Gaji Besar Tapi Selalu Tak Ada Duit

Assalamualaikum pembaca. Selama ini saya hanyalah silent reader. Saya tiada kawan. Jadi izinkanlah saya luahkan disini.

Saya sudah berkahwin. Mempunyai seorang anak. Bila orang tanya bila nak tambah, saya hanya kata cukuplah seorang. Kewangan saya bukan elok.

Saya tak pandai uruskan duit. Saya paling lemah urus duit. Tapi saya pernah rasa susahnya tiada duit ketika belajar.

Saya bukan jenis meminjam dan bukan juga jenis meminta dengan ibu bapa. Kalau orang pernah bahagi maggi untuk 2x makan, saya tiada duit untuk hatta beli sebungkus kecil maggi, saya hanya makan roti 80 sen bahagi dua untuk tengahari dan malam.

Saya ada ptptn, tapi pada masa tu kad saya diguna pakai secara haram oleh insan tak bertanggungjawab lesap semua duit saya. Tutup cerita zaman belajar.

Ya makanya bila kahwin, saya cukup serius tentang simpanan untuk anak saya. Anak saya baru masuk usia 2 tahun. Saya bukakan akaun tabung haji, saya apply simpanan sspn-i.

Gaji saya boleh dikatakan 3.3k lumayan untuk duduk di bandar kecil selatan tanah air, duduk pun rumah pemberian ibu bapa. Suami saya gaji kecil tapi masih mampu lepas 3k jika banyak OT.

Tapi orang selalu pelik saya tiada duit. Ya, belum tengah bulan biasanya saya dah tiada duit. Tiada yang sungguh tiada.

Suami saya bayar segala barang dapur, bayar bil-bil, bayar kereta dia, bayar huyang bengkel masa gearbox (turbo) rosak perlu dibaiki hampir 12k (bayar ansur tiap bulan 1k), bagi pada orang tua lagi. Saya tak pernah persoalkan gaji suami selagi dia langsaikan tanggungjawab asas dia dan nafkah saya.

Saya ada kereta. Saya perlu bayar yuran taska anak. Bil telefon saya, duit minyak ke ofis. Bayaran balik ptptn, simpanan hari tua,

Simpanan anak memang saya utamakan sampai hampir RM300-RM500 per akaun. Sebab saya risau saya dan suami mati awal. Saya tak nak anak saya susah nak belajar.

Tup tup sebelum 15hb dah tinggal RM100. Jadi bila ada keluarga yang tiba-tiba whatsapp suruh belanja itu ini, saya sungguh ralat.

Ahli keluarga tersebut mampu tukar iphone setiap kali keluaran baru. Mampu pulang dari borneo ke semenanjung setiap 2 minggu. Mampu beli ipad untuk semua anaknya. Tapi nak makan mcd whatsapp saya.

Saya tak layan dia spam sampai saya mutekan conversation. Saya ni nak beli ayam goreng pasar malam pun kira bajet.

Belum lagi kawan ofis yang sibuk ajak kesana kesini. Saya tak pernah culas untuk bawak bekal ke ofis walaupun sekadar nasi dan telur goreng sebab saya tak nak spend banyak. Sebab saya suka belikan untuk anak je.

Balik kerja, saya belikan jagung, biskut atau sebagainya sebab saya nak anak saya happy.

Macam cuti sekolah tiap kali cuti suka nak paksa ajak berjalan. Tapi cakap last minute. Kami ni setiap kali gaji dah planning duit. Ada duit extra kami utamakan barang rumah.

Kami ni 3 tahun kawin tapi masih tidur di ruang tamu sebabnya nak beli katil terasa mahal. Kami utamakan benda lain dulu.

Tahun depan hutang bengkel suami langsai. Harap boleh selesa sikit. Boleh nak berjalan, nak membeli itu ini sebab sungguhnya saya ikhlas untuk gunakan duit saya sebagai simpanan. Tapi bila ada external pressure ni buat saya tertekan.

Yang trigger saya menulis ini, minggu depan birthday anak saya. Tahun lepas yang pertama kami sambut di kampung saya sebab mak saya baik hati nak sponsor. Nak sambut sekali dengan sepupu saya. Anak saya cucu sulung. Saya iyakan je.

Saya ingatkan sambut biasa tapi segala macam juadah ada. Saya bersyukur tapi saya ralat sebab saya tak mampu nak hulur banyak. Mereka taklah meminta tapi sayalah segan. Itu pun suami saya tarik muka kenapa tak jemput keluarga dia. 

Saya nak je jerit kita ni tak menghulur, tak membantu pun. Tak segan ke?

Saya segan sangat tau. Kek ulang tahun pun kongsi dengan sepupu saya. Sebabnya ketika tu saya baru balik dari majlis konvo di universiti utara tanah air, duit dah habis guna perjalanan pergi balik, makan dan hotel sekeluarga.

Jadi tahun ni saya pun memang tiada duit. Tandas tersumbat saya perlu bayar hampir 1k untuk repair. Saya redha saya ikhlas tapi baru ni mak saya sibuk bertanya jadi tak nak sambut birthday anak di kampung. Padahal saya takda cakap apa pun.

Kami laki bini sedar kewangan tak mengizinkan. Tapi bila kami cakap tight budget semua macam perlekehkan. Cakap kami kedekut.

Saya kedekut ke? Saya cuma utamakan masa depan anak saya. Tak kisahlah perit macam mana bulan tu, saya akan utamakan untuk saya simpan buat anak saya. Saya paling risau anak saya terbiar.

Saya tak tahu bila saya dijemput. Adakah saya terlalu risaukan perkara yang belum terjadi? Tapi takkan la benda dah jadi baru nak risau?

– Meera (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Kenapa kena menyimpan sampai begitu banyak untuk anak? Baru 2 tahun kut..
    Setiap manusia ada rezeki masing masing. Anak dah besar nanti, ada rezeki dia sendiri.
    Live life accordingly. Hidup untuk hari ini. Beramal lebih afdal untuk kematian.

  2. Hi Meera, biarkan apa orang nak kata. Duit kita, kita sendiri uruskan, sebab susah senang kita, kita saja yang tau. Kalau ikut kata2 orang yang suruh kita spend duit ke sana sini, tapi nanti bila kita tiada duit, nak minta tolong siapa? Siapa yang akan susah akhirnya?

    Ada beza kedekut dan frugal. You’re frugal, and it’s good. Lagipun, mereka tak ada hak untuk gelar saudari kedekut, kerana itu duit saudari, jadi ikut suka saudari lah nak guna duit tu ke arah mana. They have no say in how you manage your finance.

    Kalau orang minta saudari spend ke sana sini, kentalkan hati dan cakap “tak ada duit”. Kalau mereka paksa juga, suruh mereka yang bayar, baru mereka tahu nilai duit tu bila duit tu keluar dari poket mereka sendiri.

    Abang2 saya juga panggil saya kedekut, sebab saya berkira kalau nak spend duit. Tapi tahukah saudari yang abang saya yang bergaji minimum 13k sebulan tu pinjam duit saya tiap2 bulan? Masa tu gaji saya cuma 3k. Itu tak termasuk duit yang saya bagi kat ibu bapa. Kalau saya betul2 kedekut, saya takkan pinjamkan dia duit atau bagi duit kat parents. Tapi abang saya yang gaji tinggi tu spend duit, macam air, last2 kena meminjam dari saya dan masih gagal untuk menguruskan duit dia sendiri. Jadi, aap yang saya cuba sampaikan adalah, live within your means, and manage your own finances. Jangan ikut cakap orang

    • Bgi sy.. kita patut raikan apa yg ada dpn mata kita skrg tpi jgn berlebihan sbb setiap moment tu x akn dtg lgi..x perlu merancang secara ‘berlebihan’ utk masa dpn ank2 tu & percaya lah org yg terlalu calculative ni akn ada jer duit yg ‘bocor’ nti & x de ketenangan dlm hidupnya.

    • Assalamualaikum,

      Sentiasa ingat life is a struggle.
      Bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian

      Peribahasa ini akan jadi benarnya irl jika kita memahaminya.

  3. Tak perlu simpan banyak untuk anak hanya kerana takut anak tak ada rezeki bila anda dan suami mati.

    Allah Tuhan dah atur rezeki. Anak Yatim piatu elok sahaja terbela. Tuhan yang akan jaga.

    Simpan semampunya cukup. Ini beriya simpan sampai diri sendiri hidup macam orang gaji 800 ratus.

    Tak sayang diri?

    Islam ajar simpan melampau begitukah?

    Doa ibu bapa untuk anak mereka makbul. Doa sahaja dan serah semua pada Allah. Risau tak bertempat sampai seksa diri.

    Takut di dunia tak bahagia dah mati jangan cakap.

    Sederhana dan berpada. Biar anak itu jadi manusia normal. Apa takut tak cukup duit belajar? Panjang lagi tahun untuk kumpul dan menyimpan.

    Jangan nanti menyesal tengok anak orang lain lepas SPM ada life skills, berani hidup tempuhi dunia nyata. Anak sendiri takut itu takut ini sebab dari lahir itu sahaja focus ibu bapa. Takut anak susah. Anak tak boleh susah sikit. Langsung tak belajar anak anak nanti.

    Orang susah elok sahaja yang anak anak mereka pandai bekerja sambil belajar. Matang. Kadangkala tak perlu terlalu risau melampaui batas.

    Biarkan anak anak belajar survival skills.

    Hidup kena seimbang susah senang.

  4. Sy pernah ada di tempat ni.. sebenarnya ada cara manage yg boleh dpt dua².. cara puan nak dan juga utk berhadapan situasi² luar.. sy sarankan buat saving short term.. cth mcm saya pun byk komitmen byr mcm² tp sy ketepikan lbh kurg rm50 ke rm100 setiap bulan.. duit itulah buat bday, buat beli hadiah, buat belanja raya etc.. so puan kata simpan 300 ke 500 kan? Amik 50 ke 100 ketepikan setiap bulan..

    Mmg bagus fikirkan masa depan, tp kita kena juga nikmati masa present sbb growth keperibadian, mental, kenangan starts now.. jgn korbankan sbb growth ni juga penting.. esp hubungan siraturrahim utk anak dan cousins..

    Dgn duit yg diketepikan tu juga boleh buat belanja keluarga makan masa smbutan bday walaupn hanya setahun sekali tp berbaloi..

    Think of added value in life quality.. in shaa Allah you will be wiser.. and in shaa Allah rezki juga bertmbh dan berkat..

  5. First of all, I just nak share pendapat sahaja sbb I jugak bukanlah somebody yg bijak manage kewangan. Yalah, my average salary per year is only 21,600.00. So, it’s a always a losing game for me.

    However dari pemahaman I ttg luahan you, I think you’re too hard on yourself. I mean, dengan ekonomi sekarang with inflasi, keadaan semasa tak pernah akan ‘selesa’.

    To me, istilah ikat perut for your kid’s financial fund is quite compromising issue. Because your financial struggle are obvious and affecting your current lives. Cadangan I, maybe you or your husband can try cari a better position with a salary increment.

    Dan suami you patut jadi co financial advisor for your family monetary planning.
    Ingatlah, isu tentang duit ni sgt2 sensitif dan boleh jadi punca penceraian. Abaikan kerenah orang luar. Fokus on what your life needs most. Jgn obses utk menabung membabi buta tanpa goal yg jelas.

    You ada 2 otak sis. Yourself and your husband. Do sit and discuss nicely.

  6. Sis, awak kurangkan portion simpanan anak. Insha Allah anak tak kan hidup susah pun. Ingat tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *