yang sama tapi sejak pakai furaiha, muka dah bertambah elok, jerawat pun dah kurang naik :)

  2. better awk terus gi jmpa dr kulit.kulit sy pun teruk dulu,penuh jerawat.lepas dh mkn ubat yg dr tu bg,pimples start kecut.then dh kurg n pimples mati,baru proceed cari skincare yg sesuai utk kulit.

  3. Jumpa dr pakar kulit. Lps dah sembuh pakai produk yg sesuai dgn kulit awk. Nt buat skin analisis utk tahu type skin awk supaya senang cr produk yg sesuai. Paling penting, guna produk yg ad kelulusan KKM. All the best!

  4. Bab jerawat ni, punca dari makanan, cara penjagaan….dan mgkin awak xsdar ada mknn yg awak alergik…klu awak baca komen sy ni, meh sy tunjuk cara…sy xmnjual produk kecantikan/kesihatan, tp sy boleh tnjuk jalan mcm mana nk bantu awak tu..byk sgt kaedahnya..dan peecayalah, ada kmhuan, ada jalan. :) klu awak sudi nk berbual2 la kan…klu x, ok je..kita sama2 bantu utk dptkan hdup yg lbh baik.

  5. P jer klinik kulit, doc akn bg antibiotics. Insyaallah.. plus ubat doctor xmhai mcm brand2 local. Tlg jgn try local products dlu mostly mmg akn bt kulit lg teruk. Sekian

  6. Minum air banyak. Kasi kerap peluh,kerap kencing. Serius aku jenis tak suka minum air. Kebelakangan ni aku kerap minum air sebab panas n tak berapa sihat,jerawat tak berapa nak naik. Pemakanan kau pun kena jaga. Tu pun penyumbang jerawat naik merenik-renik dekat muka. Btw kau gi check dekat pakar kulit apa masalah kau. Kalau kau ada resdung,buat rawatan resdung. Jangan pakai dah sebarang produk kecantikan kulit,nanti lagi teruk muka kau sebab kau pun dah ambil tindakan yg salah dengan mencuba pelbagai produk sebelum ni. Dan lagi satu,banyak sabar. Proses sembuh ni ambil masa lama,bukan sebulan dah nampak hasil yang ketara macam kebanyakan produk2 kecantikan di pasaran. All the best.

  7. Saye pon macam tuh jugak. Puas dah cari skincare yg sesuai,tp xde efek pon. Last2, scrub dengan baking soda je. Seyes jerawat jd kecut, cume sekarang nak hilang kan parut jela. try la awak. Goodluck.

  8. Sis yg pndg hina diri sendri… cousin n kawan sy jnis masalh kulit yg teruk jugak, bekas jrwat lagi tp dye full of confident… orang pun snang dekat… pergi mana2 okay jer… yg pntg pndai bawak diri.. klau jnis kulit snsitif jgn guna sembrngn produk dipasaran @ jmpa pakar terus.. kadang2 faktor resdung juga..

  9. Pergi klinik, minta antibiotik sbb kulit berjerawat. Lepas tu dh kurang, jaga makan. Jgn mkn mende2 minyak.. Bykkan minum air buah yg blend sendiri. Bykkan makan sayur.. Minum lemon campur air suam pagi2.. Makan vit c utk kolagen.. Apa pun, kene konsisten..xmo kejab buat, kejab xbuat..

    Aih, sy yg lelaki ni pon tahu. Haa. Pengalaman dulu.. Ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *