Abah..ubahla perangai

Tadi baru lepas solat maghrib, tangan baru nak capai quran, tiba-tiba teringat kat abah. pastu, menangis.

Abah masih hidup. Tuu haa ada kat rumah. Tapi aku tak pernah call tanya khabar, gurau2 ngan dia. Kadang kirim salam suruh mak aku je bagitahu. Benci? Aku tak pernah benci dia. Tapi aku benci dengan perangai dia.

Kadang aku jeles, tengok kawan2 aku bukan main close lagi dengan bapak dia. Aku, macam langit dan bumi. Abah aku panas baran orangnya. Dan aku tahu, bukan abah aku ja, abah korang pun mungkin ada yang macam ni. dia nak marah kat orang lain, tapi dia lepas kat anak2 kadang mak aku lah orang yang paling teruk kena tengking. Aku perempuan, aku paling sensitif bila kena marah. Dulu masa kecik kami adik beradik selalu kena marah teruk. Kami ibarat kayu yang takde perasaan. Abah stress, kami kena marah. Buat salah sikit kena marah. Apa perasaan korang kalau buat benda serba tak kena asyik kena marah? Ofkos la stress. Aku akui zaman kecik aku, aku mengalami gangguan emosi. Alhamdulillah aku tak layan sangat perasaan tu kalau tak silap haribulan aku jadi budak psiko hahaha

Tapi apa yang buat aku menangis lepas solat tadi. Aku tetiba teringat, waktu tu aku duk asrama, abah ngn mak aku hantar barang kat pejabat, sekali aku pergi xde barang tu. Aku kol mak aku cakap barang tu takde, tgh2 mak aku cakap ngan aku, ayah aku rampas fon tu terus dia tengking2 aku. Kat public fon tu jugak la aku menangis. Aku rasa nak maki tapi masa tu aku xreti nak maki lagi. Yela, budak sekolah agama kikiki. Tapi aku sedih la knp abah aku ni panas baran sangat. Mcm Ada jin dlm badan dia. Time elok, elok sangat. Tak faham aku.

Kalau boleh, aku nak cakap aku sayang dia. Aku nak bagitahu jangan panas baran sangat. Jangan buat kami adik beradik benci abah. Jangan sampai mak mintak cerai kali kedua. Abah dah cukup bagus dalam agama, tapi abah kurang bagi kami dlm kasih syg. Dari kecik kami kenyang dgn panas baran abah. Tengoklah sekarang, mana ada anak2 abah cari abah kalau ada pape. Mesti cari mak dulu.

Dahla, aku penat nak cite pjg2. Cuma aku nak pesan, utk kaum lelaki. Bagi korang yg ada sifat panas baran tu, jgn lepas dekat keluarga. Lagi2 kat anak. Korang nanti akan mati, kalau anak2 korang benci korang, sape yang nak doakan korang nanti. Fikirla orang lain jgn dok fikir marah sendiri ja.

– -daughter

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

12 Comments

  1. I felt the same thing as u are. I had done something dat might look stupid, but seriously this is my last alternative.

    Since last month I go somewhere far from my family, to find my true peacefulness. But at the same time, everytime I had solat, I always pray for my mom and dad.

  2. Hurm sabarlah wak.. my father also did the same to my siblings and mother.. cakap skit tak boleh. Kalau lambat mengamuk. Kalau silap tak boleh. Kadang2 rasa benci gila. Tapi, he still my father. Satu je aku nak cakap, bila bapak kau nak start mengamuk ko dengor je.. tapi ko kena pertahankan mak kau atau adik beradik ko..kalau tak keadaan jadi lagi teruk..

  3. Nmpk mcm mak pon tk leh kate ape dh tu klo thp penah bercerai..some one la kne hadir n tgur ayah ni. Cakap skit “bab agama ok dah tp beragama apa nya dgn keluarga sendri tak baik. Sedangkan suami yg pling beragama, baikk peranannya adalah apabila berbuat baik kpd ahli keluarga sendri.”

    Kalau ayah ade wasap boleh la kosek2 follow fb ust ebit lew n kopipes ayat2 kata2 beliau n share dgn ayah tu. Sgt sentapp setiap kata2 ust ebit. Kesiannya.

  4. Arwah abah akak x panas baran tp sensitip yg am at. Kalo die x puas ati pasal arwah mak layan org elok2 pun die bole merajuk. Siap packing baju nak lari umah. Kami adik beradik xde memori sgt ngan arwah abah sbb die ade isteri lain. Tp ble dipikir2 lepas arwah abah dh xde, akak salahkan diri kenapa x cuba utk berbaik2 ngan die. Menyesal sbb x cuba hargai die mase die idup. Untuk adik, adik kene cari point utk amik hati abah tu. Ble adik berbaik ngan die mungkin secara x langsung die akan malu sendiri sbb x layan adik elok2. Yg dh lepas biarkan berlalu. Usaha utk ubah masa depan jadi lebih baik. Akak doakan yg terbaik bt adik!

  5. The best of Men are those who are best to their Wives. – Prophet Muhammad.

    The best of you are those who are best to their families, and I am the best of you to my family. – Prophet Muhammad.

    Ayah awak kuat agama kan? Patutnya menyeluruh. Bukan setakat jaga hubungan dgn Allah. Dengan manusia pun suruh jaga ye. Suruh ayah awak baca buku2 agama lebih sikit. Segelintir org kuat agama ni ingt dorang je betul and pandai sangat. Kbye.

  6. Just nak share mungkin boleh bantu ayah awak.. Ambil air bacakan yasin dan 7 mubin pada air tu.. Masa buat rendahkan hati dan berserah pada Allah.. Ikhlaskan hati yg awk betul2 buat untuk ayh awk.. Bagi pada ayah untuk minum.. Masa buat air atau masak, bole gunakan air tu.. Kita minta pada Allah selebihnya.. Sy cuba membantu shja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *