A Closure

Hai, assalamualaikum para pembaca semua. Sedikit perkenalan, saya Duri.

Kenapa saya guna Duri, sebabnya mungkin saya adalah duri dalam kehidupan orang lain atau hidup saya yang berduri cuma saya tak dapat nak pastikan mana satu yang betul.

Sambung sedikit lagi pengenalan diri, umur lewat 20an dan sudah berkahwin.

Cerita yang saya tulis ni adalah berkisar kehidupan saya. Maaf kalau ada bahasa rojak dan kesilapan tatabahasa sebab saya dah lama tak tulis karangan. Saya akan gunakan cara penulisan yang saya selesa.

Harapan saya kalau karangan saya ni disiarkan, ambil lah sebanyak mana pengajaran yang ada. Penulisan ini akan saya tulis 100% daripada POV saya jadi maaf saya tak mampu tahu dari segi POV orang lain.

Tujuan saya menulis adalah kerana saya ingin jadikan ini sebagai penutup kisah silam saya. A closure to myself.

Sejujurnya saya tak tahu nak mulakan dari mana, mungkin saya boleh mulakan dengan memori saya masa kini. Kali ini, kesekian kalinya fikiran saya sangat distracted dengan masa lalu saya. 

Mungkin sebab beberapa hari sahaja yang tinggal sebelum peperiksaan akhir tahun terakhir pengajian saya.

Satu titik noktah yang saya tercari-cari dari dulu, beberapa tahun lepas sejak saya mula hilang keyakinan pada diri sendiri atau sebenarnya sejak saya mula sedar yang ada sesuatu dalam diri saya yang tak begitu jelas.

Saya tak mampu nak cari apa yang tak kena sebenarnya atau hanyalah mainan otak saya.

Memori yang jelas di fikiran saya yang sebolehnya saya nak buang terus adalah memori ketika saya berumur 6 tahun.

Saya perlu menghadiri tuisyen untuk pelajar-pelajar darjah satu kerana ibu bapa saya inginkan yang terbaik untuk saya.

Alhamdulillah saya dikurniakan ibu bapa yang ambil berat tentang pendidikan tetapi saya adalah seorang kanak-kanak yang kurang kemahiran sosial jadi, pusat tuisyen adalah nightmare saya. 

Di sana, takda seorang pun kawan-kawan yang saya kenal. Semuanya asing bagi saya kerana mereka masing-masing kebanyakannya ada ‘geng’ sekolah masing-masing jadi saya tercampak sendirian. Makan sorang-sorang, tunggu habis rehat pun sendirian.

Perkara ini berlanjutan sampai saya berhenti dari pusat tuisyen tersebut. Tak pasti ketika umur saya 8 atau 9 tahun.

Pada umur saya 8 tahun, bapa saya pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Tanpa saya sedar, kematian bapa saya sebenarnya memberikan impak yang besar dalam hidup saya.

Sampai hari ini, saya tak mampu untuk ingat dan cerita kembali momen tersebut kerana hanya air mata yang menemani penceritaan saya. 

Seorang anak perempuan yang hilang kasih sayang seorang bapa dengan tiba-tiba. Sejak dari hari itu, kehidupan yang saya lalui adalah dengan kesunyian. I only recall the loneliness and I don’t know why.

Saya tak boleh salahkan ibu saya kerana ibu saya cukup terkesan dengan pemergian ayah saya dan adik saya baru berumur beberapa bulan ketika itu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, ketika umur saya menginjak 12 tahun adalah ketika mana titik hitam berlaku dan kekal dalam kehidupan saya hingga hari ini.

Banyak benda yang saya tak mampu nak ingat kembali cuma ada beberapa perkara saya perlu highlight. Saya bukan pelajar nakal di sekolah at least seingat saya sebab ini adalah POV saya. 

Saya (mungkin) pelajar harapan sekolah kerana sekolah saya adalah sekolah pinggir bandar jadi jumlah pelajar yang kebiasaannya dapat straight As memang tak ramai.

Memang dari saya darjah satu, sampailah hari terakhir saya di sekolah tu, saya tak pernah dapat tempat lain selain pertama dalam kelas (pelajar kurang dari 50 orang untuk 1 batch saya).

Perkara yang paling saya ingat adalah suatu hari, seorang guru praktikal di sekolah saya telah meminta untuk saya jumpa beliau selepas tamat waktu sekolah kerana beliau adalah mentor saya.

Saya masih ingat walaupun kurang jelas tetapi isi perjumpaan itu adalah sesi mungkin sesi guru tersebut untuk kenal saya atau sebenarnya sesi untuk beliau berikan kaunseling kepada saya. 

Saya masih ingat saya diberitahu yang nama saya sering disebut di bilik guru kerana masalah yang saya buat seperti bising di dalam kelas dan buat beberapa masalah lain yang jujurnya saya tak mampu ingat semua tu.

Sejujurnya, saya tak mampu ingat masalah lain kerana tiada seorang guru pun yang pernah datang atau tegur saya secara terus terang di hadapan saya untuk saya perbaiki kesilapan saya. 

Apa yang lebih menghancurkan hati saya selepas mengetahui sebuah kenyataan yang ramai guru-guru saya mengatakan saya takkan mampu dapat walau 1 A untuk UPSR dan tiada seorang guru pun yang nak jadi guru pembimbing saya.

Jadi, memang mentor saya yang selalu ada dengan saya, berikan latihan-latihan tambahan untuk saya, bertanya tentang kehidupan saya dan sebagainya.

Mungkin ada yang akan tertanya kenapa saya percayakan apa yang diberitahu mentor saya,

Tapi sebenarnya kerana beberapa lama setelah itu, ibu saya dipanggil oleh salah seorang guru saya merangkap kawan ibu saya untuk diberitahu segala masalah saya di sekolah dan salah satunya yang masih saya ingat, ibu saya tanya,

‘Duri ingat tak waktu subjek Sains cikgu marah awak sebab awak bising dalam kelas?’. 

Saya tak dapat nak membela diri kerana pada ketika itu bukanlah saya yang bising dalam kelas.

Kawan di sebelah saya yang memanggil saya untuk bertanya soalan dan saya cakap dengan dia nanti lepas kelas saya terangkan balik. Masih saya ingat pandangan yang saya terima dari guru tersebut adalah pandangan kebencian. 

Saya tak kisah tangan saya dipukul, mungkin itulah yang selayaknya saya terima cuma kata-kata seperti awak tu beruntung sebab anak cikgu je,

Dan saya tidak menyangka hal itu menjadi bualan para guru dan saya terus dihukum dengan benci ditambah sikap saya yang biadap dengan guru yang sampai akhirnya saya tak tahu apa perbuatan saya yang sangat besar kesalahannya. 

Betul, performance saya sebelum UPSR agak terganggu ditambah ibu saya kemalangan yang menyebabkan banyak benda yang berubah dalam hidup saya.

Jujurnya saya berkali-kali berteka teki di mana salah saya, boleh tak untuk guru-guru saya tegur saya secara berdepan kalau saya tak sedar ketika ditegur dalam kumpulan. 

Jujurnya, seorang kanak-kanak perlukan bimbingan tak kisah lah kalau dia mempunyai rekod baik sebelum itu kerana seorang kanak-kanak bukanlah orang dewasa yang mampu faham atau tahu kesemua kesalahan yang mereka lakukan.

Terkadang mereka tak sedar dan otak kanak-kanak tak berfungsi seperti otak dewasa.

Saya bersyukur dan sampai harini saya nak ucapkan terima kasih kepada guru yang sanggup menyelamatkan saya dari terus ke lembah kegagalan.

Guru pertama yang melihat saya menangis setelah bertahun-tahun saya simpan sendiri kesedihan saya.

Ibu saya seorang yang sangat cekal dan beliau telah mencuba yang terbaik untuk membesarkan saya dan adik saya. 

Jujurnya, sepanjang kehidupan saya sebelum saya berkahwin, saya membesar sendirian. Sendirian yang bermaksud emosi saya segalanya saya hanya mampu pendam sendirian.

Cuma, bermula pada saat itu setelah saya tahu segalanya, saya terasa seperti berjalan di atas titian yang pada bila-bila masa saya akan jatuh. Saya tak mampu untuk buat apa-apa kesalahan kerana itu apa yang perlu saya buat.

Mungkin sejujurnya, ini adalah peristiwa yang paling banyak memberi kesan kepada saya kerana sejak dari itu, saya terlalu takut perkataan ‘bodoh’. Saya takut untuk gagal kerana saya takut sebenarnya betul apa yang dikatakan guru saya itu betul. 

Saya takut kalau sebenarnya saya tak layak untuk dapat apa yang saya dapat. Sebenarnya saya hilang keyakinan diri dan self esteem saya sejak dari itu.

Kehidupan saya, saya perlu berikan good impression and I’m drowning dan sampai saat ini, diusia lebih dari suku abad ni saya tak mampu untuk ‘move on’ lagi dari kisah lalu saya, ketakutan saya. 

I got straight As during UPSR, PMR dan 1B SPM tapi saya masih rasa insecure. Saya berubah jadi introvert dari extrovert.

Saya cuba untuk letak barrier dan jauhkan diri saya dari mana-mana guru ketika saya memasuki sekolah menengah.

Otak saya dah block memori-memori saya ketika sekolah rendah, saya menjauh tak pernah jejakkan lagi dah kaki di sana dan tak pernah saya jumpa lagi guru-guru saya.

Kenapa kisah ini penting pada saya, keran ia seperti barah dan seolah trauma dalam diri saya. Ketika saya di universiti, semua ini kembali menjadi mimpi buruk saya setiap kali saya berada di titik terendah dalam hidup saya.

Pada saat ini, banyak memori-memori kehidupan saya di masa lalu yang kian memudar tetapi yang tersisa hanyalah kenangan pahit. 

Sadly, I lost most of my sweet memories during my childhood and adolescence.

Kenapa saya kata saya sepi? Kerana setiap anugerah yang saya terima, ibu saya tiada untuk melihat, peristiwa-peristiwa penting dalam hidup saya juga saya sendirian, kesedihan saya, tiada tempat untuk saya luah.

Saya tahu, ianya kurang penting. Saya membesar di asrama, kemudian keluar meninggalkan rumah keluarga untuk merantau. 

Pada zahirnya, mungkin saya kelihatan cukup tapi sebenarnya saya ketandusan kasih sayang yang saya sendiri tak tahu dimana perlu saya cari.

Saya tahu ibu saya telah mencuba sebaiknya cuma beliau tak mampu kerana beban ibu dan bapa saya jatuh dibahu ibu saya.

Saya tahu ibu saya cuba untuk baiki kerenggangan hubungan kami cuma mungkin agak terlewat pada saat itu kerana tidak berapa lama kemudian saya merantau jauh dari keluarga.

Saya harap ini adalah penutup untuk saya. Penutup kisah lalu saya yang saya bawa bebannya hingga hari ini.

Saya sebenarnya mempunyai seorang suami yang sangat baik, yang mengisi kekosongan dan ketandusan jiwa saya, yang sentiasa ada pada saat saya jatuh terduduk,

Yang pujuk saya untuk bangun dari putus asa dan yang menjadikan saya penyebab untuk pulang kerumah kembali pada ketika saya pernah terfikir untuk tamatkan riwayat saya

(saya tak nafikan saya pernah beberapa kali mempunyai suicidal thought cuma alhamdulillah I manage to overcome those days). 

Jadi, saya ingin menikmati hari ini dan masa depan yang mendatang dan menulis kisah baharu dalam hidup saya.

Saya ingin ucapkan selamat tinggal pada masa lalu saya, dan saya berharap saya mampu ‘pulih’ dari luka lalu dan kembali mengingati segala kenangan manis yang pernah saya lukis bersama kawan-kawan dan sahabat-sahabat saya.

Jika penulisan saya disiarkan, semoga ianya dijadikan pengajaran untuk semua jika ada pengajaran dari kisah saya.

Kepada pendidik, semoga kalian mampu mendidik anak didik kalian dengan sepenuh hati.

Anak didik kalian mungkin banyak melakukan khilaf tetapi mereka tetap perlukan bimbingan. Jadilah seorang guru yang memberikan kesan yang baik buat anak didik kalian.

Kepada mentor saya, di mana pun cikgu berada saya doakan cikgu dipermudahkan urusan kehidupan cikgu, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan untuk cikgu.

Terima kasih cikgu kerana pernah membantu saya untuk bangkit suatu masa dahulu.

– Duri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *