Abah, i love you.

Salam hihi. Pertama-tama, haruslah kena berterima kasih dekat admin kalau confession ni disiarkan, ye dak. Terima kasih admin.

Keduanya, confession pertama, saya bukan budak UIA. Saje nak post kat sini sebab page ni macam dapat sambutan luar biasa kan kalau nak banding dengan page lain.

Ketiga, jom berkenal-kenalan dengan abah saya. Sejak saya kecil, ada imej abah yang garang melekat dalam kepala. Mungkin disebabkan saya ni boleh dikatakan budak yang nakal juga. Ye lah, mandi parit, panjat pokok, mandi air banjir di kampung sebelah, lumba basikal dengan budak laki. Hari-hari abah datang cari dengan rotan kat tangan menaiki motornya. Saya ingat, abang pernah kena rotan dengan paip getah, yang orang guna kat luar rumah tu buat siram bunga hahaha. Kena piat dengan hanger memang tak terkira lah.

Kebetulan, abah dulunya pernah jadi guru disiplin disekolahnya, sekolah yang memang terkenal dengan masalah disiplinnya. Boleh bayang dak nak kena jadi garang yang macam mana nak handle sekolah tu? Masa kami (adik-beradik) kecil, rasanya kami memang agak rapat dengan abah walaupun abah garang lebih dari singa. Tapi lepas kami pindah, abah dah jadi kurang garang. Ataupun abah garang je, cuma sebab abah kurang berada kat rumah. Di rumah baru ni, semuaa benda yang abah suka ada dekat2 je haa. Abah bela ayam, abah ada kebun tembikai, rambuatn, manggis, pisang. Letaknya bukan tepi rumah tapi ada lah kena naik kereta dalam 5-7 minit. Kadang-kadang, abah tolong orang buat rumah, buat pagar, buar garaj kereta haha. Mesti pelikkan, tapi abah memang macam tu. Dia tak boleh duduk diam, adaa je kerja yang dia kena buat menyebabkan abah tak luangkan masa di rumah sangat. Sampailah, saya tersedar yang entah sejak bila kami adik-beradik jadi kekok bila dengan abah. Contohnya, kami tak selesa berada dalam satu ruang dengan abah. Contohnya saya berdua dengan abah dalam kereta, ataupun di dapur. Kalau di dapur, abah saya masuk dapur, saya akan cepat2 keluar, awkwardnyaa tak tahu nak cakap apa dengan abah sendiri.

Masa saya tengah remaja macam tu, biasalah adik-adik buat hal. Abah tak marah pun, abah diaammm je. Pernah jga terfikir, kenapa abah tak marah. Padahal kalau aku dulu, confirm dah kena dengan batang paip dah ni. Tapi satu hari, abah meletup. Dah tak tahan sangat agaknya. Last sekali abah cakap ‘ anak-anak abah yang atas2 ni dah besar, takkan nak abah marah juga yang kecil ni. Kamulah patutnya yang ajar diorang ni, abah patutnya dah boleh rehat dah tak payah marah.’ Tunggang terbalik jugalah rumah haritu. Dan sejak haritu, adik-adik juga makin takut dengan abah. T.T

Adalah banyak tahun juga kekok dengan abah tu ya Allah, tak tahu nak ubatkan macam mana. Lagi-lagi bila abah ni jenis kalau buat kerja, memang susah sorang2 je. Garaj kereta rumah kami, abah buat sendiri like he did it by himself, all by himself. Padahal masatu, ada je adik laki yang baru lepas habis spm. Dia tak cakap yang dia nak buat garaj, tetiba dah ada bahan kat tepi rumah. Adik cakap, abah nanti nak buat, panggil lah orang. Abah senyap je, esok pun macam tu, lusa pun macam tu. Tengok2 tulat, dah siap sedinding.

Sama macam kat dapur, abah ni pandai masak. Bila mak ada, mak sediakan bahan abah masak j. Tapi bila mak xde, abah lah yang sediakan bahan abah juga yang masak. Padahal kitorang adik-beradik okay je kalau abah panggil tolong kat dapur tapi itu lah masalahnya, abah tak panggil –”. Dan untuk pengetahuan awak-awak semua, kitorang takkan call abah unless tak dapat call mak atau adik yang kat rumah. Kalau call pun, untuk minta passkan telefon kat mak. Nak OTP dengan abah pun awkward tau.

Kadang-kadang terbit jugalah rasa abah tak sayang kitorang ke? Atau abah rasa kitorang tak sayang abah. Risaunya kitorang, kalau abah ingat kitorang tak sayang abah. Yelah, kalau dah tahap kekok sampai macam tu sekali.

Tahu je abah ni jenis yang macam mana, tapi adik-adik tak pastilah diorang tahu ke tak. Tahu je, kadang-kadang bila mak call kita di perantauan, jangan trkejut kalau sebenarnya abah yag suruh. Kadang-kadang hairan, daripada mula-mula duduk berjauhan dengan family sampailah sekarang tak pernah sekali pun call abah (T.T) tapi abah tahu semua cerita yang saya cerita kat mak. Pernah juga mak call tanya balik bila, mak cakap abah suruh tanya. Tahu je abah sebenarnya sayang tapi cara dia tunjuk lain dari orang. Tahun ni saya diuji dengan rasa cemburu pada kawan, bila kawan kahwin nampaklah ada yang rapat sangat dengan ayah mereka, berpeluk, peluk tangan, jalan berpimpin tangan. Ya Allah, tuhan je tahu cemburunya hati.

Tapi, Allah tarik rasa tu dengan ujian yang lain. Satu hari, abah jatuh sakit, dimasukkan dalam ICU. Kebetulan, masa tu saya dapat cuti sebagai ganjaran atas kecemerlangan dalam kerja. Sepatutnya saya bercuti di korea, itu pun ditaja oleh syarikat tetapi disebabkan abah masuk ICu, saya batalkan percutian. Bila abah tahu saya buat macam tu, abah marah. Abah cakap abah tak apa-apa. Kamu penat bekerja, bukan selalu dapat cuti macam tu. Abah sakit sikit je ni, pergi bercuti, bwa anak-anak. Abah tak apa-apa. Masa tu Allah je tahu sebaknya hati. Tapi disebabkan kekekokan, saya balas dengan takpa abah, orang pergi nanti abah sihat padahal masa tu rasa macam nak peluk abah ketat-ketat.

Habis tempoh bercuti, saya minta lagi seminggu cuti tanpa gaji untuk jaga abah dirumah. Sepanjang tempoh tu, alhamdulillah Allah bagi saya kenal abah dengan sebenar-benarnya. Disebabkan saya yang tahu pasal ubat abah, saya lah yang kena tunggu abah makan masa mak takde kat rumah. Awalnya kekok, lama-kelamaan ada topik untuk dibualkan. Abah tanya pasal adik-adik, pasal company. Banyak sangat yang abah nak tahu, saya apalagi, memang riuhlah bercerita. Rupa-rupanya abah ni jenis yang pandai berbual juga. Bayangkan saya tahu abah rupanya macam ni masa saya berumur 30tahun. Ya Allah, kalau orang lain, benda ni sangat tak logik.

Sorry kalau boring. Dah lama tak buat essei, ayat tatabahasa semua tu dah kelaut agaknya, tak balik-balik lagi.

Tapi kat sini izinkan saya berpesan untuk adik-adik saya terutamanya. (Sebab depa suka baca page ni, tengok page fb pun depa like page ni)

Adik-adik akak, hmm akak nak korang cuba faham abah. Cuba dekatkan diri dengan abah, kalau abah ke kebun, cakap nak ikut. Kalau abah kat dapur, ringan-ringankan mulut tanya abah, abah nak masak apa, abah nak makn apa. Akak taknak korang kenal abah lewat macam akak ni. Korang muda, tapi abah dah tua, kita tak tahu siapa yang bakal tinggalkan siapa dulu. Akak mintak sangat korang hargai abah, hargai abah selagi abah ada.

Dan untuk abah, orang tahu abah dah banyak berkorban utk abang, orang dan adik-adik. Tanpa abah, tak mungkin kami hidup senang macam ni. Sejak abah sakit ni, orang nampak macam mana susahnya abah masa abah sihat tapi abah tak pernah tunjuk. Abah, orang minta abah tunjuklah perasaan abah pada kami. Kalau abah penat, abah boleh cakap yang abah penat. Takpe, kami dah besar, kami dah boleh tolong abah. I love you abah, we love you. But still, we dont know how to show it to you.

– Farahiyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit