Bolehlah Aku Nak Jadi Perdana Menteri

Tngok title kat atas korang rasa apa?Ingat tak dulu masa sekolah rendah cikgu tanya”Apakah cita-cita kamu semua?”Mcm2 jwpn common yg dengar.”Saya nak jadi peguam”Saya nak jadi Bomba”Saya nak jadi askar” dan nak jadi Perdana Menteri tak terkecuali.Masa tu aku lupa aku jawab nak jadi apa.Tapi sekarang(form 5) bila aku termenung sorang2 pikir hala tuju dngn krjaya rasa mcm nak jadi Perdana Menteri.Kenapa?Sbb aku nak tolong orang.Sejak beberapa tahun ni ramai yang mengeluh tak cukup duit nak beli keperluan apatah lagi nak beli kemahuan.Tambah2 lagi pelaksanaan GST buatkan orng yg gaji rm3000 rasa mcm rm1000 je.Cepat je habis bila time gaji bayar tu bayar ni.Ni yg gaji rm3000,kalau rm900 tu?Semua bnda skrng ni mahal.Dh banyak kita tngok dkt fb page-page popular share cerita2 sedih orng sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit walaupun nilai dan keuntungan sikit sngt.Ada yg sanggup tebalkan muka,buat krja-krja 3D(tahu kan maksudnya?) demi nak sara keluarga.Dari segi pendidikan pulak sekarang makin serabut.Sekejap mcm ni sekejap mcm tu.Ingat cikgu2 ni robot ke?.Aku ingat lagi masa PT3 jadi first batch awal tahun kata xde PMR cuma buat PBS je pastu pertengahan tahun kata ada pulak nama PBSMR pastu nk dekat exam PT3 dan skema soalan pun blur2.Tahun lepas untuk exam bio,kimia,fizik kertas 3 buat eksperimen tak buat dh PEKA.Lepas mid exam kerajaan kata kertas 3 yg buat eksperimen tu ditangguhkan kena buat PEKA sbb alasannya bagi masa sekolah sediakan alat dengan radas dengan cukup.Tahun ni kata kena lulus 3 subjek BM,Bi sejarah baru dapat sijil tup tup tangguh pulak BI.BM dngn sejarah saja lulus baru dpt sijil.Nmpk tak dkt situ.Ingat batch1999 bahan uji kaji ke?Kami dh penat.Sekejap mcm tu sekejap mcm ni.Pernah tak kerajaan tnya murid2 dngn guru tntng sistem pendidikan ni menyusahkan ke tak?Ditambah pulak dngn KBAT(Kemahiran beefikir aras tinggi) darjah 1 pun ada.Ada sekali haritu tngh scroll fb ada sorang mak ni snap latihan math anak dia share dkt wall tnya mcm mna nak jawab soalan tu.Aku tngok pun tak tahu nak jawab mcm mna.Rata2 komen semua x tahu.Kalau soalan darjah satu selalunya bila lepas kira jawapan x pyh tngok jwpn belakang dh sbb confirm betul dh kalau ajar anak,tapi sekarang wajib tngok nnti kata ayah ajar salah.Tak tahu la apa akan jadi dengan masa akan datang ni pulak.So aku nak tnya soalan ni mungkin orng kata x betul,gila,merepek je tapi nak tnya jugak kot2 ada jalan.Mcm mana nak jadi Perdana Menteri?Mcm mna nak masuk dalam dunia politik ni?(Aku rasa mcm orng bodoh tnya soalan ni tapi aku tak kisah sbb takda siapa lagi yg prnh tnya soalan mcm ni)(Minta maaf kalau ayat berterabur)

– Mr Secret

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hahahaha tak payah la nak jadi PM .

    Saidina Ali r.a pernah berkata, “pemerintah cerminan rakyat .”

    Maksudnya, jika rakyat itu baik maka mereka akan dapat pemerintah yang baik .

    Jika pemerintah itu zalim, puncanya disebabkan rakyat yang zalim .

    Kerana, pemerintah dipilih dari kalangan rakyat . Kena pulak dipilih melalui demokrasi seperti Malaysia ni .

    Tengok menteri sahaja pun dah cukup . Ia sudah mencerminkan mentaliti sesuatu kawasan DUN atau parlimen yang dia pegang .

    Zaman Umar al-Khattab, dapat rakyat seperti Ali r.a . Bila Ali r.a jadi khalifah, dapat pulak rakyat carca marba . Lepas tuh, Ali r.a dituduh zalim .

    Kalau satu kampung jenis suka lepak sembang kedai kopi, memang dapat lah YB jenis pandai sembang dan pandai janji .

    Rakyat Malaysia suka membazir . Tengok la sehari berapa ratus tan makanan yang dibuang . Memang dapat lah pemerintah yang suka membazir dan boros .

    Aku taknak salahkan sesiapa . Mari kita sama-sama muhasabah diri . Benda yang besar berlaku berpunca dari hal-hal yang kecil .

    Kalau kita tak mula untuk mengubah diri kita, sampai bila-bila perkara yang besar tidak akan dapat diubah .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *