Salam semua, saya seorang pelajar dan ibu kepada 2 orang anak. Saya terpanggil untuk menceritakan pengalaman bagaimana saya mula bertudung. Saya merasa sedih melihat para wanita yang tidak menutup rambut mereka. Berdoa moga beroleh kesempatan waktu untuk berubah. Saya dahulu juga seorang yang jahil, sampai ke awal tahun pengajian semasa mengambil degree saya masih freehair, baju melekat2. Keluar skirt pendek tiada masalah. Kawan Lelaki memang tiada masalah bertepuk tampar. Pendek kata sebenarnya tiada rasa hormat mereka pada saya.
Ketika anak sulung saya mula sekolah tadika, pada waktu itu saya mengambilnya pulang dari sekolah. Anak saya menangis tiba2. Saya fikir mungkin dia bergaduh dengan rakannya, atau dimarah guru.
Anak saya pegang tangan saya, ‘mama, ica tak nak mama masuk neraka. Ica takut Allah marah mama. ica sayang mama, ica taknak mama sakit kena pukul ‘
Saya tergamam dengan ayat itu, terus air mata berguguran. Bagaimana anak sekecil itu lebih tahu bagaimana rasa takut terhadap perintah Allah. Saya rasa malu sangat pada masa sama, saya bersalah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak2 .. Saya harap wanita muslim semua, berubahla sementara masih ada masa
– saling menegur
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Maaf, sy nk perbetulkn sikit..bkn mnutup rambut tp mnutup aurat..kalo kte tgk keadaan skrg mmg rmai tutup rambut, hakikatnya hnt balut kpla..seharusnya sbgai umat Islam, kita harus mnutup aurat from top to toe for muslimah except our face and palm..bpe rmai hari ni kte tgk org pompuan, ‘tutup rambut’ tp bhgian lain x tutup? Pkai pkaian ketat, jarang, tudung x mnepati syariah..so bnda2 ni kte perlu ubah..lakukn plahan2, niatkn krna Allah..sama2 kita berubah