Abah sang busybody

Dari sekolah rendah saya didedahkan dengan statistik rogol. Abah saya merupakan pegawai polis di ipk xx. Setiap kali saya dan abah naik kereta setiap kali tu la abah pesan. "Jangan mudah percaya lelaki" "jangan mudah ikut lelaki" every day sampai sekolah menengah. Sampai tertanam perasaan takut kat laki. Saya tak ramai kawan laki kekadang teringin nak berkawan dengan lelaki. But teringat pesan abah jadi takut. Tapi dalam takut ada juga curi curi bekenalan dengan lelaki. Contact no dari nama hafiz ditukar jadi hafizah, dari nama alif ditukar afifah. Jiwa budak sekolah yang seronok tengok kawan bercinta teringin nak rasa, malu dikatakan kolot. takut tu tak berpanjangan naik f4 jiwa remaja mula bergelora. Rasa ingin dicintai dan mencintai. Tambahan mak abah duk jauh. Saya sekolah di asrama yang jauh dari mak abah. Masa cuti sekolah saya berkenalan dengan abang senior sekolah saya. Berchit chat di FB, tak lama kemudian bertukar nombor dan ke tahap adik abang angkat. Saat tu saya lupa pesanan abah supaya berhati hati dengan sang lelaki. Kadang kadang yang kita percaya tu la yang tikam belakang kita. Tapi time tu saya cuma ingat bahagia, seronok. Saya lupa pesanan abah. dari adik angkat, saya dilamar menjadi kekasih. Pada mulanya saya menolak kerana tak rasa ingin bercinta tetapi ayat kesiannya "abang tau abang gemuk mesti adik malu sebab tu takmau kat abang" atas dasar kesian aku terima. Kami mula la sebagai pasangan kekasih. Kami jarang bertegur sapa di sekolah kerana peraturan di sekolah amatlah ketat, waktu outing merupakan waktu dating kami. Saya akan berjumpa dengan dia ditemani kawan. Lebih kurang setengah tahun bercinta pada suatu malam saya bagai ditampar kuat apabila lelaki yang saya percaya meminta perkara yang selama ni saya takut yang selama ni abah pesan bertubi tubi dari sekolah rendah sampai besar. Dia sang kekasih meminta untuk menjamah tubuhku sebagai bukti kasih dan sayang saya. Alhamdulillah berkat didikan dan teguran abah saya menolak mentah mentah. Saya bagi alasan "taknak nanti mengandung susah". Seperti biasa ayat klishe "nanti i bertanggungjawab la kalau u mengandung" saya tergelak. Sebab abah pun pernah cakap jangan pernah percaya ayat tu. Mula time nak ye la sanggup dah jadi lepas tangan. Abah pesan jangan mudah percaya ayat lelaki and yes waktu terbukti kata kata abah dan pesanan abah. Saya sedih kenapa saya boleh terlupa pesanan abah. Dan alhamdulillah saya masih berjaya menjaga mahkota saya sebagai seorang wanita. Saya dengan berani cakap "kalau nak bukan saya. Pergi la cari pelacur, tapi bukan saya. Bukan tu cara nak buktikan kasih dan sayang" sejak tu, saya takkan keluar berdua dengan dia. Kami masih bercinta tapi saya takkan keluar berdua. Dan diakhir f5 saya putus dengan dia sebab dia curang. Dan alhamdulillah. Lepas saya putus reveal segalanya siapa dia. Apa yang dia buat dibelakang saya. Terima kasih abah si busybody. Dengan pesanan abah dan teguran abah sampai sekarang saya masih dara ☺️ Saya tak suka bila orang cakap perempuan sekarang susah yang nak jumpa yang still ada dara. No, awak salah sebab saya masih dara. ✌️
Assalamualaikum

– Sya

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

24 Comments

  1. Bukan abah je, atuk pun pernah pesan kat mak. Bila atuk dah takde, mak pulak yg turunkan pesanan tu. So jgn jadi seperti barang jualan murah. Semua tgn boleh pegang. Kena ekslusif sket. Bg yg layak je pegang.

  2. Bukan abah je, atuk pun pernah pesan kat mak. Bila atuk dah takde, mak pulak yg turunkan pesanan tu. So jgn jadi seperti barang jualan murah. Semua tgn boleh pegang. Kena ekslusif sket. Bg yg layak je pegang.

  3. Harap2 laa ayah juga berpesan pada anak laki. Kita selalu pesan pada anak perempuan tetapi “terlupa” untuk pesan pada anak lelaki. May Allah forgive us and guide us to the right path. Insyallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *