Akukah Syaitan Specky???

Cerita bermula 7 tahun yang lepas. Aku berkawen dengan usia yang muda, habis belajar ja terus kawen. Bagi aku takde masalah pun, sebab aku memang dah sedia nak kawen. Solat istikarah plus perbincangan dengan keluarga semua dah buat.. Pilihan untuk kawen memang sahih and akhirnya berkahwen lah tanpa ragu2..
Aku hanya menceritakan kisah hidup aku tanpa menceritakan kisah suami aku kerana aku tidak hendak membuka aib suami aku. Biarlah aku buka aib aku agar dapat menjadi pedoman or pengajaran kepada pasangan suami isteri di luar sana.

Sepanjang perkahwinan aku, kami ok sahaja. Kami jarang bergaduh. Sebab aku mengamalkan SABAR and TOLAK ANSUR dalam rumah tangga. Aku jenis tak kisah mengenai hal remeh temeh yang berlaku. Semua aku buat sendiri and aku jarang merajuk. Boleh dikatakan, suami aku sentiasa bersyukur dengan adanya aku di sisi dia. Bagi dia, aku jarang menyusahkan dia.

Kami juga mengamalkan solat berjemaah bersama kalau ada kelapangan. Maghrib or isyak kami akan berjemaah bersama di rumah. Maybe takdelah istiqamah. Tapi kami adalah lakukan solat berjemaah bersama.
Semua rumah tangga ada ujian yang diberikan oleh ALLAH. Bagi kami, ujian rumah tangga kami adalah kami tidak dikurniakan zuriat. Pelbagai usaha kami lakukan. Jumpa pakar perubatan untuk menyelesaikan masalah kesihatan kami. Hasilnya……

Aku menjalani Rawatan kesuburan dan aku juga menjalani IVF sebanyak 2 kali. Tapi hasilnya gagal juga. Doktor amat pelik dengan apa yang berlaku kepada aku. Pakar perubatan biasalah, pelbagai ujian dilakukan kepada aku. Aku tidak pernah putus asa. Aku buat sahaja dengan disokong oleh suami aku. Aku telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali untuk membetulkan apa-apa yang patut atas nasihat doktor. Aku redha and buat sahaja asalkan aku berusaha untuk mendapatkan zuriat. Hasilnya masih juga hampa walaupun doktor dah sahkan aku subur and boleh mengandung seperti biasa. Sampai ke satu tahap kami amik keputusan untuk tidak buat apa-apa dan terima sahaja apa yang terjadi.

Masyarakat sekeliling?? Of course lah macam-macam yang cakap..Cthnya;
-Korang ni dah chek ka sapa yang subur? Chek lah, manalah tahu korang ada masalah ka apa?
-Korang ni tak usaha ka? Usahalah sikit. Kalau susah dapat zuriat ni kene usaha sikit. Tak boleh tunggu lama-lama. Usia korang pun bukan muda lagi.
-Korang ni macam relax ja aku tengok.. Korang memang tak nak ada anak ka?? Ada anak ni baru namanya suami isteri.. Ni aku tengok korang macam couple je lagi ni.. Usaha lah sikit..
-Laaaa. Ko takde anak lagi ka?? Ko tau tak, Si Leman tu, sama kawen ngan ko kan.. Anak dia dah ada 4 org dah. Bahagia aku tengok dorang.
-Korang ni biar betul, asyik melancong luar negara je pi holiday, simpan lah duit buat IVF ka apa. Duit tu kene simpan.. Bukan murah pun buat IVF tu.. Nak ada anak kene usaha. Jangan asyik enjoy ja…
-And bermacam-macam lagi lah kata-kata yang aku terima. Ni sebahagian je ni.. Kalau nak tulis, sampai berhelai-helai kot.

Apa tindakan aku lepas aku dengar benda-benda ni, Tipsnya adalah;
• Kita kena cool.. Jangan cepat melenting. Kita boleh balas dengan lemah lembut, cthnya; Doakan lah kami ya, manalah tahu korang doa, makbul kot. Tolong doakan ya.
• Hati memang mendidih, tapi just sematkan dalam hati, orang diluar sana tak tahu apa yang anda telah lakukan. Anggap dorang tak tahu, and dorang ambil berat dengan bertanya and memberikan kata-kata semangat. So, terima ja dengan hati terbuka. Dengan erti kata lain SABAR and maintain rasa tak puas hati tu jangan tunjukkan rasa tak puas hati tu.
• Sentiasa berfikiran positif and senyum ja. Muka kita pun nampak manis and awet muda gitu.. Jangan stress2..
Aku rasa pasangan yang tidak mempunyai zuriat maybe akan memahami perasaannya dan mungkin dorang pernah mengalami benda-benda sebegini. Sebab keadaan nya tidak tergambar dengan fizikal kita, semua ni memerlukan emosi yag kuat and tahap keimanan yang kuat. Lagi-lagi si isteri.. sebab suami ni selalu relax ja..

Nasihat untuk orang luar;
• Tolong lah jaga perasaan suami isteri yang masih tidak mempunyai zuriat kerana kebanyakkan mereka amat fragile. Tindakan paling bijak korang boleh lakukan, sedekah doa untuk mereka dikurniakan zuriat. Aku rasa itu adalah paling baik.

Apabila aku muhasabah diri, and terpikir kembali.
Apa kesilapan yang aku lakukan dalam ujian tidak mempunyai zuriat ini???
• Aku jarang berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan zuriat. Bukan aku tak berdoa, aku berdoa tapi bagi aku, maybe aku tidak cukup berdoa.
• Aku juga jarang berzikir… Aku berzikir hanya lepas solat.. itu pun aku buat 3-5 kali sahaja berzikir, bukannya 100X or lebih dari itu. Lepas solat, aku lebih suka membuang masa menonton TV and tido.
• Aku tidak mengamalkan puasa sunat. Aku hanya puasa di bulan Ramadhan sahaja.
• Aku tidak tahajud malam. Aku buat solat tahajud bila ada mood ja. Bukan tak buat langsung, aku buat tapi tak istaqamah.
• Aku jarang baca al quran. Aku selalu baca surah Yassin ja masa malam jumaat.
• Aku juga jarang bersedekah. Aku hanya bersedekah bila orang minta ja. Tapi nak inisiatif sendiri keluar duit sendiri untuk derma aku rasa memang jaranglah buat or tak pernah kot.
• Aku juga tak bayar zakat pendapatan.. Aku memang agak cetek agama sikit. Aku terpikir nak bayar zakat pendapatan after 4 tahun aku dah kerja.. Itupun aku baru tahu dekat rancangan Al-Kuliyyah mengenai pentingnya bayar zakat pendapatan dalam menyucikan pendapatan kita.
Solusinya; aku pergi pejabat zakat sendiri, aku explain semua nya dekat uztaz tu.. uztaz tuk kira kan untuk saya. Saya pun bayarlah segala tunggakkan zakat dekat Lembaga zakat tersebut.

Kesimpulannya;
Kepada siapa yang mengalami masalah mempunyai zuriat sendiri, cubalah bersangka baik dengan apa yang berlaku. Cuba muhasabah diri, and audit diri anda. Lihat diri anda, apa kurangnya anda disisi ALLAH. Tapi yang penting JANGAN PUTUS ASA.

Maybe anda akan terpikir, orang lain tak jadi baik pun, tak yah pun solat semua. Anak berderet-deret ja saya tengok. Ini tidak ADIL!!! Kita jangan pikir macam tu..

Apa yang aku amalkan;
Just anggap, maybe ALLAH anggap kita special, ALLAH tak mahu kita melahirkan zuriat kita dalam keaadaan diri kita tak terurus.. Dalam keaadan emosi kita lemah.. Dalam keaadan kita fragile.. Dalam keaadaan kita masih hanyut di dunia yang penuh dengan pelbagai dosa.. or just belum masanya lagi kita untuk mempunyai zuriat sendiri..Sebab, ALLAH maha MENGETAHUI apa yang terbaik untuk setiap umatnya. Setiap umatnya unik and hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang tersembunyi, apa yang ghaib, and apa yang berlaku pada masa akan datang..
Kita just kena… Sentiasa BERSANGKA BAIK sahaja and sekali lagi SABAR..

Tipulah aku cakap aku tak fragile… Kadang-kadang aku fragile.. Cthnya;
• Aku pernah ke personal kaunseling di hospital untuk sesi luahan…
• Aku pernah kadang-kadang rasa macam nak terjun bangunan rumah aku bila terdengar bisikan di telinga aku…
• Aku pernah menangis teresak-esak sorang-sorang dalam bilik kerana lemahnya emosi aku dalam tangani masalah..
• Aku mengalami kemurungan atas kesan sampingan ubat kesuburan yang aku amik..
• Aku mengalami cirit birit berpanjangan sampai menjejaskan kesihatan aku setelah mengalami tekanan yang agak melampau selepas mengambil ubat kesuburan..

And bermacam-macam lagi masalah yang aku alami kerana gagalnya aku mengawal emosi aku, lemah nya emosi aku and akhirnya menggangu keimanan aku terhadap ALLAH.

Tetapi, Alhamdullilah aku jenis cepat tersedar, so, aku selalu bangkit kembali kerana aku tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu aku.. Selalu keaadaan fragile aku adalah ketika aku uzur. Masa itu, emosi aku memang agak lemah.

Aku jugak tidak pernah meroyan tak tentu pasal di fb or social media yang lain.. Aku kalau dalam kesusahan or fragile, aku selalu cool jer.. aku lebih banyak membuat pendekatan mendiamkan diri or buat tak tahu sahaja.

Nasihat aku; ketika kita uzurlah banyakkanlah berzikir and beristifar. Biarkanlah mulut kita sentiasa bergerak menyebutkan kalimah allah. Itu yang aku tak pernah buat pada zaman fragile aku..

So, aku seru pada semua pembaca, tolonglah berzikir and istifar pada masa kelapangan.. Kerana bagi aku, itulah ubat bagi segala jenis penyakit terutama penyakit lemahnya emosi and penyakit HATI. Insyallah jika diizinkan ALLAH.

Kesimpulannya adalah… Yes!!! Aku memang lemah emosi pada suatu ketika dahulu. Kebanyakkan wanita yang tidak mempunyai zuriat lagi op kos lah akan rasa rendah diri and rasa macam tak sempurna di mata masyarakat.. Masyarakat ramai akan pandang serong and mencari kesalahan tak dapat zuriat pada pasangan suami isteri tersebut. Adalah jelah dorang tak puas hati..

Apa-apa pun. Kekusutan hidup aku and lemahnya emosi aku ini jadi lebih mencabar selepas ini.. kekusutan ini hanya secebis sahaja daripada masalah aku. So, korang teruskanlah membaca tau.. Aku akan sambung nanti lagi…..

——BERSAMBUNG——-

– Cahaya

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

iiumc.com/submit

12 Comments

  1. saudara sy 7thn kawin xdpt anak,sorg ustaz suruh dia n wife baca surah yasin 7 kali sama2.alhamdulillah,dgn izin Allah dpt anak..tryla buat.

  2. betul ckp juraini tu.sebenarnya.. adakah utk mempunyai anak utk membuktikan kpd org lain.. atau utk merasakan sempurna alam rumahtangga ataupun kerana Allah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *