Derhaka kah aku?

Salam Admin dan semua pembaca,

Minta anonymous. Terima kasih.

Aku punya ibu bapa. Punya adik beradik. Umur 24, sedang belajar, lelaki. Tapi aku jauh dari mereka.

Ibu bapa aku, dari aku kecil selalu mempersendakan aku. Aku tak cukup pandai, banding2kan dengan anak orang, padahal aku tengah buat degree, masih lagi teruk di muka mereka kerana mereka bandingkan dengan anak orang yang pergi oversea.

Ibu bapa aku, tak pernah mendidik dari kecil. Aku tak pernah ingat dia suruh solat, atau membaca al-quran, puasa sekali sekala. Aku belajar semua sendiri waktu diploma, lepas malu dengan roomate sebab aku tak reti solat betul, baca quran merangkak rangkak. Even yasin pun aku bunyi2kan mulut je setiap khamis.

Ibubapa aku, selalu cakap kata kata kesat pada aku. Aku anak sial, disebabkan aku mereka tak berjaya (tapi hidup senang sahaja), aku menyemak dirumah (bila balik cuti sem). Aku punya 4 beradik. Aku tengok mereka pun dilayan sama. Sampaikan kakak aku, duduk uni taknak balik. Dah kahwin baru okay sikit. Adik adik aku masih di sekolah, tapi sudah pandai hisap rokok, tidak solat (sebab tak diajar).

Aku selalu bergaduh dengan ibubapa aku. Kadang2 benda kecil seperti remote tv tak jumpa pun, aku di panggil anak bodoh. Bukan itu sahaja, macam2 nama aku kena. Paling terkesan, ibu aku pernah kata, dia taknak pun anak anak kalau tahu semua anak perangai camni. “Camni” tu maksudnya, anak yang suka bergaduh.

Pernah gaduh teruk, aku tanya ibu aku. Kenapa tak pernah ajar solat? Aku kena tampar. Bapa aku ambil penyapu dan libas aku sekuat kuatnya. Tapi, pedih badan tu aku tak rasa pun, pedih hati kuat lagi. Sampai satu tahap, aku malas nak balik rumah. Aku sewa rumah sendiri di luar, balik hujung minggu sahaja (tapi masih bergaduh) sehingga setahun lepas, aku tak balik langsung.

Sekarang, adik adik aku hantar mesej2 perli yang aku anak derhaka semua. Ibubapa aku, ntah camne sanjung adik2 aku yang tak solat, yang hisap rokok belum habis sekolah, yang keluar malam2 merempit. Mereka mula hantar whatsapp perli dengan ayat ayat pedih mengatakan aku anak derhaka dengan ibubapa aku. Tapi ibubapa aku, sekali pun tak ada cari aku.

Setiap hari aku doa, sejak keluar rumah supaya ibubapa aku lembut hati. Supaya aku diberi kekuatan, hadap mereka sebagai ibubapa. Sebab memang syurga bawah mereka. Sekali sekala aku drive depan rumah, ingat nak berhenti tapi tak lalu hati. Aku drive terus je, menangis. Aku, lelaki. Menangis. Aku derhaka kah? Dengan mereka?

Nak duduk rumah itu, aku tak sanggup lagi. Dipanggil anak tak guna, dipanggil panggilan keji. Sungguh, yang aku taip dalam ini, sudah dibersihkan, kalau aku tulis betul2 apa mereka kata, admin delete pulak nanti. Nak jauh dari mereka, kadang hati rindu. Bila kenangkan balik, sedih. Aku tak pernah cukup baik untuk mereka.

Derhaka kah aku?

– S

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Jgn bersedih, anggap ni ujian utk kau. Kau tak derhaka pon. Ignore je lah sms adik² kau. Semoga confessor sentiasa kuat menjalani ujian dari Nya.

  2. Mohon bertabah. Mungkin sampai satu masa bila ibubapa rasa kehilangan/ketiadaan hang baru mereka sedar. Tiap kali selepas solat doakan depa. Belajar agama (solat, mengaji, etc) tu fardhu ain. Perbaiki mana yang patut. Insha-Allah dipermudahkan. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *