Salam admin. Tq sebab approve. Aku tertarik untuk buat pengakuan ni bila terbaca pasal satu pengakuan juga, kes yang sama tapi dia dah jadi jauh lebih baik dari aku. Aku bukan pelajar UIA, namun aku bekas pelajar SMKA dan latar belakang agama aku juga agak bagus. Aku tidak pernah kekurangan dari segi ilmu solat, adab dan akhlak kerana ibuabah sangat menekankan perkara tu sejak kecil. Aku yakin, hal ini berpunca dari ku sendiri, aku kalah dengan nafsu sendiri.
Hal ni bermula dari kecil, aku tak ingat umur berapa tapi yang pastinya sama ada dari darjah 2 atau 3. Masa tu, ibu abah takde kat rumah, kawan abang datang rumah katanya nak tengok filem tetapi yang peliknya depa suruh aku masuk bilik, jangan keluar sampai depa panggil keluar. Aku ikut saja kata depa, tapi dari dalam aku mengintai dari celah tingkap tepi pintu. Rupanya depa tengok filem lucah. Abang tengok sekerat jalan ja, pastu abang suruh kawan dia balik, dia takut. Aku sejak itu, aku faham maksud lucah apa dan aku mula masturbate tapi masa tu aku tak tahu pun masturbate tu apa, dan tak tahu pun yang aku buat tu salah. Yang aku tahu, masa buat tu rasa dia best. Aku siap ‘TER’ajak adik aku buat sekali tapi syukur sangat dia kata tak best, aku buat benda pelik. Benda ni berlanjutan sampai aku tingkatan 1, awal tingkatan 1 sebab kantoi dengan ibu. Memang kena tarbiah kaw-kaw punya. Tapi masa tu, aku teruskan lagi dalam sembunyi. Sekarang ni, aku tahu apa yang aku buat tu salah tapi everytime aku buat, aku rasa aku jahat, aku berdosa besar then aku solat taubat. Solat taubat but then kalah lagi dengan nafsu. Solat taubat lagi, but then again…. sampailah ke bulan lepas. (Aku sekarang berumur 23 tahun). Ya, bulan lepas. Baru lagi, aku masih merangkak(mungkin meniarap lagi sesuai) tapi serius mahu bertaubat. Dalam masa aku melawan nafsu, kadang-kadang sampai terbawa-bawa dalam mimpi, dimainkan adegan-adegan tersebut. Yang peliknya, bila terjaga, aku ingat satu-persatu adegan tersebut, masa tu lah iman paling menguji. Even semalam pun, termimpi bagai nak rak, bila bangun aku tanya diri aku sendiri, aku buat ke tak tadi lepas mimpi. Sebab bila mimpi adegan tu, akan termimpi juga yang aku masturbate. Tapi alhamdulillah, tak. Aku takut, takut sangat segala solat, doa aku tak diterima sebab benda ni. Susahnya lawan benda ni Ya Allah, Allah je tahu. Layak ke aku untuk cakap macam ni?
Aku ingat, dalam dunia ni, aku je macam ni. Munafik. Kat luar baik, semua orang cakap aku baik, tapi kat dalam? Dengan kuasa Allah, aku terlindung dari pandangan-pandangan jelik orang ramai. Allah tutup aib aku, tapi macam ni yang aku balas kat Allah?
Adakah aku salahkan abang aku, sebab dia aku terKenal benda ni. Ya. Dulu. Tapi sekarang tak, semuanya atas aku. Aku tahu baik buruk sesuatu benda tu, tapi aku buat juga. At least, abang aku dah bertaubat. Sekarang zaman IT, kemudahan untuk teroka smua benda termasuk filem2 lucah sangatlah mudah. Aku takut. Aku takut dengan diri-sendiri, aku bimbang dengan adik-adikku. Aku taknak depa pun terjebak sekali.
Tolong doakan aku dengan orang-orang seperti aku. Kami mahu berhenti tapi percaya lah, sangat susah untuk berhenti.
Dan untuk ibu bapa pada anak muda atau yang bakal bergelar ibu bapa, tolong lah kawal pergerakan anak-anak, tak kiralah kat luar rumah atau didalam rumah. Kalau kat rumah, depa berkurung dalam bilik, kunci pintu, tolong periksa. Ada yang tak kena. Check juga laptop dan handphone mereka, saya merayu sangat. Jangan biarkan anak-anak anda bebas dengan teknologi. Kalau boleh, jangan beri handphone pada mereka pada usia yang muda. Saya merayu.
Tolong doakan saya.
– Cik D
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->