Abang aku macam Lutfi. Dia ingat orang tak tahu apa dia buat, semua perangai kotor dia. Aku tahu walaupun mak ayah aku pandang abang aku ni tinggi gila, mana tak nya baru kerja pun dah boleh bagi duit bulan bulan melebihi abang aku yang first. Mak ayah aku memang pandang abang kedua aku ni tinggi tahap gaban. Anak kesayangan. Aku pun lelaki. Kami semua lelaki. Tapi ayah mak lagi sayang dia. Memang selalu semua benda dia dapat lebih. Mungkin sebab dia baik, sopan, jaga adab, jaga solat pendek kata memang calon menantu pilihan, tapi abang aku ada site kotor yang tak ada sesiapa pon nampak. Yang aku kena jaga simpan kemas kemas kalau tak mau mampus kena penggal kepala. Sebab Tuhan tu maha menjaga, pemelihara aib, sebab tu aib dia terjaga sampai sekarang. Abang aku dari kecil memang pandai, walaupun dia malas pagi petang tidur je tapi dia pandai. Walaupun asyik tidur tapi dia selalu tolong mak kat dapur. Dia pandai ambil hati mak dengan ayah. Masa aku kecil dulu, aku memang sayang dia. Dia idola aku. Main sports, pidato sana sini, boleh main music, memang ada pelbagai bakat, lelaki serbaguna, sebab tu aku suka dia. Tapi aku mula nampak perangai sebenar dia bila satu hari aku singgah rumah dia. Dia memang sayang aku. Dia percaya aku. Jadi haritu aku singgah rumah dia, saja duduk lepak lepak sendiri, sebab aku kusut study banyak benda nak cover, jadi aku stay rumah dia kejap. Memang selalu aku datang sini, tapi selalunya ada dia sekali. Selalunya aku akan call cakap dulu. So haritu, aku masuk rumah tu (aku tahu mana dia simpan kunci sebab dia ada pesan untuk apa apa emergency), aku lepak rumah macam biasa dan buat macam rumah sendiri. Tak ada apa benda menarik. Yang menariknya bila aku dah masuk bilik tidur dia. Aku nampak diari dia. Abang aku ni jenis orang klasik. Simpan diari tulis diari bagai, tapi dia tak pernah bagi orang buka atau baca. Bila aku buka, aku baca bahagian depan je awal awal. Aku tak minat baca diari orang, privacy kan. Bila dah lama aku rasa makin menarik. Walaupun tak selalu update tapi isi diari tu pelik. Dia tulis pasal perempuan yang dia pernah tidur. Makin lama aku baca makin jijik aku rasa. Aku tutup, dan aku lari keluar tinggal kipas lampu macam tu je. Kau bayang lah abang yang aku sanjung, yang dulu ajar aku quran, yang dulu marah aku couple, sekarang ni tukar perempuan macam tukar seluar dalam. Malam tu abang aku call, tanya apa aku dah buat, apa aku buat kat bilik dia. Mula-mula aku cakap tak ada benda, aku cuma masuk toilet bilik dia, then dia marah aku ngamuk ngamuk ugut aku kalau bagitau dekat sesiapa. Dia cakap lantak ah apa dia nak buat, aku tak patut masuk campur, dosa dia tanggung sendiri. Then dia panggil aku sial, lahanat semua benda dia maki aku. Sejak dari tu aku dengan abang aku macam orang yang duduk di Malaysia dengan Australia, asing, dingin dan tak kenal sesama sendiri. Aku pernah tanya jiran abang aku, dia kata abang memang selalu bawak perempuan masuk. Dah tak ada siapa berani tegur, lagipun tak ramai yang kisah weh peduli apa. Aku tak tahu kenapa dia boleh berubah macam tu, tapi setiap kali dia balik rumak mak ayah dia akan berlakon baik punya siap jadi imam subuh isyak semua dia sapu. Kadang aku malas nak masuk jemaah lepastu selalu kena bebel dengan mak sampai mak label aku malas solat cuba jadi macam abang ni bla bla. Kau rasa aku sanggup nak berimamkan dia bila aku sendiri tak yakin dia dah mandi wajib ke tak dia solat ikhlas ke tak. Aku sekarang ni benci abang aku tahap gila, kalau boleh kalau dia balik hujung minggu aku tak akan balik, aku sanggup stay hostel makan maggi atau balik rumah kawan. Lagilah mak ayah aku rasa aku ni anak yang tak guna cuti cuti tak reti nak balik jenguk mak ayah. Semua orang tak tahu aku gaduh dengan dia, semua orang fikir budak budak dah besar dah tak banyak spend masa sama sebab tu makin jarak. Aku tak adalah baik sangat cuma aku nak dia berubah sebelum terlambat. Aku tahu dia tahu apa dia buat. Dia lagi tahu apa complication dari perbuatan dia dengan kerja yang dia sandang sekarang. Aku harap dia kembali ke pangkal jalan. Aku tak ada kesempatan nak bicara muka ke muka dengan abang aku, jadi aku tak tahu apa dia rasa, apa sebab dia buat benda tu, nak kata dia frust dengan awek aku rasa tak mungkin, dia tak ada lah bodoh tak boleh move on macam Luthfi, pernah je dia kena tinggal dengan makwe dia masa universiti dulu sebab busy menghadap buku pagi petang, nak kata mak ayah kawal hidup tak bagi melepak hari hari bising jaga pergaulan ke tak de la sangat, nak kata kami dari keluarga pecah belah atau cerai ke tak pun, nak kata abang aku dulu budak maahad ke memang tak. Kalau dari apa yang aku baca, aku tau Luthfi tu ada rasa nak berubah kalau tak tak kan dia suruh orang kata nasihat kut-kut lekat di hati. Aku nak abang aku berubah. Aku takut hati dia dah keras, batu. Apa patut aku buat? Kalau nak bagitau mak ayah memang sumpah diaorang tetak leher aku, gila nak percaya anak kesayangan banyak main dengan perempuan. Benda ni dah lama, cuma aku tak pernah boleh lupa.
Help me.
Adik prihatin.
– Han
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Bagi q, berdoa semoga dia berubah. Memang kita rasa dia dah buat dosa besar tpi kita siapa nak menghukum dia. For me best solution ko berbaik balik dgn dia n do something different infront him, which will making dia nak berubah, such as dlm bentuk sindiran ke, berdoa secara terang2 depan dia ke. Jika ko semakin jauh dgn dia, makin dia ego. Tak pun suruh dia kahwin,,senang cerita. ugut dia, klu xnk rahsia dia terbongkar suruh dia kawin cepat dlm tempoh sethun.. huhu,sory mengajar bukan2 plak. I’m just think for u.