Assalamualaikum.
Tolong aku. Aku sekarang ni sangat dilemma sama ada nak kerja kerajaan atau swasta. Currently, aku bekerja di sebuah syarikat swasta. Gaji lebih kurang RM 3000 termasuk elaun semua. Masa cuti hari pekerja baru2 ni, aku pulang ke kampung dan bercerita tentang kawan2 yang sudah dapat posting di kerajaan. Muka mak aku sangat2 gembira bila dengar tentang kerja di hospital kerajaan. Aku jadi dilemma sangat sebab scope kerja di hospital kerajaan sangatlah berbeza dengan scope kerja aku sekarang. Bila aku fikir tentang parents, aku rasa aku patut ikut keinginan mereka. Tapi bila kadang2 fikir2 balik, aku tak minat pulak kerja hospital.
Tolonglah aku. Aku dilemma. Aku perempuan dan bakal berkahwin awal 2017. Bila orang tanya apa benefit kerja kerajaan? Aku tak tahu. Yang aku tahu gaji tinggi lah dari swasta ni. Kalau sesiapa ada pengalaman kerja di hospital kerajaan atau any syarikat swasta, share lah dengan aku apa pros and cons dua2 ni. Aku rasa berat hati bila fikir tentang keinginan parents.
– Me
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
1. Dah apply ke belum govement?
2. Berapa % yg kau confident akan dapat kerja government selepas apply?
3. Kau tau tak statistik peratusan orang yang layak dapat kerja goverment dekat malaysia ni, tanpa bantuan org dalam?
Pendapat aku, kau apply dulu. Dah apply dh dapat offer baru la time tu ko istikharah nak pilih swasta or government. Bukan aku nak condemn kau, bersyukurlah dengan kerja kau sekarang dengan gaji yang jauh lg sedap dari gaji aku ni walau kita sama2 dalam sektor swasta, dua2 ada pros and cons. Lantak lah ape mak ayah org kampung nak kata, yang susah payah lap peluh kerja kita, asalkan berkat dan halal. Kau kerja goverment gaji 7,8k, tapi pukul 12 da gelabah tutup kaunter nak p rehat, tak berkat jugak kan? Tepuk dada kekuat, tanya hati.
Aku undi swasta..hahaha,sbb aku kadang2 pns je dgn gomen ni..meeting je belambak rancang itu ini bajet gila babi tp keje mcm xpadan..tp ni bkn semua la..hehehe
Betul2.. Apply dulu, dapat offer nnt baru la nak bincang ngan parents dan istikharah semua. Sy skrg keje swasta. Dulu penah keje sambilan gomen kejap. Rasa tenang sbb buat keje admin wpun gaji sikit kepala kurang serabut. Tp serabut yg lain sbb kos kehidupan. Hehe. Skrg adik beradik pn keje gomen. Gaji lebih? Sure ke? Tgk jugak la kot.. Hehe
Benefit : pencen, elaun, kalau tmpt tu ada ot dan awak layak, boleh buat ot. Mcm keje hosp mmg byk ot (admin la). Pinjaman dgn bank senang. Keje susah/tak, tu tgk bidang. Tp biase la tu parents mmg suka suruh keje gomen… Paling2 sbb pencen. Terpulang pd awak.. Kalau cth nnt dpt offer, better accept sbb salu dia akn blacklist utk bape taun. Tp kalau taknak, slow talk ngan parents keyh.. Moga dipermudah :)
Nti dapat offer dr goverment bru berenti dik..mmg kalau swasta ni byk kelebihan..tp lg byk lah goverment ni..cth bila tahan kat hosp spt bersalin atau apa2 sakit mmg x bayar..bagi GL je..cuma masing2 org ade pandangan..