Aku anak bongsu dari 3 beradik. Perangai standard perangai anak bongsu. Paling ketara manja dengan abah aku. Hubungan keluarga aku pun rapat. Walaupun abah aku cume kerja kampung, tapi alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga.
Dua tahun lepas, abah meninggal dunia secara tiba-tiba. Kami sekeluarga memang tak bersedia langsung dan tak pernah membayangkan langsung pun akan hidup tanpa abah. Mak aku dah tentu lah orang yang paling sedih. Kakak aku cube untuk kuat dan menahan air mata untuk mak & adik-adik. Abang aku pernah berjanji dengan abah, sekiranya satu hari nanti abah pergi, abang tak boleh nangis. Kene kuat sebab abang dah jadi ketua keluarga. Tapi abang tewas jugak saat talkin dibaca. Aku? Menangis sampai 3 hari. Semua benda yang aku buat & tengok buat aku teringat kat abah. Tak lalu makan, tak boleh tidur. Akhirnya pakcik aku mintak air doa untuk tenangkan hati aku dari ustaz, baru lah aku berhenti menangis.
Abah semasa hidup, seorang yang tegas. Abah tak garang, tak suka marah orang, tapi kalau ada yang tak kena, renungan mata abah je dah boleh buat orang kecut perut. Hubungan dengan Allah pun abah jaga betul. Dihormati orang-orang kampung dan jadi tempat rujukan keluarga abah kalau mereka ada masalah. Semasa abah masih ada, semua perkara abah yang uruskan. Abah bagi aku pakai kereta abah untuk kegunaan aku ke kelas, standard perangai orang perempuan, cume tahu isi minyak & drive.
Lepas abah pergi, aku ambil cuti seminggu. Mase tu aku tengah buat latihan industri. Seminggu kereta aku tak berjalan kat rumah. Bile nak masuk keje lagi, aku tengok tayar kereta macam kurang angin sikit. Pergilah ke petronas. Tapi bile aku nak isi angin, angin tak masuk, tapi keluar. Tayar makin kempis. Tak tahu nak buat ape, patah balik rumah dengan menangis. Akhirnya pakcik aku yang pergi isikan angin.
Sikap orang sekeliling kami pun dah berubah. Orang yang berhutang dengan abah, bila kami datang jumpa tuntut hutang, hanya janji dimulut. Lepas itu terus hilang tak boleh dihubungi. Ade yang tak mengaku berhutang dengan abah, padahal bukti perjanjian semua ada. Takpe lah, biar mereka bayar dengan abah di sana nanti. Ahli keluarga yang pernah cari abah bile susah, menyisihkan kami. Lepas abah pergi, kami susah sekejap. Ade berhutang dengan keluarga terdekat. Bukan kami taknak bayar, kami cube bayar secara ansuran, tapi mereka mintak kami bayar lump sum. Siap mintak bunga, lagak seperti ahlong. Saat itu kami sedar, susah senang keluarga kami, biarlah kami tanggung sendiri. Senang tak perlu dijaja, susah tak perlu menagih. Saat itu juga kami sedar, hipokritnya orang di sekeliling kami. Lepas abah pergi, memang kami rase seperti semut. Kecil & mudah dipijak. Tapi didikan abah, kami tidak melawan. Kalau orang lain, mungkin sudah bergaduh pakai parang.
Sekarang keluarga kami diduga lagi. Rumahtangga abang bergolak. Semua kerana duit & rase bertanggungjawab abang terhadap mak dan keluarga. Keluarga mertua abang juga berani menyerang mak. Padahal anak mereka yang bergaya berlagak seperti che ta, abang pula hanya bergaji seperti rakyat marhaen lain. Isteri abang jugak tak suke abang kerap balik ke kampung. Padahal die juga orang kampung, rumah papan atap zink, berlagak seperti orang yang duduk di bandar semenjak lahir. Tiada lagi yang dapat kami lakukan selain bersabar & terus bersabar.
Kadang bila tengah susah, aku terfikir keadaan pasti berbeza kalau abah masih ada. Mesti mereka semua tak berani nak kacau & lukakan mak. Mesti mereka menikus saat abah merenung tajam. Kadang aku juga terfikir, adakah mereka semua berani sebab mak seorang ibu tunggal? Senang dipijak? Wanita tua yang tidak tahu apa-apa. Mungkin itu yang ada di fikiran mereka.
Aku cuma mampu berdoa, semoga ada sinar bahagia untuk keluarga kami. Semoga Allah kuatkan hati kami sekeluarga untuk menempuh dugaan-dugaan ini semua.
– Anak bongsu abah
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
confessor, aku xnak ckp banyak..cuma mampu mintak kau bersabar dn belajar berdikari..susah yang kau alami skrg, Allah will pay u with something yg langsung kau xduga..percaya pd janji Dia..xkan menduga diluar mampu..ingat tu bnyak2, insya Allah, slowly u will find something
semoga dipermudah segala urusan dn diberkati kehidupan dunia dan akhirat
Banyak2 bersabar ya..setiap kesusahan pasti ada kesenangan…Semoga terus kuat..