Muslimah adalah takrifan kepada wanita yang beragama Islam. Ia tidak bermaksud wanita yang beragama Islam dan bertudung labuh sampai lutut, berniqab, justeru, itu masyarakat kena faham. Zaman sekarang muncul beberapa golongan secara mendadak naik, golongan yang berniqab. Sebahagian (tidak semua) daripada mereka ini punyai kelompok mereka sendiri.
Pseudo bermaksud palsu, kemudian apa yang palsunya? Palsunya adalah pakaian mereka adalah terlampau untuk menggambarkan mereka ini muslimah (tanpa menilai niat) namun perangai, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Muslimahkah berselfie dengan gaya gedik di FB, insta dan lain-lain? Muslimahkah bermesej dengan lelaki bukan mahram tanpa batas, “Ustaz, ana sedih, boloeh tolong ana? Ana perlukan tempat meluah”. Itukah muslimah?
Jangan rosakkan gelaran ‘muslimah’, jadilah muslimah sejati. Muslimah jadian elakkan. Beragamalah dan fahami benar-benar. Jangan terlalu asik dengan romantisme. Bermanja-manja dengan cerita cinta, bayang seperti dalam aktor, “oh, andai dia jadi suamaiku!”, hey, dia pun berlakonlah.
Duhai muslimah, berniqablah, berlabuhlah tudung kamu, tiada masalah, perangai dan akhlak jaga baik-baik. Kalau berjalan sederet sampaikan orang berlakang terpaksa membontot tak boleh melintas anda, ini bukan akhlak yang setara dengan pakaian kamu. Terima kasih.
– ‘Abidah
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->